Khamis, 24 Februari 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 24 Feb 2011 09:21 AM PST

Berita Harian: MukaDepan


Malaysia, Turki buka era baru

Posted: 23 Feb 2011 01:47 PM PST

MukaDepan

NAJIB diiringi Erdogan ketika tiba untuk lawatan rasmi ke Turki, kelmarin.

NAJIB diiringi Erdogan ketika tiba untuk lawatan rasmi ke Turki, kelmarin.

Kerjasama dua hala dalam bidang politik, sosial dan ekonomi terus diperkukuh

SELEPAS 28 tahun, Malaysia dan Turki membuka era baru dalam hubungan dua hala menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mulai Isnin lalu yang mampu mengukuh serta mengembangkan kerjasama dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

Perkara itu diakui Najib dan rakan sejawatnya, Recep Tayyip Erdogan ketika mengadakan pertemuan kira-kira dua jam di Pejabat Perdana Menteri Turki itu, di sini kelmarin.

Kali terakhir lawatan peringkat tertinggi dari Malaysia ke Turki ialah pada 1983 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara langkah yang diambil bagi mengeratkan hubungan rakyat dua negara ialah persetujuan memansuhkan visa sepenuhnya berbanding had tanpa visa selama 90 hari pada masa sekarang.

Selain itu, kedua-dua pemimpin juga menimbangkan kemungkinan meningkatkan penerbangan terus Kuala Lumpur-Istanbul dan sebaliknya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media bersama selepas pertemuan itu, Najib berkata, antara bidang kerjasama berpotensi untuk diterokai dan diperluaskan termasuk pertahanan, automotif, minyak dan gas, pelancongan serta pelancongan perubatan.

Katanya, dalam industri pertahanan kedua-dua negara sudah pun menjalin hubungan erat menerusi DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) dan FNSS Savunma Sistemleri A.S, manakala Petronas bekerjasama dalam industri minyak dan gas di Iraq.
Beliau berkata, sejajar kemajuan pesat yang dicapai Turki dalam sektor automotif, kerajaan juga akan meminta Proton Holdings Berhad untuk meningkatkan kehadirannya di negara itu.

"Kita juga merancang meningkatkan kerjasama dalam industri pertahanan dengan Turki, termasuk membeli lebih banyak kenderaan kententeraan daripada FNSS Savunma, selain menjalin kerjasama teknikal dan pemindahan teknologi membabitkan industri berkenaan," katanya.

Najib berkata, kedua-dua negara juga bersetuju menyediakan rangka kerjasama strategik bagi mengenal pasti dan memperhalusi bidang kerjasama terbabit.

Katanya, kedua-dua negara kini pada peringkat akhir memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas (FTA), sekali gus mampu melonjakkan nilai perdagangan dua hala Malaysia-Turki yang kini sekitar AS$1 bilion.

"Saya mencadangkan supaya kedua-dua perjanjian berkenaan, iaitu perjanjian kerjasama strategik dan FTA antara Malaysia dan Turki diadakan di Kuala Lumpur, iaitu ketika lawatan Perdana Menteri Turki ke Malaysia, hujung tahun ini.

"Pemeteraian perjanjian kerjasama itu amat bermakna dan penting kerana ia akan membuka era baru dalam hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara," katanya.

Mengenai pemansuhan visa, Najib berkata, langkah itu satu keputusan bersejarah dan penting yang pasti dapat meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

"Rakyat Malaysia dan Turki mempunyai banyak persamaan. Malah, ada antara kita berasal daripada keturunan sama dan kita perlu mendalami warisan yang ada ini kerana ia mampu menjadi asas yang kuat dalam mengukuhkan lagi hubungan antara rakyat kita," katanya.

Sementara itu, Erdogan berkata, beliau begitu terharu dan teruja dengan lawatan Najib dan rombongan ke Turki selepas kali terakhir dilakukan pemimpin Malaysia pada 28 tahun lalu.

Katanya, beliau yakin dengan pelbagai persetujuan yang dicapai dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya itu termasuk pemansuhan had kemasukan tanpa visa selama 90 hari dan kerjasama bidang perdagangan, nilai perdagangan antara Turki dan Malaysia mampu mencecah AS$5 bilion daripada AS$42 bilion sekarang.

Beliau berkata, Turki akan menganjurkan 'Tahun Malaysia' tidak lama lagi bagi merapatkan hubungan pada peringkat rakyat kedua-dua negara, manakala Turkish Airlines akan mengadakan semula penerbangannya ke Kuala Lumpur.

"Bagi kerjasama dalam industri pertahanan, kita berharap dapat menjadikan Malaysia sebagai hab untuk mengeksport kelengkapan ketenteraan ke pihak ketiga," katanya.

Turut serta dalam pertemuan dengan Erdogan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Sebelum sidang media itu, kedua-dua Perdana Menteri turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SME Corporation Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Kecil dan Sederhana (KOSGEB), Turki.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 24 Feb 2011 07:19 AM PST

Harian Metro: Mutakhir


Lima awak-awak tempatan ditahan kerana cuba seludup diesel

Posted: 23 Feb 2011 10:29 PM PST

KANGAR: Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter diesel dengan dua bot ke negara jiran di perairan Kuala Perlis, semalam.

Dua awak-awak berumur 27 dan 47 tahun ditahan pada kedudukan 1.2 batu nautika dari pantai Kuala Perlis pada jam 2.35 petang dan dua jam selepas itu tiga awak-awak berumur antara 23 dan 64 tahun ditahan di 2.5 batu nautika dari Pantai Kuala Perlis.


Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi Kapten (Maritim ) Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya merampas 2,000 liter bersubsidi, masing-masing 1,000 liter daripada setiap bot itu.

"Kami percaya diesel yang dibawa dalam kedua-dua bot yang diubahsuai itu adalah untuk diseludup dan ketika dikesan kedua-dua bot itu menuju ke perairan sempadan," katanya.


Beliau berkata mereka yang ditahan itu diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.


- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penganggur dihukum mati kerana membunuh

Posted: 23 Feb 2011 10:20 PM PST

KANGAR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 22 bulan pada 2009.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.


Mohd Nizam Mohamad, 32, dari Kampung Binjal, Utan Aji dituduh membunuh Nur Azlina Abdullah antara jam 9 pagi, 23 November, 2009 dan 12 tengah hari keesokkannya di rumah No 8H, Jalan Tok Dewa, Repoh dekat sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Mohd Zaki ketika menyampaikan keputusan itu berkata, dalam kenyataan tanpa bersumpah, tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu dengan alasan ketika itu ia dipengaruhi dadah jenis syabu dan ini menunjukkan tertuduh memabukkan diri sendiri.


Katanya, mahkamah tidak mempunyai pilihan kecuali menjatuhi hukuman mati kerana kesalahan itu.

Tertuduh yang diwakili peguam Zuriah Meryani Othman kelihatan tenang ketika hukuman itu disampaikan.


Mohd Nizam ditahan pada 27 November 2009 bersama-sama teman wanitanya yang juga ibu kanak-kanak itu selepas mangsa meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azman Abu Hassan.-Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 24 Feb 2011 07:18 AM PST

Kosmo Online


Pemandu lori miliki kanabis kena hukum 10 tahun penjara

Posted:

Pemandu lori miliki kanabis kena hukum 10 tahun penjara

Pemandu lori miliki kanabis kena hukum 10 tahun penjara

24/02/2011 6:43pm

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori yang hari ini mengaku salah terhadap dua tuduhan pindaan memiliki dadah jenis kanabis, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Bagi tuduhan pertama iaitu memiliki 708 gram kanabis di rumah bernombor 28, Kampung Lak Lok, Jerteh, Besut pada pukul 4.30 pagi, 26 Mei tahun lalu, Ibrahim Daud, 45, dihukum penjara 10 tahun dan 10 sebatan.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan terhadap pertuduhan memiliki 143.7 gram kanabis pada masa dan di tempat yang sama.

Bagaimanapun, Ibrahim hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap 26 Mei, 2010. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkamah bebaskan 3 lelaki tuduhan miliki bahan terbitan haram

Posted:

Mahkamah bebaskan 3 lelaki tuduhan miliki bahan terbitan haram

Mahkamah bebaskan 3 lelaki tuduhan miliki bahan terbitan haram

24/02/2011 6:34pm

BALIK PULAU - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki termasuk seorang pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) daripada tuduhan memiliki bahan penerbitan haram berkaitan pertubuhan Al-Arqam.

Hakim Syarie Zaini Abdul Rahim memerintahkan pensyarah USM Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid, 42; Rosli Yusof, 61, dan Asmadi Sulaiman, 45, dilepas daripada tuduhan itu setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Bagaimanapun, seorang wanita Roslina Sulaiman, 42, diperintah membela diri atas tuduhan berkenaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, wujud kelemahan dalam siasatan terhadap ketiga-tiga lelaki itu atas dakwaan memiliki penerbitan haram itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu lori sayur maut dalam kemalangan dekat Tapah

Posted:

Peneraju perdagangan dalam talian

PENDEKATAN mudah.my (Mudah) sememangnya seiring dengan nama laman web itu sendiri. Justeru, apabila melayari laman web berkenaan, tidak timbul masalah reka bentuk laman atau grafik yang mengelirukan pengguna sehingga menjejaskan misi perdagangan yang ingin dijalankan. Lagi...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 24 Feb 2011 03:39 AM PST

Utusan Online - Selatan


Tugu Peringatan Sungai Lui terbiar

Posted:

Tugu Peringatan Sungai Lui terbiar

Tugu Peringatan Sungai Lui terbiar

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Beginilah keadaan kawasan Tugu Peringatan Sungai Lui di Jempol yang dibiar terbiar tanpa penyelenggaraan. - utusan/SAJIDA ASARULAH KHAN


JEMPOL 23 Feb. - Tidak ramai di antara kita yang mengetahui Tugu Peringatan Sungai Lui di sini sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri.

Tugu yang dibina pada tahun 2000 itu adalah bagi memperingati 368 orang Cina yang dibunuh kejam pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi bersejarah itu mendapati, ia bukan terabai tanpa ada penyelengaraan, malah terbiar dengan dipenuhi oleh semak samun, walhal tempat itu berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu tempat perlancongan di kawasan ini.

Bagi Ketua Kampung Sungai Lui, Othman Baharin, kawasan tugu itu mempunyai nilai untuk dimajukan sekiranya ia dijaga dan dipulihara dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Jelasnya, walaupun ia dibina pada tahun 2000, namun tiada siapa mengetahui kewujudan tugu peringatan ini berikutan tiada promosi dan hebahan kepada umum.

"Bayangkan, 368 orang dibunuh dan ditanam di dalam satu lubang. Sejarah di sebalik tugu ini juga berjaya menarik minat orang luar untuk datang ke kawasan ini.

"Pihak berkuasa seharusnya memikirkan cara untuk memperkenalkan tempat bersejarah ini kepada umum, memandangkan ia mempunyai nilai sejarah yang boleh dihayati oleh para pengunjung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi seorang pengunjung, Mohd. Hafis Suleiman, 19, dia sanggup datang dari Port Dickson semata-mata untuk melihat tugu peringatan yang kini berusia 11 tahun.

"Namun, saya rasa sedikit kecewa apabila kawasan ini seperti terabai dan ditumbuhi lalang. Ia mencacatkan imej kawasan yang sepatutnya dijaga dengan bersih.

"Saya rasa sudah tiba masanya bagi PBT melakukan sesuatu bagi memastikan lokasi seperti ini bukan sahaja diketahui oleh orang awam, malah ia dapat dipulihara dengan baik," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

LKTN buka pusat ternak ikan hiasan

Posted:

LKTN buka pusat ternak ikan hiasan

LKTN buka pusat ternak ikan hiasan

Oleh NAS NORZIELA NASBAH
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam menandatangani plak perasmian sambil diperhatikan oleh Ahmad Loman (dua dari kiri) pada majlis perasmian Pusat Ternakan Ikan Hiasan Diskus di Kampung Bukit Lintang, Mukim Kandang, Melaka, kelmarin.


MELAKA 23 Feb. – Ternakan ikan hiasan jenis Symphysodon Discus akan menjadi industri baru yang diperkenalkan bagi memberi pendapatan tambahan kepada usahawan tempatan di negeri ini.

Sebagai permulaan, projek perintis di bawah kendalian Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) itu dilaksanakan di Kampung Bukit Lintang, Mukim Kandang dekat sini melibatkan sebuah pusat penternakan ikan hiasan.

Ketua Pengarah LKTN, Ahmad Loman berkata, pihaknya menyasarkan pusat penternakan tersebut sebagai hab mengeksport ikan hiasan itu bermula tahun ini.

Menurutnya, projek ternakan ikan hiasan itu bakal dikomersialkan, memandangkan potensi pasarannya yang amat menggalakkan di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, ikan hiasan itu adalah antara 250 jenis ikan hiasan yang diternak di negara ini untuk tujuan pasaran tempatan dan luar negara seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand selain ke pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

"Pada peringkat permulaan, LKTN menyasarkan sebanyak 300 ekor ikan dijual dalam masa sebulan dan sebanyak 4,800 ekor ikan setahun dengan nilai jualan RM48,960.

"Daripada jumlah itu, keuntungan bersih yang bakal diperolehi pada tahun pertama adalah sebanyak RM14,000 dan dijangka terus meningkat pada kadar lima peratus bagi setiap tahun berikutnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pusat ternakan ikan hiasan itu oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Bukit Lintang di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin, dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Md. Sirat Abu.

Menurut Ahmad, pelaksanaan projek pertama dalam negara melibatkan kos RM300,000 itu juga dilihat sebagai aktiviti ekonomi yang bakal menyumbang pendapatan tambahan kepada kumpulan sasaran melalui pembukaan peluang perniagaan di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya memilih Melaka sebagai penggerak utama bagi memasarkan ikan hiasan itu, memandangkan lokasi strategik yang berhampiran dengan Singapura selain Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor.

Sementara itu, Mohd. Ali ketika ditemui berkata, pusat yang mula beroperasi awal tahun ini bertindak sebagai tempat penetasan benih ikan hiasan itu dan dibesarkan untuk dijual sebagai produk akhir.

"Kerajaan negeri berharap LKTN dapat membimbing penduduk tempatan bagi melahirkan usahawan-usahawan baru untuk membantu menternak ikan hiasan ini dan dikomersialkan ke pasaran tempatan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

"Selain itu, kerajaan negeri berharap LKTN dapat menubuhkan sebuah Koperasi Asas Tani di kawasan ini untuk mewujudkan persaingan sihat dalam projek ikan hiasan ini," katanya.

Menurut beliau, usaha itu sekali gus dapat membantu penduduk tempatan terutama pengusaha ikan hiasan secara kecil-kecilan menjana pendapatan masing-masing dalam perusahaan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPHTJ tingkat prestasi perkhidmatan

Posted:

MPHTJ tingkat prestasi perkhidmatan

MPHTJ tingkat prestasi perkhidmatan


SEBAHAGIAN daripada kakitangan MPHTJ yang menyertai Kursus Pelan Strategik di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 23 Feb. - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) kini dalam usaha meningkatkan prestasi perkhidmatan berasaskan kepada Sistem Star Rating (SSR) bermula tahun ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron berkata, langkah itu selaras dengan usaha mewujudkan agensi kerajaan berteraskan budaya yang berprestij tinggi, cekap, integriti dan akauntabiliti serta ketelusan dalam pengurusan organisasi.

Menurutnya, pelaksanaan SSR akan memberikan impak yang lebih besar terhadap peningkatan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Katanya, keadaan ini adalah kerana ia dapat memupuk budaya saingan dan galakan penanda aras dalam kalangan agensi kerajaan.

''Pihak pengurusan percaya, SSR ini dapat memastikan agensi kerajaan sentiasa memantau pelaksanaan dasar dan program yang diamanahkan, termasuk mengurus sumber organisasi seperti kewangan, modal insan dan aset optimum.

''Oleh itu, pelaksanaan SSR di organisasi MPHTJ mampu menjamin kualiti setiap kakitangannya, selain dapat meningkatkan perkhidmatan terbaik sebagai salah sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) cemerlang yang terdapat di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kursus Pelan Strategik yang dihadiri oleh kakitangan MPHTJ di sini, baru-baru ini.

Sapiah berkata, pihaknya berharap seluruh jentera MPHTJ berusaha bukan sahaja untuk memastikan rating pencapaian berada di tahap tinggi, tetapi sentiasa menunjukkan imej positif jabatan kepada orang ramai secara berterusan.

Katanya, ia boleh dicapai memandangkan organisasi kita sememangnya mempunyai elemen kecemerlangan yang akan dapat dinilai oleh pihak Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 24 Feb 2011 03:32 AM PST

Berita Harian: Mutakhir


Bank Rakyat catat peningkatan 10.8 peratus keuntungan sebelum cukai

Posted: 24 Feb 2011 02:06 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd mencatatkan peningkatan 10.8 peratus dalam keuntungan sebelun cukai RM1.72 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2010 daripada RM1.55 bilion pada tahun sebelumnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan kewangan bank itu di sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata keuntungan itu dicapai hasil peningkatan berterusan pendapatan, pengurusan kos yang efisien dan kualliti aset yang tinggi sementara mengekalkan amalan perbankan berhemat. Pendapatan kasar Bank Rakyat naik 24.3 peratus kepada RM4.70 bilion daripada RM3.78 bilion sementara pendapatan bersih selepas pengagihan keuntungan kepada pendeposit meningkat 16.7 peratus kepada RM3.05 bilion daripada RM2.61 bilion sebelum ini.

Ia mengisytiharkan dividen 15 peratus bernilai RM294.9 juta.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata pertumbuhan perolehan Bank Rakyat bagi tahun kewangan sekarang diramalkan pada 10 peratus.

"Peningkatan itu akan menjadi lebih perlahan kerana kami tidak mengembang terlalu banyak dalam perbankan runcit terutamanya dalam pembiayaan peribadi berbanding tahun lalu.
"Sasaran 10 peratus adalah mencukupi untuk pertumbuhan dan keuntungan yang stabil," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata untuk tahun ini, Bank Rakyat menyasarkan peningkatan yang lebih tinggi dalam pendapatan berasaskan yuran dan menumpukan kepada perniagaan perbankan teras dan pengurusan harta ke arah sasaran pertumbuhan itu.

Pendapatan berasaskan yuran bank itu naik 13 peratus tahun lepas kepada RM92.3 juta, di mana 89.6 peratus daripadanya disumbangkan oleh pendapatan daripata penulisan wasiat, komisyen dari Takaful dan yuran perkhidmatan ATM.

Pendapatan daripada pembiayaan meningkat kepada RM4.04 bilion daripada RM3.40 bilion sebelum ini, di mana 92 peratus adalah daripada perbankan pelanggan.

Kamaruzaman berkata bank itu akan membuka lapan lagi cawangan tahun ini, menambah kepada 127 yang ada, dengan jumlah pelaburan mencecah RM8 juta.

"Akan terdapat tiga cawangan masing-masing di Sabah There (Samporna, Putatan dan Kota Marudu) dan Sarawak (Limbang, Kapit dan Serian) dan setiap satu di Bentong, Pahang dan Kerteh, Terengganu.

"Kami akan mempunyai empat cawangan menjelang pertengahan tahun. Kira-kira RM1 juta akan dilaburkan untuk setiap cawangan," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seorang rakyat Malaysia dilapor hilang di Christchurch

Posted: 24 Feb 2011 01:38 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja wanita rakyat Malaysia dilapor hilang di Christchurch berikutan kejadian gempa bumi Selasa lepas dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

Ketua bilik operasi Malaysia di Chirstchurch, Ayauf Bachi, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan wanita berumur 30-an itu daripada rakan-rakanya pada hari kejadian.

Wanita yang berasal dari Sarawak itu bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar itu, dan keluarganya telah dihubungi bagi memaklumkan mengenai kehilangannya, katanya kepada Bernama ketika dihubungi untuk perkembangan terkini rakyat Malaysia di sana. Beliau berkata Pasukan Pertahanan Awam New Zealand yang mengetuai usaha mencari dan menyelamat mereka yang masih terperangkap dan hilang dalam malapetaka itu, telah dimaklumkan mengenai kehilangan wanita berkenaan.

Ayauf, yang juga Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, berkata terdapat 636 rakyat Malaysia di Christchurch, termasuk 390 penuntut dan pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 40 penuntut dalam empat kumpulan hari ini untuk mengetahui bantuan yang perlu disalurkan.

Daripada empat kumpulan itu, tiga kumpulan datang sendiri ke bilik operasi yang ditempatkan di sebuah bangunan hotel di Christchurch, manakala pihaknya turut melawat satu lagi kumpulan yang mengandungi 12 penuntut yang rumah mereka rosak dan pada masa ini tidak dibenar memasukinya.

Ayauf berkata 12 penuntut terbabit kini menumpang dengan kawan-kawan dan usaha sedang dijalankan untuk memberi bantuan sewajarnya kepada mereka.
Angka kematian dalam gempa bumi bermagnitud 6.3 Selasa lalu meningkat kepada 98 orang, dengan 300 orang dilapor hilang.

Gempa itu yang paling teruk melanda New Zealand sejak gegaran bermagnitud 7.8 yang mengorbankan 256 orang di wilayah Hawke''s Bay pada 1931.

Gegaran pada September tahun lalu bermagnitud 7.1 pula memusnahkan 100,000 rumah tetapi tiada yang terkorban.

New Zealand terletak pada "Gegelang Api Pasifik", satu kawasan seismik dan volkanik luas yang menganjur dari Chile ke Jepun di sebelahnya dan ke Indonesia di sebelah lagi. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 24 Feb 2011 03:25 AM PST

Utusan Online - Dalam Negeri


Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja bermula hari ini

Posted:

Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja bermula hari ini

Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja bermula hari ini


Sultan dan Raja-Raja Melayu berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-223 hari pertama yang dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (kiri) di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. Kelihatan (dua dari kiri) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (kanan depan); Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (tiga kiri); Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (belakang). - bernama


KUALA LUMPUR, 23 Feb. - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ke-223 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dihadiri semua Raja kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diwakili oleh Ketua Menteri. Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng diiringi wakil Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Malam ini, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan meraikan semua Raja dan Yang Dipertua Negeri dalam satu istiadat santapan malam sempena mesyuarat itu yang berakhir esok.

Isnin lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim berangkat ke Kuala Lumpur dengan menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dipandu baginda sendiri untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rosmah gesa pemimpin wanita ilhamkan inspirasi perubahan

Posted:

Rosmah gesa pemimpin wanita ilhamkan inspirasi perubahan

Rosmah gesa pemimpin wanita ilhamkan inspirasi perubahan


Rosmah Mansor menerima anugerah berprestij Turki, "Anugerah Tanggungjawab Sosial" bagi kerja-kerja kemasyarakatannya daripada Datuk Bandar Ankara, Melih Gokcheh (kanan) sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Ankara, kelmarin. Turut sama isteri Datuk Bandar Ankara Nevin Gokcek (kiri) yang juga Presiden Kehormat Yayasan Perkhidmatan Pendidikan Sosial. - Bernama


KUALA LUMPUR 23 Feb. - Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri berkata, wanita yang memegang jawatan sebagai pemimpin perlu mengilhamkan inspirasi untuk transformasi perubahan dengan mewujudkan nilai baru bagi faedah sosial dan ekonomi.

"Wanita kini mempunyai peranan lebih besar dalam membentuk masa depan dunia. Kita patut menggunakan pengaruh, kreativiti dan daya inovatif kita secara bijak dan efektif untuk mengilhamkan inspirasi perubahan," katanya dalam ucaptama pada forum kepimpinan wanita "Women In Leadership Forum Asia" yang diadakan di sini semalam.

Rakaman ucaptama Rosmah disiarkan pada forum itu oleh kerana beliau kini berada di Turki mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke negara itu sejak Isnin.

Rosmah berkata, sebagai pemimpin, wanita boleh mengilhamkan inspirasi untuk transformasi yang bermakna dan bermanfaat apabila mereka berpengetahuan dan berkemahiran, mampu memberi respons dengan cepat terhadap kehendak masyarakat, membina rangkaian kerja dan komited dalam mewujudkan dunia yang lebih baik.

"Oleh yang demikian, pendidikan merupakan teras paling penting untuk mendapatkan pengaruh dan ditambah dengan pengetahuan dan kemahiran, wanita akan lebih berupaya untuk merumuskan dasar, memperkenalkan inisiatif dan merintis inovasi yang dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi orang lain.

"Dalam kebanyakan masyarakat, akses kepada pendidikan untuk budak perempuan dan wanita masih terbatas. Kita perlu memperluaskan akses itu serta menambah baik kualiti pendidikan yang mesti bermula dari peringkat awal kanak-kanak. Dalam masyarakat miskin, ini merupakan satu cabaran besar tetapi di sinilah daya inovatif dan kebijaksanaan kita dapat dimanfaatkan sebaik mungkin," katanya.

Rosmah juga berkata, terdapat keperluan meningkatkan peluang wanita untuk mendapatkan pendidikan tinggi secara holistik dan meningkatkan kemahiran mereka menerusi latihan berterusan dan pendidikan sepanjang hayat.

"Secara umumnya, wanita berpendidikan akan membawa pelbagai manfaat kepada keluarga dan masyarakat, yang akan membantu kanak-kanak mendapat pendidikan lebih baik, kesihatan dan pemakanan yang lebih baik," katanya.

Rosmah yang juga penaung forum itu berkata, pendekatan wanita dalam pekerjaan dan kehidupan adalah berbeza kerana mereka lebih sensitif terhadap keperluan keluarga dan masyarakat, dengan itu, wanita menggunakan pendekatan lebih holistik terhadap kehidupan dengan menyeimbangkan keperluan kerja, keluarga dan masyarakat.

"Kekuatan ini perlu ditingkatkan lagi, dan wanita perlu memberi penekanan dan menggalakkan pendekatan komprehensif ini yang mengutamakan kesejahteraan manusia sebagai teras pembangunan dalam mana-mana masyarakat," katanya.

"Untuk wanita melaksanakan peranan ini secara efektif, mereka perlu sentiasa peka dengan kuasa perubahan sedia ada yang baru muncul seperti teknologi, komunikasi, nilai, tingkah laku pengguna dan sumber ekonomi," katanya.

Rosmah berkata, dengan memahami perubahan dan peralihan ini akan dapat membantu wanita memanfaatkan kuasa mereka untuk memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berubah.

Beliau turut menekankan mengenai pentingnya rangkaian kerja, menegaskan dengan memanfaatkan semua rangkaian berkenaan, wanita boleh memperluaskan capaian mereka ke seluruh dunia dan mengoptimumkan sumber mereka yang terhad.

"Dalam era digital sekarang, rangkaian berasaskan media telah terbukti merupakan antara kaedah yang paling efektif untuk mempengaruhi perubahan," katanya.

Rosmah berkata, di seluruh dunia, jumlah wanita yang memegang jawatan eksekutif di peringkat pengurusan tertinggi korporat ialah sebanyak 22 peratus dan daripada segi penyertaan dalam kegiatan keusahawan, satu pertiga daripadanya ialah wanita.

"Dalam abad ke-21 ini, wanita memainkan peranan penting sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, dengan 40 hingga 50 peratus perniagaan kini dimiliki wanita. Wanita juga memberikan impak yang signifikan dalam sains dan teknologi," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JPJ, polis, DBKL tempatkan pegawai kompaun

Posted:

JPJ, polis, DBKL tempatkan pegawai kompaun

JPJ, polis, DBKL tempatkan pegawai kompaun

PUTRAJAYA 23 Feb. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menempatkan pegawai rujukan di cawangan masing-masing bagi menyelesaikan pertikaian orang ramai mengenai saman kesalahan lalu lintas yang diterima.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, tindakan itu bagi memudahkan orang ramai membuat pertanyaan dan mendapat penjelasan mengenai saman yang boleh dipertikaikan.

"Ini merupakan tindakan proaktif untuk mengatasi pertikaian mengenai sesetengah saman di mana terdapat pemandu yang menafikan mereka pernah melakukan sesuatu kesalahan lalu lintas.

"Sekurang-kurangnya dua pegawai rujukan akan ditempatkan di setiap cawangan JPJ. Pemandu yang ingin mempertikaikan saman yang diterima boleh menemui pegawai ini sebelum berurusan di kaunter pembayaran," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Solah berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pertikaian termasuk urusan penjualan kereta tanpa melakukan urusan menukar hak milik kenderaan.

"Terdapat juga pemandu yang menghantar kereta mereka untuk dijual oleh kedai kereta terpakai tetapi jurujual atau bakal pembeli melakukan kesalahan ketika melakukan pandu uji, saman bagaimanapun dihantar ke pemilik asal.

"Selain itu terdapat juga pemandu yang menjadi mangsa pemalsuan apabila nombor plat milik mereka dipalsu dan disalahgunakan oleh pemandu lain," jelasnya.

Menurut beliau, tidak kurang juga pemandu yang mengabaikan surat saman yang dikirim kepada mereka dan menjadi kecoh apabila nama mereka disenaraihitam.

"Pada masa sama, terdapat pemandu yang tidak menerima surat saman kerana ia diambil oleh ahli keluarga lain, pemandu berkenaan hanya tahu disaman apabila mereka disenaraihitamkan dan gagal memperbaharui cukai jalan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof memberitahu, orang ramai yang mempunyai pertikaian mengenai saman boleh menemui pegawai rujukan di balai polis terdekat.

''Mereka yang melakukan kesalahan melanggar had laju dan ingin melihat gambar yang membuktikan kesalahan mereka bagaimanapun perlu datang ke Bukit Aman atau ke balai berhampiran dengan lokasi kejadian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 24 Feb 2011 03:24 AM PST

Utusan Online - Utara


Rumah Shiqal bantu Amirul

Posted:

Rumah Shiqal bantu Amirul

Rumah Shiqal bantu Amirul

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my


Seorang lagi bekas penagih dadah penghuni Rumah Shiqal yang bekerja di kedai dobi.


TAIPING 23 Feb. - Biarpun pernah bergelumang dalam kancah penagihan dadah, namun ia tidak sesekali membuatnya berasa malu untuk berubah serta berdepan dengan realiti.

Tekad dan keazaman diri melebihi segala-galanya meskipun stigma negatif masyarakat terhadap bekas penagih dadah sepertinya masih kuat.

Namun, berpegang kepada tekad jika tidak berani mengambil keputusan untuk berubah, maka selama-lamanya dia akan terus kekal begitu.

Menceritakan pengalaman hidupnya bergelut dengan najis dadah selama 13 tahun, Amirul Anuar Mohd. Noor, 33, berkata, kesedaran yang muncul selepas berfikir panjang mengenai masa depan mencetuskan perasaan di dalam hatinya untuk menukar haluan hidup.

Amirul Anuar yang berasal dari Kamunting di sini bersyukur kerana keluarga menjadi pendorong serta tulang belakang kepadanya untuk kembali ke pangkal jalan.

Anak sulung daripada enam beradik itu mengakui pengaruh rakan-rakan sebaya selepas tamat persekolahan menyebabkannya begitu liar sehingga terjebak dengan kegiatan tidak berfaedah itu.

Apatah lagi, dadah jenis heroin mudah didapati daripada teman-teman sekampung yang sentiasa mendapat bekalan tersebut.

"Saya berasa azab dan sengsara semasa ketagihan dadah. Seluruh tubuh tidak selesa termasuk pinggang dan sendi berasa sakit-sakit apabila tidak mendapatnya.

"Saya menghadapi tekanan mental sekiranya keinginan yang meluap-luap untuk mendapatkan dadah tidak dapat dipenuhi dalam masa empat ke lima hari," katanya.

Mengenang kembali detik-detik awal perubahan, Amirul Anuar berkata, dia mahu berubah apabila mula berasakan dirinya mendatangkan masalah besar kepada keluarga.

Menurutnya, dia bukan sahaja tidak menjadi contoh teladan yang baik kepada adik-adiknya malah memalukan keluarga serta mengkucar-kacirkan kehidupan mereka.

"Pada 2009 hati saya tergerak untuk berubah. Saya pergi sendiri ke Rumah Shiqal di bawah Persatuan Shifaul Qalbi Taiping (PSQT) yang memberi sokongan kepada usaha-usaha pemulihan penagih dadah.

"Di sana, kami berkongsi masalah serta membantu antara satu sama lain termasuk kawalan emosi melalui kegiatan-kegiatan berbentuk kerohanian," katanya.

Menurut Amirul Anuar, dia sudah muak dan jemu bergelumang dengan najis dadah serta berasakan masa depannya akan musnah sekiranya menyusuri laluan hidup yang sama.

Malah katanya, kegiatan menagih dadah hanya akan menghindarkan diri seseorang itu lebih jauh daripada Tuhan yang menciptakan manusia dan alam ini.

"Sekiranya ingin benar-benar berubah, satu kemahuan diri yang drastik perlu ada selain sokongan padu daripada keluarga dan masyarakat supaya tidak kembali hanyut ke jalan sama," katanya.

Pengerusi serta Pengasas PSQT, Shamzuri Osman, 46, yang juga bekas penagih turut bersetuju bahawa masih wujud persepsi negatif di kalangan masyarakat terhadap golongan seperti mereka.

Shamzuri berkata, beliau yang dahulunya bekerja di sebuah firma sekuriti pernah dibuang kerja semata-mata pihak majikan mengetahui dirinya merupakan seorang bekas penagih dadah.

Namun beliau mengakui, proses pemulihan seseorang penagih itu bukannya mudah serta tidak mempunyai tempoh masa tertentu kerana bila-bila masa sahaja mereka boleh kembali menagih andai tidak diberikan sokongan moral.

Sehubungan itu, Rumah Shiqal yang berada di bawah naungan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri itu kini berusaha membuka peluang pekerjaan dan bimbingan kepada bekas penagih dadah.

Menurut Shamzuri, Rumah Shiqal yang dibuka sejak 2008 itu telah membantu proses pemulihan 90 penagih dadah termasuk 14 yang dilatih ketika ini.

Beliau berkata, melalui projek tanggungjawab sosial korporat Kelab Rotary Taiping, Pusat Dobi Laundry Shiqal Maju di Taman Lake View di sini berjaya dibuka bagi memberi peluang kepada golongan tersebut untuk mendampingi masyarakat.

Menurut beliau, projek di bawah tajaan CIMB Foundation bernilai RM50,000 itu juga membolehkan bekas penagih dadah memperoleh ilmu serta kemahiran dalam bidang perniagaan.

Pusat dobi tersebut yang beroperasi sejak sebulan lalu dirasmikan pembukaannya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Dalam pada itu, Shamzuri berkata, melalui peluang berinteraksi dengan pelanggan, ia memberi peluang kepada mereka membina kembali keyakinan diri untuk berdepan dengan masyarakat.

"Peluang ini juga seharusnya dimanfaatkan untuk terus hidup berdikari serta mendapatkan sumber kewangan.

"Sekurang-kurangnya ia membuktikan bahawa golongan seperti kami juga boleh menjadi modal insan yang berupaya membantu perkembangan ekonomi negara walaupun sekecil mana peranannya," katanya.

Pusat Dobi Laundry Shiqal Maju menawarkan perkhidmatan seperti cucian tangan, biasa, kering, pembersihan langsir, permaidani serta kerja-kerja menggosok pakaian.

Pusat dobi tersebut turut menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pakaian bagi memudahkan para pelanggan.

Untuk sebarang maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi di talian 014-7577440.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sentiasa terap semangat gotong-royong

Posted:

Sentiasa terap semangat gotong-royong

Sentiasa terap semangat gotong-royong


TAJUL Urus Md. Zain (kiri) dibantu penduduk memasang papan tanda nama lorong di Kampung Baru Tandop Baru, Sungai Petani, semalam.


SUNGAI PETANI 23 Feb. - Penduduk di kawasan desa perlu sentiasa menjaga kebersihan persekitaran mereka bagi mengelak ancaman penyakit seperti denggi yang masih berleluasa di negeri ini.

Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, kesedaran tersebut perlu supaya penduduk tidak hanya mengharapkan pihak berkuasa menjalankan tugas berkenaan.

Jelasnya, tanggungjawab itu juga tidak harus diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan sahaja, sebaliknya ia perlu dipikul oleh semua tanpa sebarang perasaan terpaksa.

"Kefahaman penduduk terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan kediaman perlu dipertingkatkan. Jangan tunggu bila hanya ada kes ancaman penyakit, baru hendak bersihkan kawasan.

"Oleh itu, warga desa boleh memainkan peranan ini dengan berganding bahu bersama jiran-jiran membersihkan kawasan kediaman," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Gotong-royong Perdana anjuran bersama Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok dan penduduk di Kampung Baru Tandop Baru dekat sini, hari ini.

Majlis gotong-royong selama sehari yang dihadiri kira-kira 200 penduduk bertujuan membersihkan kawasan takungan air selain membersihkan semak yang menjadi tempat nyamuk membiak.

Tajul Urus yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, kerjasama erat di antara penduduk setempat juga memberi banyak faedah kepada semua.

"Apabila semua pihak bekerjasama, masalah kekotoran dapat diatasi sekali gus menghindari penyakit berbahaya yang boleh mengganggu komuniti kita," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Bahagian Merbok akan mempertingkatkan kerjasama dengan masyarakat bagi mengatasi beberapa isu berbangkit.

Katanya, antara bidang kerjasama tersebut ialah soal kebajikan, kesihatan dan aspek pembangunan pendidikan.

"Mana-mana penduduk yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pejabat UMNO bahagian atau menyalurkannya melalui ketua masyarakat. Kita akan berusaha selesaikan permasalahan yang timbul untuk kepentingan bersama," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Larangan import jambu air Thailand

Posted:

Larangan import jambu air Thailand

Larangan import jambu air Thailand

Oleh ZAINU'L AZHAR ASHA'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


Sabry Ahmad (tiga dari kiri), Khairi Arif (dua dari kiri) memeriksa sebahagian daripada buah jambu air yang dirampas di Padang Besar, kelmarin.


PADANG BESAR 23 Feb. - Sebanyak 20 metrik tan buah-buahan bernilai RM20 juta manakala 34,000 metrik tan sayur-sayuran bernilai RM27 juta dibawa masuk dari Thailand ke negara ini menerusi pintu masuk Padang Besar di sini, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Koperasi Negeri Perlis, Sabry Ahmad memberitahu, kebergantungan kepada buah-buahan dari negara jiran itu akan berkurangan selepas kerajaan menerusi agensi berkaitan mengenakan larangan ke atas beberapa jenis buah-buahan disebabkan beberapa masalah termasuk bagi mengawal makhluk perosak.

"Terbaru, kata Sabry, larangan kemasukan buah jambu air dari Thailand ke negara ini telah dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu bagi mengawal penyebaran sejenis makhluk perosak menerusi buah berkenaan," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat mengenai larangan kemasukan jambu air dari Thailand di pejabat Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di sini, semalam.

Turut hadir Ketua MAQIS Negeri Perlis, Khairi Arif dan Penolong Pengarah Unit Perlindungan Tanaman & Kuarantin Tumbuhan Jabatan Pertanian, Nilawati Pilus.

Beliau kemudiannya melihat anggota-anggota MAQIS yang diketuai Khairi merampas 50 bakul buah jambu air daripada sebuah lori di sini.

Menurut Sabry, pada tahun lalu, sebelum buah jambu air dilarang sepenuhnya dibawa masuk ke Malaysia, sebanyak 4.6 metrik tan hasil pertanian tersebut dirampas kerana melanggar beberapa syarat ditetapkan seperti tiada permit dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, lebih 1,000 metrik tan buah-buahan pelbagai jenis yang berharga lebih RM700,000 telah dikenakan sekatan dari dibawa masuk ke negara ini pada tahun lalu kerana melanggar syarat kemasukan.

Bagaimanapun, kata Sabry, dari satu aspek, larangan kemasukan buah jambu air itu boleh memberi manfaat kepada petani tempatan untuk mengusahakan tanaman tersebut dalam skala besar pada masa akan datang.

"Ini kerana buah jambu air merupakan antara buah-buahan yang digemari setakat ini dan boleh dikomersialkan jika petani tempatan mahu mengambil kesempatan.

"Malah, harga buah jambu air tempatan mungkin mengalami kenaikan kerana ia akan menjadi laris dan tumpuan pembeli selepas ketiadaan jambu air Thailand," tambah beliau.

Sabry berkata, pemantauan dan pemeriksaan lebih rapi bagi menyekat kemasukan buah jambu air dari Thailand akan dipertingkatkan di pintu-pintu masuk negara ini menerusi Perlis terutama di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 24 Feb 2011 01:43 AM PST

The Malaysian Insider :: Bahasa


Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga Ilani Isahak

Posted: 24 Feb 2011 01:28 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Datuk Ilani Isahak, yang meninggal dunia hari ini akibat barah payu dara, sebagai pemimpin yang banyak menyumbang ke arah mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara agama.

Timbalan Perdana Menteri bersama isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga Illani, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama.

"Tentunya pengalamannya sebagai bekas wakil rakyat Kota Baru telah dimanfaatkan sepenuhnya dalam menerajui jawatankuasa persefahaman dan keharmonian antara agama itu.

"Kami berharap anggota keluarga Datuk Illani tabah menghadapi kehilangan insan tersayang dan mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh," kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Illani, 58, meninggal dunia pada 6 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia akibat barah payu dara yang dialaminya sejak lima tahun lepas. — Bernama

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teguran Nik Aziz persoal Islam saya tuduhan serius, kata Mahathir

Posted: 24 Feb 2011 12:21 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berapa banyak bukti yang Murysidul Am PAS itu perlukan untuk mendakwa beliau dan Umno adalah "kafir."

Malah pada masa yang sama Dr Mahathir berkata tindakan Nik Aziz menidakkan keislamannya juga "satu tuduhan amat serius."

"Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan Umno kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS," kata bekas perdana menteri dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Tulisan Dr Mahathir (gambar) itu menjawab kenyataan Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir Umno baru-baru ini.

"Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini. Jadi nasionalis Umno didakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan, dia bertanya, 'apa nama kerja ini'."

"Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh Umno kafir," katanya lagi.

Kata Dr Mahathir, Nik Aziz menuduh beliau "fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya."

"Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan," kata beliau lagi.

"Tetapi sebelumnya dia mendakwa 'sokong PAS ertinya sokong Islam'. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – 'Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah'," kata beliau yang juga bekas presiden Umno.

Beliau seterusnya bertanya apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir.

"Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan Umno tolak Islam selain daripada mendakwa Umno adalah kafir," kata Dr Mahathir yang terlibat dalam 'perang' kenyataan menerusi blog dan facebook masing-masing sejak bulan ini.

Malah Dr Mahathir berkata, Nik Aziz juga membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi.

"Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik," katanya sambil menambah, teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

Malah kata Dr Mahathir, teguran Nik Aziz menidakkan keislamannya adalah satu teguran dan "lebih tepat lagi satu tuduhan yang amat serius."

"Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting," katanya.

Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, kata Dr Mahathir, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

"Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja.

"Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu.Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan Kemelayuan mereka. Dan, sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi," katanya lagi.

Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan selepas negeri itu jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1990 iaitu pilihan raya umum ketiga bagi Dr Mahathir selepas menjadi perdana menteri keempat.

Kini PAS bergandingan dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 24 Feb 2011 01:42 AM PST

Berita Harian: Wilayah


Bangkai tikus dalam kuali

Posted: 23 Feb 2011 02:54 PM PST

Wilayah

BANGKAI tikus dijumpai dalam kuali di sebuah premis yang diperiksa di Klang.

BANGKAI tikus dijumpai dalam kuali di sebuah premis yang diperiksa di Klang.

Ops Bersih 3 gempur premis niaga kotor sekitar Klang

KLANG: Bangkai tikus dalam kuali. Mungkin sukar dipercayai tetapi itulah yang dilihat dalam satu operasi penutupan premis makanan dan penguatkuasaan dinamakan 'Ops Bersih 3' yang diadakan di sekitar bandar diraja ini, baru-baru ini.

Pemilik sebuah restoran mendakwa kuali itu tidak lagi digunakan tetapi alasan terbabit gagal melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan tegas bahagian penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sentral yang mengikuti operasi bersama Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Klang diketuai Pemangku Timbalan Pengarah Kesihatan MPK, Amran Jali mendapati kebanyakan premis yang digempur pasukan penguat kuasa itu kotor dan berbau meloyakan. Dalam operasi bulanan itu, pasukan berkenaan turut menemui mi goreng yang sudah basi disimpan di bawah rak makanan dan boleh memudaratkan kesihatan jika ia dipanaskan dan dihidangkan semula kepada pelanggan.

Bagaimanapun, kebanyakan pelanggan terus menjamu selera di restoran terbabit seperti langsung tidak mengendahkan operasi yang sedang dijalankan.

Amran berkata, lapan premis yang diperiksa gagal mempamerkan tahap kebersihan sepatutnya di samping melakukan pelbagai kesalahan lain seperti tidak melabel jenis makanan dan pekerja memakai selipar.

"Kami sudah mengenal pasti kawasan ini sebelum mengadakan operasi. Kebanyakan restoran yang diperiksa didapati gagal menepati piawaian kebersihan seperti ditetapkan, antaranya tong sampah tidak ditutup dan lantai kotor.
"Malah, kami turut menjumpai bangkai tikus, najis tikus dan lipas di beberapa premis," katanya sambil menambah semua premis itu diarah ditutup untuk tempoh dua minggu bagi mereka membersihkan premis masing-masing.

Pemilik premis boleh beroperasi kembali jika MPK dan PKD Klang berpuas hati dengan tindakan yang mereka ambil daripada aspek kebersihan tetapi jika gagal, kes mereka akan dibawa ke mahkamah.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Bulan lalu, sebanyak 12 premis restoran diarahkan tutup dalam Ops Bersih 2 yang diadakan di sekitar kawasan Bukit Tinggi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JKR baiki lampu jalan

Posted: 23 Feb 2011 02:52 PM PST

Wilayah

Penduduk Taman Arked kini lebih selesa

SEPANG: Penduduk Taman Arked, di sini, lega apabila masalah lampu jalan yang tidak menyala di sepanjang laluan masuk ke Paya Indah Wetland dan kawasan perumahan itu sejak tiga tahun lalu selesai selepas pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membaikinya dua bulan lalu.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Arked, Ngadenin Musa, 43, berkata penduduk berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana membaiki lampu jalan di kawasan berkenaan.

"Sebelum ini, kita sudah mengadu masalah berkenaan kepada pihak berwajib, namun tiada tindakan yang dibuat menyebabkan kami buntu kerana tidak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi. "Selepas masalah ini diadukan kepada Berita Harian kira-kira tujuh bulan lalu, sedikit sebanyak ada perubahan yang dilakukan oleh pihak berkenaan bagi memperbaiki lampu jalan untuk kemudahan orang ramai yang melalui jalan itu terutama pada waktu malam," katanya.

Beliau berkata, penduduk di situ kini tidak berasa takut untuk melalui kawasan itu selepas lampu jalan dibaiki di samping mengelakkan berlaku sebarang masalah seperti samun.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR Selangor dan semua yang terbabit kerana menyelesaikan masalah itu," katanya.

Sebelum ini, Sentral melaporkan kira-kira 44 lampu jalan yang tidak menyala sejak tiga tahun lalu walaupun sudah siap dipasang sepenuhnya di sepanjang jalan masuk ke Paya Indah Wetland dan Taman Arked.
Ia kerana kotak fius dan sebahagian kabel elektrik di tiang lampu berkenaan, sebahagian besarnya hilang dipercayai dicuri pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan kemudahan awam disediakan itu tidak mencapai maksudnya kepada orang ramai.

Malah, sepanjang laluan di situ juga "mengerikan" terutama pada waktu malam kerana ada hutan dan belukar di kiri dan kanannya yang membahayakan pengguna.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 24 Feb 2011 01:33 AM PST

Utusan Online - Muka Hadapan


Bayar sekarang!

Posted:

Bayar sekarang!

Bayar sekarang!

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Solah Mat Hassan (kiri) bersama Abdul Aziz Yusof (tengah) dan Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Mohamad Sauffi Mohamad pada sidang akhbar mengenai pelaksanaan kadar kompaun baru kesalahan lalu lintas di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.

Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.

Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kerajaan tidak akan menangguhkan tempoh pembayaran saman, orang ramai dinasihatkan membuat pembayaran secepat mungkin dan jangan menunggu sehingga hari terakhir.

"Mereka boleh membayar secara dalam talian, di kaunter agensi atau melalui 688 buah pejabat pos seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Solah berkata, JPJ, polis dan DBKL telah bersetuju dan bersedia melaksanakan kadar kompaun baru mulai 1 Mac seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

"Kadar kompaun lama bagaimanapun masih terpakai untuk saman-saman yang dikeluarkan sebelum 1 Mac.

"Untuk saman PBT, buat masa ini hanya DBKL yang terlibat dengan kadar kompaun baru tetapi ia akan diperluaskan ke lebih banyak tempat selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, Solah berkata, pesalah trafik yang menerima saman daripada PBT termasuk DBKL buat masa ini tidak akan disenaraihitamkan walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan membenarkan tindakan tegas itu diambil.

"Hanya penerima saman polis dan JPJ yang akan disenaraihitamkan pada peringkat ini.

"Kita bagaimanapun dalam proses untuk pastikan saman lain (termasuk daripada DBKL) akan disenaraihitamkan pada masa depan apabila mekanisme dan sistem komputer yang lengkap disediakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia-Turki rangka kerja

Posted:

Malaysia-Turki rangka kerja

Malaysia-Turki rangka kerja

Zulkefli Hamzah

ANKARA 23 Feb. - Hubungan Malaysia-Turki melangkah ke era baru apabila kedua-dua negara sepakat untuk menandatangani perjanjian rangka kerja strategik yang turut merangkumi perjanjian perdagangan bebas sebelum akhir tahun ini.

Kesepakatan itu dicapai dalam pertemuan dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatannya, Recep Tayyip Erdogan yang berlangsung dalam suasana mesra dan produktif di sini semalam.

Masing-masing negara akan mengkaji cadangan yang dikemukakan dengan Najib menjemput Erdogan berkunjung ke Kuala Lumpur akhir tahun ini bagi menandatangani dua kesepakatan penting itu.

Kedua-dua pemimpin sepakat untuk menyasarkan nilai dagangan dua hala ditingkatkan kepada AS$5 bilion berbanding kira-kira AS$2 bilion tahun lalu.

Bercakap pada sidang akhbar bersama selepas pertemuan empat mata yang diikuti mesyuarat delegasi itu, Najib berkata, kesepakatan lain yang dicapai ialah memansuhkan visa dan menambah kekerapan penerbangan.

Malaysia dan Turki bersetuju memansuhkan tempoh lawatan 90 hari kepada rakyat masing-masing negara. Serentak itu, Turkish Airlines akan mewujudkan semula penerbangan terus Istanbul-Kuala Lumpur manakala Malaysia mengkaji untuk menambah kekerapan penerbangan ke Turki yang kini tiga kali seminggu.

"Ini adalah satu keputusan bersejarah dan penting yang tentunya dapat meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara," kata Najib sambil menambah terdapat ramai rakyat Malaysia yang berasal dari Turki.

Lawatan Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Turut mengiringi ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Kedua-dua negara juga sepakat untuk menganjurkan Kempen Melawat Malaysia di Turki dan Kempen Melawat Turki di Malaysia. Seramai 8,555 pelancong Turki melawat Malaysia dalam tempoh Januari hingga November 2010,

Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke Turki berkata, kesepakatan itu tentunya memberi isyarat tepat bahawa kedua-dua negara sentiasa memandang ke depan untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan hubungan sesama rakyat.

Menurutnya, Malaysia-Turki juga akan melihat kemungkinan memperluaskan kerjasama antaranya dalam industri automobil dengan Proton bakal membincangkan usaha sama berkaitan.

Dalam bidang minyak dan gas, Petronas bersama syarikat Turki, TPOA yang kini menjalin kerjasama di Iraq, kata Najib, berpotensi untuk meneruskan kerjasama strategik di negara-negara lain.

Begitu juga kerjasama dalam bidang ketenteraan antara FNSS Defense System Inc. dan DRB-Hicom Berhad akan diteruskan dengan meneroka peluang-peluang perniagaan baru, katanya.

Najib turut menyatakan komitmen untuk menambah pembelian kenderaan perisai buatan FNSS bagi kegunaan tentera Malaysia.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, beliau dan Erdogan turut membincangkan perlunya negara-negara Islam mempunyai urus tadbir yang baik untuk memastikan kestabilan negara berkaitan yang kini sedang menghadapi tempoh traumatik.

"Satu-satunya penyelesaian adalah menerapkan tadbir urus kerajaan yang baik dengan mengekalkan prinsip-prinsip demokrasi dan membuat pengubahsuaian berdasarkan keperluan semasa dengan suara rakyat sentiasa didengar," katanya.

Erdogan pula yang menyifatkan lawatan Najib sebagai sangat dinanti-nantikan selepas 28 tahun lawatan Perdana Menteri Malaysia, berkata, platform perbincangan peringkat tertinggi kedua-dua negara tidak ada masalah dan beliau telah beberapa kali berinteraksi dengan Najib dalam mesyuarat-mesyuarat antarabangsa

Beliau juga melahirkan keyakinan demokrasi di Turki dan Malaysia yang telah menghasilkan banyak pencapaian boleh dijadikan model untuk dicontohi negara-negara lain. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

209 rakyat Malaysia di Libya selamat

Posted:

209 rakyat Malaysia di Libya selamat

209 rakyat Malaysia di Libya selamat

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Kesemua 209 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang berada di Libya berada dalam keadaan selamat selepas berlaku tunjuk perasaan bagi mendesak Muammar Gaddafi meletak jawatan.

Jurucakap Wisma Putra berkata, kedutaan besar Malaysia di Tripoli menasihatkan agar semua rakyat Malaysia berada di tempat selamat dan hanya keluar apabila keadaan terdesak.

''Kedutaan Malaysia di sana sentiasa memantau perkembangan rakyat kita di sana dan mengambil langkah sewajarnya.

''Setakat ini tiada rakyat kita terlibat dengan tunjuk perasaan itu dan mereka dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan atau kemalangan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sekurang-kurangnya 62 orang maut dalam pertempuran di ibu negara Libya, Tripoli dalam tempoh dua hari lalu.

Keadaan di negara itu semakin meruncing apabila semakin ramai penyokong setia rejim Gaddafi meletakkan jawatan dan juruterbang jet pejuang berpaling tadah selepas diarah melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Duta Libya di Amerika Syarikat (AS), Bangladesh, India dan Indonesia mendesak Gaddafi berundur dengan sebahagian daripada mereka meletak jawatan dan menyatakan mereka kini berkhidmat untuk rakyat dan bukannya kerajaan Libya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berhubung situasi di negara bergolak itu boleh menghubungi Wisma Putra di Putrajaya di talian 03-88874570, 03-88874770, 03-88892746 dan 03-88892830.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 24 Feb 2011 01:10 AM PST

Utusan Online - Timur


Sukan santai malam

Posted:

Sukan santai malam

Sukan santai malam

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my


Gelanggang motocross turut disediakan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU 23 Feb. – Bagi membudayakan cara hidup sihat dan cergas dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat usia, kerajaan negeri terus menyemarakkan kegiatan sukan secara santai.

Ia bukan sahaja bagi mengisi waktu luang mereka, terutama kalangan generasi muda, tetapi juga untuk terus mencungkil dan mengasah bakat dalam pelbagai bidang sukan ke arah mengukuhkan Terengganu sebagai kuasa baru sukan negara.

Konsep sukan secara santai lebih bercorak temasya turut diterjemahkan melalui program kegiatan waktu malam yang dinamakan Terengganu City Night Games (TCNG) yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu.

Program kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) itu diadakan setiap bulan di Kompleks Sukan Gong Badak di sini dan terbaru pada 18 hingga 19 Februari lalu ia ternyata berlangsung dalam suasana lebih meriah.

Ia yang menjadi sebahagian daripada pengisian kalendar pelancongan negeri itu semakin menarik penglibatan meluas, malah turut mendapat tumpuan ramai termasuk dari beberapa negeri lain.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, TCNG merangkumi sukan berprestasi tinggi, sukan lasak dan sukan massa, acara hiburan, persembahan, pameran, jualan dan demonstrasi.

''Ia bukan hanya membuka peluang kepada masyarakat setempat tanpa mengira peringkat umur, malahan kini turut menarik penyertaan peminat sukan dari negeri lain seperti Kelantan, Pahang dan Kedah,'' katanya.

Sebanyak 12 acara sukan iaitu street soccer, bola jaring, boling padang, kereta kawalan jauh, drift car, aquabike, motocross, hoki, memanah, kanu, lumba basikal dan mini bike dipertandingkan pada temasya berkenaan.

''Selain itu, ia dimeriahkan dengan pertunjukkan basikal unik, pertandingan menyanyi, pertunjukkan kebudayaan dan konvoi berbasikal untuk memikat lebih ramai pengunjung," ujarnya.


Perlumbaan drift car mendapat perhatian di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.


Pengunjung juga boleh menyertai acara-acara yang diminati, selain mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang berkelayakan dan mahir dalam bidang sukan tersebut.

Selain beriadah waktu malam, TNCG juga akan menjadi medan buat remaja mempamerkan bakat masing-masing, terutamanya pada acara sukan baru seperti kereta kawalan jauh, drift car, aquabike, motocross dan motosikal mini.

Temasya yang diadakan setiap minggu ketiga pada setiap bulan itu akan diperluaskan ke daerah-daerah lain dalam usaha mendedahkan masyarakat terhadap bidang sukan.

Katanya, temasya seumpama itu di daerah-daerah akan bermula bulan depan

mengikut giliran dan bergantung kepada kemudahan yang terdapat di setiap daerah.

"Acara utama masih diadakan di stadium ini dan pada masa yang sama kita juga akan menganjurkan temasya itu di daerah lain, bergantung kepada kemampuan pihak penganjur serta kelengkapan acara yang ingin diadakan.

"Saya berharap, melalui penganjuran acara ini di setiap daerah ia akan memudahkan kita mencari bakat-bakat terpendam dalam arena sukan berkenaan bagi membentuk satu pasukan yang hebat dalam pelbagai acara sukan di persada dunia," katanya.

Pada penganjuran TCNG untuk sesi pertama pada tahun 2011 itu, kira-kira 1,000 pengunjung memenuhi pekarangan Sultan Mizan Zainal Abidin di sini bagi menyaksikan pelbagai acara yang diadakan.

Paling mendapat sambutan adalah acara mini bike apabila kanak-kanak seawal usia enam tahun menunjukkan aksi-aksi dan kehebatan mereka menunggang motosikal mini bak pelumba handal di litar yang disediakan.

Menurut Rozi, ibu bapa tidak perlu bimbang untuk membenarkan anak-anak mereka mencuba pelbagai acara yang diadakan, kerana terdapat golongan yang mahir akan mengajar dan memantau pergerakan anak-anak mereka.

"Setiap acara yang disediakan akan ditempatkan seorang tenaga pelatih yang mahir untuk mengendalikan acara berkenaan," jelasnya.

Namun, bagi mereka yang kurang gemarkan aktiviti lasak, usah bimbang kerana halwa telinga anda pasti ditemani suara-suara lunak penyanyi dan kumpulan muzik yang dijemput untuk membuat persembahan setiap kali berlangsungnya TCNG.

Katanya, ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja dengan melibatkan mereka dengan kegiatan kegemaran pada satu hujung minggu setiap bulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar perempuan tendang peragut

Posted:

Pelajar perempuan tendang peragut

Pelajar perempuan tendang peragut

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 23 Feb. – Tindakan berani seorang pelajar perempuan menendang dan bergelut dengan seorang peragut menyebabkan penjenayah itu berjaya diberkas.

Dalam kejadian pukul 5.50 petang di Kampung Paya Lasir, Kijal di Kemaman semalam, suspek yang berusia 25 tahun diberkas oleh penduduk sekitar setelah mendengar jeritan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 18 tahun menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Darat berdekatan lokasi kejadian.

Katanya, suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna hitam mengekori sebelum menghimpit motosikal mangsa dan cuba melarikan beg pinggang pelajar itu yang diletakkan dalam bakul motosikal.

"Mangsa yang terkejut dengan kehadiran suspek bertindak melawan dengan menendang motosikal suspek menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hari ini.

Mengulas lanjut, Manoharan berkata, suspek yang terjatuh kemudian bangun dan cuba meragut kembali beg mangsa yang mengandungi telefon bimbit dan wang tunai.

"Namun, dalam pergelutan itu, suspek yang berasal dari sekitar kawasan itu diberkas oleh orang ramai setelah mangsa yang menjerit meminta tolong sebelum diserahkan kepada pihak polis," jelasnya.

Menurutnya, akibat pergelutan itu, mangsa yang cedera di kaki telah dihantar ke hospital berdekatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harga barangan keperluan diseragam

Posted:

Harga barangan keperluan diseragam

Harga barangan keperluan diseragam

BACHOK 23 Feb. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (PPDNKKK) akan melaksanakan projek penyeragaman harga dalam waktu terdekat bagi mengurangkan perbezaan harga barangan keperluan antara kawasan bandar dan pedalaman.

Pengarahnya, Fauzi Haron berkata, hasil pemantauan yang dibuat oleh Pegawai Pemantau Harga (PPH) mendapati, barangan keperluan di kawasan pedalaman termasuk di penempatan Orang Asli dijual lebih tinggi berbanding harga pasaran dengan alasan peningkatan kos pengangkutan.

Beliau berkata, kenaikan itu turut melibatkan barangan kawalan bersubsidi seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

"Pendekatan dan langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Ia bertujuan memberi hak dan keadilan kepada para pengguna di kawasan pedalaman.

"Projek penyeragaman harga ini adalah sebahagian usaha kerajaan untuk membela kebajikan rakyat, terutama di kawasan hulu Kelantan yang meliputi Jajahan Gua Musang dan Kuala Krai," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Beliau ditemui pada Majlis Wacana 1Malaysia anjuran PPDNKKK dan Jabatan Penerangan Kelantan di Permai Resort di sini. Hadir sama, Pengarah Penerangan negeri, Ramly Yusoff.

Fauzi berkata, harga bahan api termasuk gas dan petrol di kawasan penempatan Orang Asli juga melebihi pasaran semasa sehingga membebankan golongan itu.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan ketua keluarga Orang Asli terpaksa ke Tanah Tinggi Cameron, Pahang untuk mendapatkan bekalan petrol dan gas yang dijual mengikut harga semasa.

"Kita akan cuba menyediakan pengangkutan atau membayar kos kepada pembekal atau penjual berdaftar supaya barangan keperluan itu dijual mengikut harga yang ditetapkan dan seragam.

"Harga barangan keperluan terutama yang bersubsidi sepatutnya dijual mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Mengenai krisis bekalan minyak masak pula, Fauzi berkata, masalah itu sentiasa dipantau dan ditangani sebaik mungkin.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan pembekal menghantar bekalan minyak masak ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan berdasarkan laporan harian yang diterima.

Menurutnya, pengedaran barangan kawalan itu turut dipantau ketat dan pembatalan 19 permit pemborong gula di kawasan sempadan dikekalkan bagi mengelak penyeludupan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 23 Feb 2011 11:42 PM PST

Utusan Online - Politik


Roslan Ahmad calon BN di Merlimau

Posted:

Roslan Ahmad calon BN di Merlimau

Roslan Ahmad calon BN di Merlimau

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin bersama pemimpin parti komponen BN mengangkat tangan calon Roslan Ahmad (tiga dari kiri) pada Majlis Pengumuman Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau di Jasin, Melaka, semalam.


JASIN 23 Feb. – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad hari ini diumumkan sebagai calon untuk menggalas cabaran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac ini.

Pemilihan Roslan, 44, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan BN Common Center di pekan Merlimau di sini.

Roslan merupakan anak kepada bekas Ahli Parlimen Jasin, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin dan anak saudara kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Pengumuman beliau disambut dengan sorakan oleh kira-kira 2,000 penyokong parti komponen BN dan masyarakat Merlimau yang hadir.

Turut hadir pada majlis pengumuman tersebut ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas.

Pada sidang akhbar selepas pengumuman itu, Muhyiddin melahirkan keyakinan terhadap pemilihan Roslan sebagai calon BN dan menyifatkan keputusan itu sebagai tepat kerana Roslan adalah calon yang bersih dan dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di Merlimau.

"Proses saringan calon dibuat banyak kali oleh saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kami dapati Roslan adalah calon yang paling sesuai.

"Beliau (Roslan) ada rekod, ada pengalaman, biasa jadi pemimpin di sini dan begitu dikenali. Kami harap pengundi di Merlimau berpuas hati dengan calon yang dipilih.

"Saya amat berharap pengundi di Merlimau dapat memberi sokongan yang kuat kepada Roslan untuk menjadi wakil rakyat dan memastikan BN memenangi kerusi ini," katanya.

Muhyiddin juga percaya penampilan Roslan dengan dibantu oleh jentera BN negeri yang diterajui oleh Mohd. Ali bukan sahaja membolehkan BN menang tetapi lebih penting meraih majoriti undi yang lebih besar.

Beliau turut menolak andaian bahawa pemilihan Roslan adalah berdasarkan legasi kepimpinan bapa serta bapa saudaranya.

"Perkara paling penting yang kita lihat ialah keperibadian dan kebolehan Roslan sendiri. Beliau adalah calon paling berpotensi untuk menang," katanya lagi.

Beliau menegaskan, BN mampu mempertahankan kerusi DUN Merlimau bersandarkan kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas, Parlimen Batu Sapi, Parlimen Hulu Selangor dan terbaru di DUN Tenang.

Katanya, kemenangan itu dibantu oleh kesedaran orang Melayu, Cina dan India yang dapat menerima dengan positif dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan.

"Ia membawa impak positif apatah lagi situasi ekonomi yang bertambah rancak memperlihatkan sokongan masyarakat pelbagai kaum terhadap kepimpinan BN menerajui negara," ujarnya.

Sehubungan itu, Muhyiddin tidak menolak Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau akan turut memihak kepada BN selain bakal mencatat majoriti undi yang lebih besar.

Beliau seterusnya mengingatkan semua pemimpin dan ahli BN supaya jangan terlalu yakin akan menang serta memandang remah calon pembangkang walaupun DUN Merlimau dilihat cukup selesa buat BN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tekad teruskan legasi Allahyarham Ahmad Ithnin

Posted:

Tekad teruskan legasi Allahyarham Ahmad Ithnin

Tekad teruskan legasi Allahyarham Ahmad Ithnin

JASIN 23 Feb. - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Roslan Ahmad berjanji meneruskan perjuangan arwah bapa dan bapa saudaranya serta menyambung legasi mereka yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu.

Bapa Roslan, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin cukup dikenali oleh masyarakat di Merlimau sebagai bekas Ahli Parlimen Jasin dari 1969 hingga 1978 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai dari 1982 hingga 1986.

Bapa saudaranya pula iaitu Datuk Seri Abu Zahar Ithnin merupakan Ketua Menteri Melaka yang kelapan dari 1997 hingga 1999.

Menurut Roslan, 44, kedua-dua tokoh tersebut merupakan ikonnya dan beliau mahu mencontohi kepimpinan mereka yang memberi perkhidmatan terbaik bukan sahaja di Merlimau tetapi juga di negeri ini.

"Legasi mereka akan saya teruskan untuk berbakti kepada penduduk di Merlimau. Saya akan cuba melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai wakil rakyat seperti yang pernah dilakukan oleh Allahyarham bapa sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan namanya sebagai calon Pilihan Taya Kecil DUN Merlimau di Bilik Gerakan BN Common Center di Pekan Merlimau di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin tidak menyangka akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti sebagai calon BN daripadan tujuh nama yang dicadangkan.

Pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dari 1994-1996 itu bersyukur apabila diberi peluang untuk bertanding.

"Kepercayaan yang diberikan akan saya laksanakan dengan sempurna," kata Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. itu.

Anak jati Merlimau itu beristerikan Zalifah Omar, 37, dan mempunyai empat anak iaitu Izat Darwis, 11, Muhamad Naufah, 10, Wirdatul Khalijah, 10, dan Ahmad Amsyar, 4.

Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Jasin merangkap Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO dari 2008 hingga sekarang serta bekas AJK Pemuda UMNO bahagian dari 2001-2004 dan Ketua Penerangan UMNO Cawangan Merlimau dari 2008 hingga sekarang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 23 Feb 2011 11:40 PM PST

Kosmo Online - Rencana Utama


Dokumentasi visual spontan

Posted:

Dokumentasi visual spontan

Dokumentasi visual spontan

Oleh MOHD. NAIM AZIZ



DI sebatang jalan yang sibuk dengan kenderaan yang bertali arus, kelihatan seorang wanita pertengahan usia sedang mengayuh sebuah basikal tua. Kayuhannya perlahan dan cukup berhati-hati.

Terdapat sebotol air mineral besar terletak di dalam raga di bahagian depan basikal tersebut. Lebih kurang satu meter di hadapannya, turut dilihat seorang lelaki menunggang motosikal sambil lengkap memakai helmet.

Menariknya, wanita itu juga mengayuh basikal dengan memakai helmet seolah-olah sedang menunggang motosikal. Situasi itu membuatkan penulis tidak melepaskan peluang untuk memetik punat kamera yang berada di tangan bagi mengabadikan momen yang dilihat sebagai gambar koleksi peribadi.

Itu merupakan salah satu karya berkaitan fotografi jalanan atau dikenali umum sebagai street photography. Dari segi definisinya fotografi jalanan menggunakan teknik terus yang akan menghasilkan pandangan yang literal, semula jadi dan asli terhadap sesuatu subjek atau situasi.

Bagi penulis, istilah fotografi jalanan dapat diterjemahkan dalam pelbagai bentuk penggambaran atau rakaman gambar selagi mana ia mempunyai asas yang tidak bercanggah dalam elemen-elemen fotografi.

Teknik secara bersahaja (kandid) atau secara terus (direct) dikategorikan sebagai salah satu aspek fotografi jalanan. Selain itu, ia juga boleh dihasilkan ketika sedang berjalan-jalan dan mengambil gambar tanpa sebarang tujuan.

Cabang fotografi tertua

Menurut Program Koordinator Pengajian Asas, Fakulti Kreatif Multimedia, Universiti Multimedia (MMU), Che' Ahmad Azhar Che' Fadzil, 47, fotografi jalanan merupakan salah satu cabang dalam kesenian fotografi.


ERTI kehidupan sebenar dalam persekitaran dapat dirakam melalui cabang fotografi jalanan.


Malah, ia boleh dikatakan cabang fotografi tertua di dunia kerana gambar pertama yang dirakam pada tahun 1826 oleh seorang jurugambar Perancis, Joseph Nicephore Niepce termasuk dalam kategori gambar jalanan.

"Gambar yang bertajuk View from the Window at Le Gras itu menunjukkan Niepce merakam pemandangan dari jendela rumahnya. Begitu juga dengan gambar manusia pertama yang dirakam pada tahun 1839 di Paris iaitu potret seorang lelaki di luar sebuah kedai.

"Kedua-dua gambar tersebut tergolong dalam karya fotografi jalanan dan ini bermakna ia sudah wujud sejak sekian lama," ujar Che' Ahmad ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah beliau, kesenian itu bertujuan untuk merakam kehidupan manusia di samping turut mempunyai kepentingan tersendiri dalam setiap karya yang dihasilkan.

"Hakikatnya, karya-karya fotografi jalanan ini merupakan satu dokumentasi visual yang diambil secara spontan tentang kehidupan seharian manusia di tempat-tempat awam dan ia boleh menjadi rujukan sejarah untuk generasi akan datang," jelasnya lagi.

Di samping merangkumi pelbagai aspek kehidupan, ragam masyarakat, tatasusila budaya, tingkah laku dan persekitaran alam, kesenian fotografi jalanan juga mempunyai hubung kait yang rapat dengan nilai-nilai kemanusiaan.


PERSEKITARAN budaya setempat memberi ruang luas kepada penggiat fotogafi jalanan.


Lokasi-lokasi terbuka seperti sekitar jalanan, bandar metropolitan, pelosok kampung, pasar harian, kompleks membeli-belah, bangunan bersejarah dan sebagainya mampu menterjemahkan sesebuah karya dalam bentuk fotografi jalanan.

Bukanlah hasrat penulis untuk merungkai setiap perincian lokasi, tetapi asas lokasi tersebut sudah cukup untuk membuatkan seseorang jurugambar 'berperang' dengan karya dan identiti imej yang cuba dibentuk.

Fotografi jalanan bukan photojournalism

Ironinya, fotografi jalanan berbeza dengan kewartawanan foto (photojournalism) yang lebih eksklusif dan selalu dihasilkan oleh satu fokus dalam fikiran. Aspek ini terarah dalam bentuk dokumentari yang boleh dijual kepada akhbar dan majalah sebagai bahan utama.

Namun, secara semula jadinya, kewartawanan foto mampu menghasilkan berita-berita berat dengan hanya mendapatkan apa yang berlaku di tempat kejadian.

Kemunculan gajet di pasaran kini terutamanya kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR) pula mudah didapati dan murah berbanding pada zaman kamera analog.

Umumnya dari segi harga ia agak berbaloi untuk seorang memilikinya. Bahkan kemunculan era siber teknologi tinggi alam maya lebih banyak memudahkan pengguna dan generasi masa kini.

Melalui IT juga, terdapat pelbagai laman sesawang yang khusus bagi menempatkan karya-karya fotografi jalanan. Walaupun pada hakikatnya ia adalah koleksi peribadi dan bukan untuk diperdagangkan, namun ia sebenarnya lebih memfokuskan tentang kematangan seseorang jurufoto itu.

Bercakap tentang fotografi jalanan, adakalanya imej yang dirakam menjurus kepada nilai berita, bahkan ia cukup untuk menterjemahkan apa yang berlaku dalam persekitaran masyarakat amnya.

Tetapi tidak semua imej yang dirakam mempunyai nilai dan asas berita memandangkan ia lebih kepada fotografi secara terus serta mempunyai sudut pandangan yang kreatif.

Dalam menghasilkan sebuah karya kreatif, seorang jurufoto perlu peka dengan keadaan sekitarnya di samping mempunyai pengetahuan asas dan kemahiran dalam teknik-teknik fotografi.

Tidak ketinggalan, kemahiran berkomunikasi juga harus dititikberatkan kerana ia termasuk antara aspek utama asas fotografi jalanan. Sekiranya komunikasi lemah, ia mampu 'membunuh' secara keseluruhan penciptaan karya yang lebih terarah kepada unsur-unsur kemanusiaan.


PEMAHAMAN yang jelas tentang sesuatu budaya bangsa juga dapat dihasilkan melalui rakaman lensa kamera.


Dewasa ini, golongan amatur juga telah banyak mempelopori bidang fotografi jalanan dan menjadikan ia medium bebas untuk berkarya. Justeru, tidak hairanlah jika kelas-kelas atau skop perbincangan semakin meluas dalam kalangan mereka.

Golongan profesional turut melibatkan diri dan ini menjadi penanda aras kepada peningkatan ilmiah dan karya fotografi itu sendiri. Penglibatan di antara kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi pengalaman dan cara 'menghidu' bagi menjadikan sebuah karya fotografi jalanan amat bernilai tafsirannya.

Turut melalui proses yang sama adalah perbezaan di antara masa, tempat serta pemilihan subjek.

Sewaktu bersiar-siar di kotaraya Kuala Lumpur, penulis pernah disapa seorang bekas jurufoto yang satu ketika dahulu mempelopori bidang fotografi jalanan. Jelasnya, bukanlah satu konteks mudah daripada membayangkan apa yang tersurat melalui pengamatan mata sekiranya bermain dengan persekitaran.

"Jangan hanya sekadar melihat secara luaran tetapi lihatlah dengan konteks yang lebih jauh dan mendalam," tutur Omar Rizal mengenai keadaan persekitaran sekiranya kita mahu 'berperang' dengan karya-karya sedemikian yang merupakan pesanan yang cukup bernilai buat penulis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 23 Feb 2011 11:37 PM PST

Utusan Online - Jenayah


Siasatan ‘Sultan Sulu tidak libat Filipina

Posted:

Siasatan 'Sultan Sulu tidak libat Filipina

Siasatan 'Sultan Sulu tidak libat Filipina

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 23 Feb. – Siasatan kes terhadap Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah, Datu Mohd. Akjan Ali Muhammad yang diisytiharkan sebagai Sultan Sulu baru-baru ini, tidak melibatkan negara Filipina.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kes itu hanya melibatkan masalah dalaman negara ini sahaja dan langsung tidak berkait dengan negara lain termasuk Filipina.

Menurut beliau, kes ini amat serius kerana melibatkan soal keselamatan negara, maka siasatan perlu dijalankan secara teliti dan mendalam dengan melihat pelbagai sudut.

"Polis memandang serius kes ini kerana ia membabitkan individu yang mengaku dia sebagai Sultan Sulu. Berikan masa kepada kita untuk menyiasat, saya akui ia agak unik yang memerlukan siasatan mendalam daripada pelbagai sudut sebelum tindakan sewajarnya diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Dua Hala Malaysia-Singapura membabitkan JSJ antara kedua-dua negara kali ke-123 di sini hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Pengarah JSJ Singapura, Asisten Komisioner Hoong Wee Teck.

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan mengenai isu-isu berkaitan jenayah yang mempunyai kepentingan bersama seperti isu pemerdagangan manusia dan pertukaran maklumat perisikan serta pengurusan.

Pada 2 Februari lalu, Mohd. Akjan dilaporkan ditabalkan sebagai Sultan Sulu ke-33 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam satu majlis di Kampung Likas di sini.

Dilaporkan, majlis tersebut disaksikan sekumpulan 60 orang termasuk pegawai kanan Kesultanan Sulu.

Berikutan pertabalan itu, Mohd. Akjan telah mendapat gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun atau Sultan Shariful Hashim II.

Tambah Mohd. Bakri, sehingga kini, 18 orang diambil kenyataan bagi membantu siasatan kes itu membabitkan ahli keluarga dan individu yang menghadiri majlis pertabalan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, polis belum memanggil dan mengambil kenyataan daripada Mohd. Akjan termasuk tidak membuat sebarang penahanan berhubung kes itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Hanya saya, dia, keluarga tahu perkara sebenar'

Posted:

'Hanya saya, dia, keluarga tahu perkara sebenar'

'Hanya saya, dia, keluarga tahu perkara sebenar'

IPOH 23 Feb. - "Hanya saya, dia dan keluarga kedua-dua belah pihak yang tahu perkara sebenar. Biarlah apa yang dia mahu katakan sedangkan Allah yang lebih mengetahui."

Itu luahan isteri kepada juruteknik yang mendakwa ditetak menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Taman Pinji Ria, Pengkalan dekat sini pada Jumaat lalu.

Dalam nada sebak, wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu, dia mendapat sokongan penuh daripada keluarga mertua untuk tampil membersihkan kembali namanya yang tercemar akibat tuduhan suaminya.

Namun katanya, dia masih belum bersedia untuk tampil menceritakan hal sebenar dan meminta diberikan masa untuk menenangkan fikiran.

Wanita yang berusia 24 tahun itu juga memberitahu, dia kini berada di sebuah kampung dan telah diberikan cuti oleh majikannya bermula semalam sehingga Ahad depan.

"Saya belum bersedia namun saya akan ceritakan semuanya apabila sampai masanya. Saya minta beri saya ruang untuk menenangkan fikiran dahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini sebelum talian diputuskan dan dia gagal dihubungi kemudiannya.

Semalam, Ahmad Khusairi Abdul Rahim, 31, mendakwa dia dicederakan oleh isterinya yang merupakan seorang jururawat di sebuah hospital di sini dengan menggunakan pisau pemotong daging akibat sikap cemburu melampau wanita itu.

Akibat kecederaan itu, juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, terpaksa menerima 15 jahitan dan putus tiga urat lengan kiri sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan.

Wanita itu yang enggan mendedahkan lokasinya berkata, dia akan tampil bersama bukti-bukti bagi memberitahu semua pihak bahawa dia tidak bersalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihak polis masih lagi menunggu untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada kedua-dua pihak bagi melengkapkan siasatan.

Beliau berkata, ia berikutan kenyataan Ahmad Khusairi di akhbar yang masih sayangkan isterinya sekali gus menimbulkan persoalan sama ada kedua-dua belah pihak tersebut ingin meneruskan kes berkenaan.

"Kadangkala ada kes yang melibatkan masalah rumah tangga sebegini, ia hanya dilaporkan kepada polis sebagai amaran kepada pasangan masing-masing," katanya.

Namun begitu, beliau mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 23 Feb 2011 11:29 PM PST

Berita Harian: Nasional


Pesawat TUDM sudah ke Libya

Posted: 23 Feb 2011 02:37 PM PST

Nasional

PENUNJUK perasaan mengoyak Buku Hijau tulisan Gaddafi di Tobruk, Libya.

PENUNJUK perasaan mengoyak Buku Hijau tulisan Gaddafi di Tobruk, Libya.

Operasi menyelamat, bawa pulang 190 rakyat Malaysia bermula

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah menghantar sebuah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk operasi menyelamat dan membawa pulang 190 rakyat Malaysia di Libya yang kini dilanda kebangkitan rakyatnya mendesak pemimpin mereka, Muammar Gaddafi meletakkan jawatan.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat itu sudah mendarat di Slovakia sebelum ke Rome, Itali serta ke Lapangan Terbang Tripoli, Libya.

Bagaimanapun, kerajaan belum menerima hak mendarat daripada pihak berkuasa negara berkenaan bagi membawa pulang rakyat ke tanah air. "Kita faham keadaan di sana agak kelam kabut dengan lapangan terbangnya ditutup. Namun, usaha perlu dilakukan untuk memindahkan rakyat dari pejabat kedutaan di Tripoli ke negara berdekatan seperti Itali atau Dubai yang dijadikan sebagai pusat transit.

"Bila mereka dipindahkan bergantung kepada kebenaran pihak berkuasa negara berkenaan dan mungkin mengambil masa seminggu atau lebih," katanya ketika dihubungi, semalam.

Laporan sebelum ini yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, operasi menyelamat rakyat Malaysia di Libya mungkin akan menggunakan laluan darat jika opsyen laluan udara gagal dilaksanakan.

Pertumpahan darah di negara Afrika Utara itu terus meningkat kepada 400 orang apabila Gaddafi mengarahkan tentera menyerang rakyat yang melakukan protes antikerajaan menggesa beliau berundur selepas 42 tahun memerintah.
Tindakan Gaddafi dikecam masyarakat antarabangsa yang mendesak beliau menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan. Keadaan di negara itu dilaporkan semakin bergolak dengan penunjuk perasaan menyerang bangunan kerajaan serta merosakkan lapangan terbang Benghazi ketika ramai warga asing mula meninggalkan negara itu.

Sementara itu, sumber Kementerian Luar dan Kedutaan di Yaman menyatakan, seramai 646 rakyat Malaysia termasuk 550 pelajar dilaporkan selamat walaupun keadaan di negara Teluk itu dilaporkan tidak menentu.

"Sebenarnya keadaan di Sana'a tidak seburuk seperti yang dilaporkan media di sana. Bagaimanapun, kita sudah mengarahkan rakyat Malaysia di sana mengambil langkah berjaga-jaga termasuk segera menghubungi kedutaan jika keselamatan mereka terancam," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Gaddafi tidak harus gunakan kekerasan’

Posted: 23 Feb 2011 02:37 PM PST

Nasional

ISTANBUL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak harus menggunakan kekerasan menangani tunjuk perasaan.

"Kami berpendapat beliau tidak harus menggunakan kekerasan, " katanya kepada AFP di sini, semalam.

"Apa yang penting adalah bagi kita mengambil kira aspirasi rakyat... sistem pemerintahan haruslah sah, berdasarkan sokongan diberikan rakyat. Penduduk negara Arab dan Afrika Utara "memberi isyarat jelas" tuntutan mereka untuk perubahan dan pembaharuan, kata Perdana Menteri yang mengadakan lawatan rasmi ke Turki.

Perdana Menteri tidak bimbang kemungkinan Malaysia berdepan dengan pemberontakan.

Beliau berkata, pilihan raya di Malaysia diadakan secara bebas dan adil dan kerajaan semakin menikmati sokongan yang meningkat.

Kerajaan sedang membuat persediaan untuk membawa pulang 190 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya.
Sementara itu di KUALA LUMPUR, Najib mengucapkan takziah kepada rakyat New Zealand berikutan gempa bumi berukuran 6.3 magnitud yang melanda Christchurch, kelmarin sehingga mengorbankan 75 nyawa dan kemusnahan harta benda.

Perdana Menteri mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia amat bersimpati dengan kejadian yang berpusat di Lyttleton dengan kedalaman lima kilometer, selain gegaran yang dirasai di Wellington dan Dunedin sehingga menyebabkan perintah darurat diisytiharkan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra semalam, kerajaan akan memantau situasi di Christchurch secara dekat dan kese-lamatan hampir semua pelajar Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) sudah dipastikan.

Bagi mengesan rakyat Malaysia di Christchurch, nama penuh, tarikh lahir, alamat saudara terdekat di Malaysia selain alamat dan nombor telefon mereka di New Zealand perlu diberikan kepada pegawai kedutaan bertugas. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pusat operasi di talian +6433485059 atau faks +6433480810.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads