Khamis, 6 Oktober 2011

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


UMNO Online - Hudud.. Kenapa Desakan Hanya Untuk <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 03:18 AM PDT

Kategori Berita Lain

Hudud.. Kenapa Desakan Hanya Untuk Kelantan, Tidak Di Selangor, Pulau Pinang Dan Kedah

Oleh : Tg Azman Tg Abas

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Pas hari ini dicabar agar mendesak negeri yang diketuai dari kalangan parti pembangkang untuk melaksanakan hukum hudud sepertimana komitmen Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakannya di negeri tersebut.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata jika perjuangan mereka sekata, Pas bukan hanya lantang di Kelantan sahaja malah di negeri-negeri yang dikuasai oleh rakan-rakan mereka dari kalangan DAP dan PKR.

Soal beliau kenapakah di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang perkara itu tidak dibangkitkan atau didesak oleh kepimpinan Pas hari ini yang beriya-iya menuduh dan melemparkan pelbagai cemuhan terhadap Barisan Nasional (BN) berhubung isu berkenaan.

"Paling kurang pun tiga negeri selain Kelantan guballah Kanun Jenayah Syariah untuk membuktikan mereka seiring dengan apa yang kononnya diperjuangkan oleh Pas hari ini.

"Ini lain pula ceritanya..desak orang itu..kutuk pihak ini kononnya merekalah pejuang Islam sebenar. Kenapa mereka tidak pula desak dan cemuh kerajaan negeri seperti Kedah, Selangor dan sebagainya. Bukankah Menteri Besar dan Ketua Menteri dari kalangan mereka," katanya.

Serentak itu, bagi membuktikan keseriusan Pas memperjuangkan hukum berkenaan, beliau sekali lagi melontarkan cabaran kepada pemimpin Pas agar menggubal enakmen kanun jenayah syariah (Hudud & Qisas) di negeri yang dikuasai mereka bagi membuktikan kesungguhan parti berkenaan memperjuangkan isu terbabit.

Tegas beliau jika Pas tidak berani untuk menggubal enakmen kanun jenayah syariah di Kedah, Selangor, sepertimana di Kelantan dan Terengganu ketika mereka memerintah dahulu, bermakna Pas berbohong kepada rakyat khususnya kepada penyokong tegar mereka.

"Saya cabar mereka buat perkara ini sebab hari ini di ceruk-ceruk kampung dan pelbagai tempat lain yang menjadi kawasan kubu mereka, ahli-ahli tegar Pas begitu beriya-iya menyatakan bahawa Pas akan melaksanakan hukum Hudud.

"Jadi untuk buktikan perkara itu, saya cabar mereka buat seperti apa yang saya sarankan di atas. Jika mereka takut, bererti Pas mengabdikan diri kepada manusia DAP serta PKR dan bukannya Allah s.w.t. Mereka jangan berdolak dalih lagi," katanya.

Tambah Ustaz Afandi lagi, sudah sampai masanya Pas menunjukkan bukti dan contoh bahawa parti itu benar-benar ingin melaksanakan hukum hudud dengan menjalankan hukum berkenaan tanpa mengambil kira pendapat dan persetujuan daripada sekutu mereka iaitu DAP dan PKR.

"Berdasarkan senario politik semasa hari ini, Pas dilihat cukup takut mempertahankan Islam dan tidak begitu agresif dalam membawa perjuangan berkenaan. Pas hanya agresif membawa perjuangan terbabit di peringkat kampung, namun pada dasarnya mereka tidak berani untuk mengenengahkan dan merealisasikan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 28 September 2011 Pada 6:18 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads