Sabtu, 20 Ogos 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


PAS <b>Mengkebang</b> » Blog Archive » Ada Hasrat Terselindung <b>Di</b> Sebalik <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2008 01:41 AM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melihat kenyataan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam di Kota Bharu bahawa Kerajaan Negeri Melaka menarik balik larangan kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan sebagai mempunyai hasrat yang terlindung. Ini kerana beliau sendiri terpaksa datang ke Kelantan khususnya menjelang pemilihan UMNO untuk mencari penyokong dan mendapatkan undi daripada perwakilan UMNO di negeri ini.

Pihak DPPNK tidak dapat mengelak daripada meragui keihklasan beliau di dalam hal ini apabila beliau menyatakan bahawa sebab larangan pada tahun 2000 itu adalah kerana kononnya sikap pemimpin PAS yang menuduh ahli UMNO sebagai tidak Islam sedangkan ianya adalah tidak benar sama sekali.

Penarikan ini hanyalah sebahagian daripada kempen beliau untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana sejak tahun 2000 sehingga sekarang, pemimpin yang sama memerintah Kelantan. Apakah kali ini beliau berasa berpuas hati dengan sikap pimpinan negeri ini yang mengikut pengamatan beliau tidak lagi bersikap sebagaimana yang beliau nyatakan itu.

Ataupun beliau cuba menonjolkan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang bersikap terbuka dan sentiasa memantau perkembangan politik di negeri-negeri lain khususnya yang diperintah oleh pembangkang bagi melayakkan beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO walaupun beliau tidak mempunyai jawatan di dalam kerajaan persekutuan.

Pihak DPPNK menyifatkan Dato' Seri Mohd Ali sebagai seorang pemimpin yang hipokrit dan pengampu besar di dalam UMNO kerana negeri-negeri lain walaupun ketika itu diperintah oleh UMNO/BN tetapi tidak pernah melarang kakitangan mereka mengadakan lawatan ke Kelantan.

Walaubagaimanapun pihak DPPNK tetap menyambut baik penarikan ini dan mendoakan agar Dato' Seri Mohd Ali Rustam diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk kembali kepada landasan Islam yang sebenar.

Abdul Latif bin Abdul Rahman

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Merangkap ADUN Mengkebang

Tags:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads