Khamis, 15 September 2011

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


FELDA aib Red Warriors : N9 Kini

Posted: 14 Sep 2011 07:22 PM PDT

September 15, 2011 by Mail  
Filed under Sukan

Hamsani nafi hajat Kelantan bawa pulang mata penuh

AKSI cemerlang penjaga gol FELDA United, Hamsani Ahmad jelas antara faktor ketara membantu barisan didik E Elavarasan untuk mengutip tiga mata pada pertembungan tunggal di Stadium Selayang, malam tadi selepas menewaskan penyandang juara, Kelantan 2-0.

FELDA yang kini mendahului saingan Kumpulan C selepas tiga perlawanan dengan sembilan mata, bijak mencuri peluang menerusi serangan balas pantas walaupun Kelantan tampak lebih menguasai permainan dalam saingan disaksikan lebih 5,000 penyokong pasukan pelawat.

Pada babak pertama, Kelantan dikejutkan gol pembukaan tuan rumah hasil jaringan Farderin Kadir pada minit ke-27 selepas penyerang itu mengutip bola hasil percubaan D Saarvindran yang terkena tiang sebelum merembat ke gawang pelawat.

Kelantan yang tampak terganggu dengan permainan di atas padang becak akibat hujan pada sebelah petang, berpeluang menyamakan kedudukan tetapi beberapa percubaan jentera serangan diketuai Norshahrul Idlan Talaha dan Badhri Radzi dinafikan Hamsani.

Selepas rehat, Kelantan meningkatkan asakan mencari gol penyamaan dan peluang pertama muncul menerusi S Chanturu seminit selepas rehat, tetapi sepakan dari luar kotak penalti sekadar melepasi palang.

Permainan terhenti seketika apabila penjaga garisan dibaling objek keras dari tempat duduk penonton. Beberapa minit kemudian permainan disambung semula dengan tuan rumah kembali menyaingi rentak pelawat.

Pada minit ke-67, Kelantan sekali lagi dibolosi, kali ini Saarvindran muncul wira FELDA apabila rembatan leretnya dari luar kotak penalti gagal dibaca Shahrizan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads