Khamis, 15 September 2011

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan Negeri</b> Paling Miskin?

Posted: 28 Aug 2011 02:14 AM PDT

BACHOK – Kelantan merupakan negeri paling miskin di negara ini berdasarkan bancian, dakwa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Dakwa beliau, bancian juga menunjukkan seramai 43,376 rakyat Kelantan terutama golongan petani dan nelayan yang masih berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan tidak melebihi RM1,000 sebulan.

"Manakala jajahan yang termundur di Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok. Kerajaan pusat tidak akan mengabaikan nasib golongan petani serta nelayan terbabit dan kita akan beri perhatian pada jajahan mundur berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pembahagian dividen kepada 70 petani yang menyertai projek tanaman cendawan secara bersepadu anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gunung di sini hari ini.

Awang Adek mendakwa, kemiskinan itu berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri Kelantan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat walaupun diberi peluang memerintah selama 21 tahun.

Malah dakwanya, tiada apa yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang ditadbir parti PAS bagi mengubah situasi itu kecuali melaksanakan projek-projek kecil yang hanya terbatas di kalangan penyokong mereka sahaja.

Justeru, katanya, Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (Risda) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) antara agensi yang akan membantu meningkatkan taraf hidup 43,376 rakyat Kelantan terlibat.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut membiayai elaun sara hidup RM200 sebulan kepada setiap nelayan yang tinggal di Tumpat, Kota Baharu dan Pasir Puteh selain memberi bantuan peralatan menangkap ikan, bot dan pukat.

Jelasnya, kerajaan pusat banyak mengeluarkan peruntukan kepada kedua-dua agensi itu untuk melaksanakan pelbagai projek pertanian seperti menternak lembu dan ayam kampung masing-masing bernilai RM10,000 seorang. – mynewshub.my

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads