Ahad, 31 Julai 2011

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SRI TUMPAT (1)

Posted: 30 Jul 2011 04:14 AM PDT

SK. Seri Tumpat (1) : Nama Sekolah.
1954 : Tahun sekolah ditubuhkan.
Usaha Tangga Kejayaan : Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih.
Ikan dan Bunga Padi : Melambangkan pekerjaan utama penduduk setempat adalah nelayan dan petani.
Warna Merah : Melambangkan langkah berani ke arah kebenaran
Warna Kuning : Melambangakan kemurnian yang disusuli dengan doa untuk mendapat keredaan Allah
Warna Biru : Rasa cinta antara warga sekolah yang berada di bawah satu bumbung.

1. ASAL SEKOLAH

Dengan tamatnya Peperangan Dunia Kedua, perkembangan persekolahan telah wujud. Sebelumnya telah ditubuhkan Government English School di Tumpat, beberapa jajahan di Kelantan seperti di Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai telah berbangga dengan sekolah Inggeris masing-masing. Dalam suasana begini sekumpulan kecil kalangan bijak pandai dari Tumpat telah berusaha supaya kerajaan mendirikan sebuah sekolah Inggeris di Bandar Tumpat.

Antara langkah-langkah yang diambil termasuklah usaha mendapat kerjasama dan jasa baik Yang Berusaha Tuan Pegawai Jajahan di mana terdapat usul-usul supaya didirikan bangunan sekolah sementara atau sekolah rakyat.

Di samping desakan penduduk Tumpat, kerajaan juga sedang melaksanakan rancangan bagi mengadakan Sekolah Inggeris di setiap jajahan. Hasilnya dalam tahun 1954, tertubuhlah Sekolah Inggeris dalam Jajahan Pasir Puteh, Bachok, Machang dan Tumpat.

2. NAMA-NAMA SEKOLAH

Pada 10hb. Januari 1954, sekolah ini dibuka dengan rasminya dengan nama Government English School, Tumpat. Setelah Malaysia mencapai kemerdakaan dalam tahun 1957, nama sekolah ini ditukar kepada Tumpat Standard Type Primary English School sehingga tahun 1961 apabila semua Sekolah Standard Type bertukar menjadi National Type dengan nama Tumpat National Type Primary English School. Dalam tahun 1965, berikutan dengan arahan dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, nama sekolah ini ditukar kepada nama terjemahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Tumpat.

Dengan berakhirnya Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah ini, namanya sekali lagi diubah menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Tumpat, Tumpat Kelantan. Pada awal tahun 1994, Sekolah Rendah Kebangsaan Tumpat dipecah menjadi dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Tumpat (1) atau SRKT (1) Sekolah Rendah Kebangsaan Tumpat (2) atau SRKT (2). Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1997, dasar dan peraturan mengenai nama sekolah, nama SRK diubah kepada SK atau Sekolah Kebangsaan. Oleh itu, selaras dengan perubahan nama tersebut maka terhasillah nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat (1) (SKST 1). Pada 1hb. Januari 1998, pertukaran nama baru ini dilaksanakan dan namanya diberi oleh Unit Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Sejak sekolah ini mula-mula dibuka lagi, bangunannya adalah dari jenis kekal iaitu bangunan batu. Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Kelantan. Apabila ia dibuka pada Januari 1954, bangunan peringkat pertama dibina dari batu dua tingkat telah pun siap. Pada permulaanya, ia dilengkapi dengan sebuah Bilik Guru, Bilik Pejabat, Bilik Setor, tandas dan empat Bilik Darjah beserta dengan perabot (kerusi dan meja).

Pada pertengahan tahun 1956, tambahan empat Bilik Darjah yang disambungkan kepada bangunan asal telah siap dibina menjadikan bangunan ini mempunyai lapan Bilik Darjah.

Pada tahun 1958, sebuah bangunan satu tingkat yang berasingan siap dibina. Sebuah makmal juga dibina pada bangunan asal pada akhir tahun 1961. Dalam tahun 1962, sebuah Sekolah Lanjutan yang dilengkapi dengan dua buah bilik darjah, sebuah bilik masakan, sebuah bilik pertukangan dan dua buah bilik tandas telah dibina di sisi bangunan asal. Pada tahun 1965, Sekolah Lanjutan tersebut telah diberhentikan dan bangunannya diserahkan untuk kegunaan Sekolah Menengah yang masih ditempatkan di sekolah asal.

Kesemua bangunan-bangunan tersebut telah dipindahkan di bawah pentadbiran Sekolah Rendah setelah Sekolah Menengah dibina di Kelaboran pada tahun 1966. Pada 1hb. September 1969, sebuah Klinik Pergigian telah ditubuhkan dan ditempatkan di Bilik Rehat Guru. Pada peringkat awal penubuhan, perkhidmatan rawatan pergigian adalah dikhaskan untuk murid-murid sekolah ini sahaja. Pada bulan Julai 1972, perkhidmatannya mula diperluaskan kepada murid-murid daripada sekolah-sekolah di sekitar. Sejak mula-mula dibina lagi, sekolah ini telah dilengkapi dengan kemudahan bekalan elektrik dan air, tandas, pagar dan lima unit Rumah Guru serta sebuah padang yang agak kurang memuaskan kerana ia padang berpasir. Pada 1971, sebuah bangunan kantin turut dibina.

Sekolah ini pernah mengalami pengalaman pahit pada tahun 1967 apabila berlakunya banjir besar yang dialami oleh Negeri Kelantan keseluruhannya. Walaupun tiada kerosakan besar berlaku, kemudahan pam air dan buku-buku juga terjejas. Kali pertama juga lantai tingkat bawah bangunan sekolah ditenggelami air sedalam 2 kaki. Walau bagaimanapun, peristiwa mengejut ini berlaku dalam cuti penggal atau cuti akhir tahun.

Kemudian, sebuah kantin juga telah dibina. Pada awal tahun 1971, kawasan sekolah telah diperluaskan.

PENGASAS SEKOLAH

1. Encik Othman bin Mohd Udin
Pegawai Penerangan Tumpat

2. Encik Basir bin Rashid
Ahli Perniagaan

3. Encik Ab. Rahim bin Abdullah
Kerani Jabatan Keretapi

WAKIL IBU BAPA :

1. Encik Wan Ahmad bin Hj. Wan Daud

2. Encik Awang bin Haji Yunus

3. Encik Hassan bin Haji Johari

3. COGANKATA SEKOLAH

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Cogankata tersebut adalah sebagai perangsang kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat (1), supaya menjadikan USAHA sebagai azimat hidup untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang diceburi dan seterusnya beroleh kejayaan dalam kehidupan kelak.

Tanpa USAHA, yang bulat tidak akan bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.

4. LENCANA SEKOLAH

4.1  Lencana SKST 1 berukuran 5 X cm dan berbentuk perisai yang melambangkan sejenis alat mempertahankan diri.

4.2  Di tengahnya terdapat lambang seekor ikan di dasar laut dan dilingkungi oleh bunga padi yang melambangkan pekerjaan utama penduduk setempat adalah sebagai nelayan dan petani.

4.3 Pada bahagian bawah perisai terdapat cogankata 'USAHA TANGGA KEJAYAAN' dan diapit oleh angka 19 dan 54 yang melambangkan tahun sekolah ini diasaskan iaitu 1954.

4.4  Warna-warna yang terdapat pada lencana tersebut ialah :

a) MERAH pada nama sekolah dan cogankata adalah melambangkan usaha berani ke arah kebenaran.

b)  KUNING pada lambang ikan dan padi melambangkan kemurnian yang disusuli dengan doa agar mata pencarian penduduk sentiasa diberkati oleh Allah.

c) BIRU pada warna air laut melambangkan kecintaan antara warga sekolah yang berada di bawah satu bumbung.

d)  MOTO sekolah adalah "Usaha Tangga Kejayaan".

SENARAI NAMA GURU BESAR

Bil. nama tahun :

1. Encik Mohd Zain bin Awang 1954

2. Encik M. Sandanasamy 1955

3. Encik Benedict Fair 1957

4. Encik Megat Hussain 1958

5. Encik Yee Gim Hoe Oktober 1958

6. Encik K. Ragavan April 1959

7. Encik Mahinder Singh (Pemangku) 1961

8. Encik Khaw Meng Hua April 1961

9. Encik Mahinder Singh (Pemangku) May 1964

10. Encik Kasim bin Mustapha 1972

11. Encik Abu Bakar bin Abd. Hamid 1980

12. Encik Muhammad Zin bin Yusoff 1989

13. Encik Mat Nordin bin Ali 1993

14. Encik Muhammad Zin bin Yusoff April 1994

15. Tuan Haji Mohamed Noor bin Jaafar April 1998

16. Tuan Haji Che Hashim bin Che Ismail September 2003

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUMPAT

Posted: 30 Jul 2011 04:00 AM PDT

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat atau nama ringkasnya SMK Tumpat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kelaboran.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat memiliki 727 pelajar lelaki dan 972 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1699 orang. Ia mempunyai seramai 133 orang guru.2009

SEJARAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Tumpat terletak di Kelaburan, Tumpat, Kelantan. Lokasinya bersebelahan dengan Hospital Daerah Tumpat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat adalah nama baru bagi Government English School Tumpat (GEST). Sekolah ini diwujudkan pada tahun 1957, bagi menampung murid-murid Special Malay Class yang telah pun bermula sejak tahun 1954 lagi. Sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah sekolah aliran Inggeris didirikan di setiap daerah. Sekolah-sekolah inilah kemudiannya menjadi asas kepada tertubuhnya sekolah-sekolah menengah di Kelantan.

Kesedaran awal masyarakat terutama di kalangan pemimpin dan warga bukan Melayu telah mempercepatkan penubuhan sekolah ini. Desakan yang dibuat kepada kerajaan pada masa itu akhirnya dipersetujui dan akhirnya lahirlah sebuah sekolah. Berdasarkan sumber-sumber pemimpin setempat dan kandungan majalah tahunan Laksamana, penubuhan GEST adalah atas inisiatif En Mohd Zin Awang bersama-sama pemimpin-pemimpin etnik di sekitar Tumpat. Boleh dikatakan kaum Cina, India, Siam selain majoriti Melayu adalah murid yang belajar di sini pada peringkat awal.

Pada peringkat awal penubuhan SMK Tumpat, murid-muridnya terdiri daripada peringkat rendah dan menengah yang ditempatkan di sebuah bangunan sahaja. Pada peringkat awal ini, guru-guru besarnya iaitu En Mohd Zin Awang (1954), En Sandanassamy (1955),En Benedict Fair (1957), En Megat Hussin (1958),dan En Yeo Gim Hoe (1959-1960) terpaksa mentadbir sesi persekolahan pagi bagi sekolah menengah dan sesi persekolahan petang bagi sekolah rendah.

Sistem sekolah gabungan ini berakhir pada 1 Januari 1961 apabila En K. Ragavan dilantik menjadi guru besar sekolah menengah sesi pagi dan En Khow Mang Hue selaku guru besar sekolah rendah pada sesi petang. Dengan pelantikan ini, En K. Ragavan adalah guru besar pertama dan pengasas generasi kedua Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads