Isnin, 20 Jun 2011

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Mega Guest House <b>di Kok Lanas</b> Kelantan | Holiday Rentals <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2011 07:00 AM PST

Lokasi di Taman Puspa Jaya B,Kok Lanas.
Berhampiran jalan utama Kota Bharu-Machang-Kuala Krai-Gua Musang.

** 15-20 minit Pusat Bandar Kota Bharu

Kemudahan yang berdekatan:
Pasar Kok Lanas,Politeknik Kota Bharu,Kolej Komuniti,Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman,Pasaraya,7 Eleven,Bank BSN,Bank Muamalat,Kedai Makanan,dll.

Tingkat atas : 5 bilik dan 4 bilik air
Tingkat bawah : 4 bilik dan 4 bilik air

**Selesa untuk ahli keluarga yang ramai**

Kemudahan yang disediakan:
-Mesin Basuh
-Peti sejuk
-Meja Makan
-Tv
-Bilik Berhawa Dingin dan Berkipas
-Set Sofa
-Papan gosok & seterika
-Kemudahan memasak
-Kemudahan tilam dan bantal tambahan
-Persekitaran rumah yang luas
-Kemudahan parking kereta yang selesa

Sewa Harian : RM 150.00 untuk 1 tingkat.
***Harga istimewa untuk penginapan melebihi 2 malam @ penginapan untuk 2 tingkat.

**Hubungi dengan segera jika berminat.

Nota : Tempahan awal adalah digalakkan kerana penginapan adalah sangat terhad terutama di musim perayaan dan juga cuti sekolah.

Hubungi:
Cikgu / Kak Yam :09-7889419 @ 019-9109535

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


BN Cakap Sula Bikin : Anwar Cakap 16 September, Bila Mau Bikin <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2011 05:28 PM PDT

Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) membuktikan kesungguhannya membantu penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila melaksanakan semua janji yang dibuatnya dengan melibatkan kos sebanyak RM15 juta.

Bekas calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, ia sama sekali menutup mulut pemimpin Pas yang sering menabur fitnah mengatakan BN membuat janji palsu kepada penduduk di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai berkata, Pas sepatutnya merasa malu kerana tidak dapat membantu penduduk di kawasan itu biarpun telah diberi mandat untuk memerintah selama 20 tahun.

"Saya merasa amat gembira kerana semua janji-janji ini ditunaikan, ini membuktikan kita tidak bercakap kosong untuk membantu rakyat di sini.

"Kita juga merasa amat kecewa apabila ada pihak menabur fitnah bahawa BN tidak tunai janji ini sedangkan penduduk di Manek Urai melihat sendiri bagaimana projek-projek ini sedang dilaksanakan," katanya ketika ditemui di Kampung Manek Urai Baru di sini semalam.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Lama.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Makhtar Mustafa.

Pada kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, BN menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Baru dan Lama dengan kos RM14.1 juta, pengubahsuaian Masjid Temalir (RM600,000)

Selain itu, pusat sukan dan rekreasi di Manjor bernilai RM300,000 turut dibina.

Tuan Aziz tewas dalam pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi biarpun sebelum ini kawasan DUN itu merupakan kubu kuat Pas. 

sumber utusan

GHOSTWRITER : "Undi beri ke PAS, Jambatan dapat dari BN.."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


UMNO ARAH GURU KAFA TUKAR ALAMAT IC | Melayu Entertainment

Posted: 13 Jun 2011 11:58 PM PDT

Posted in category: Melayu hot at: June 14, 2011 by admin

KOTA BHARU, 13 Jun: Impian Umno mahu merampas Kelantan rupa-rupanya berselindung di sebalik agenda sulit dengan memperalat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Difahamkan PPD diminta menyenaraikan nama-nama guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang mengajar di sekitar Kota Bharu untuk ditukar alamat kad pengenalan (IC) ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bunut Payong.

Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman (gambar) berkata, seramai hampir 50 guru Kafa dilihat berada di sebuah wakaf dalam kawasan Wisma Persekutuan antara jam 9 hingga 11 pagi 28 Mei lalu.

Katanya, seorang lelaki mengaku bertanggungjawab membekalkan borang pertukaran alamat kepada setiap guru Kafa yang datang.

"Kemudian seorang demi seorang guru Kafa diminta lelaki terbabit naik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyerahkan borang yang telah diisi di wakaf.

"Lelaki itu memberitahu alamat-alamat baru yang diisi guru Kafa terbabit menggunakan alamat milik anggota jawatankuasa Umno Kota Bharu yang tinggal di Dun Bunut Payong," katanya di sini.

Menurutnya guru Kafa yang selesai urusan di pejabat JPN kemudian dilihat turun semula ke wakaf  menemui lelaki terbabit.

Difahamkan juga guru Kafa yang sedia menukar alamat diberi sedikit habuan.

Sementara itu tinjauan Harakahdaily di perkarangan Wisma Persekutuan dan pejabat JPN pagi tadi tidak lagi kelihatan kelibat agen berkenaan.

Difahamkan juga Umno cuba mempengaruhi pegawai di JPN bagi membolehkan pertukaran alamat dilakukan secara berkumpulan bagi mempercepatkan urusan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon.

Satu sumber memberitahu pemimpin Umno terbabit datang merayu kepada pegawai kanan di JPN bagi membolehkan proses pertukaran alamat dipercepatkan.

Bagaimanapun rancangan itu gagal memandangkan JPN Kelantan tidak melayan kerana menyalahi peraturan.

Difahamkan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon hanya boleh dibuat di pejabat JPN bukan melalui agen tertentu.

(ikuti pembongkaran sendikit tersebut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

 Dari Harakahdaily.net

KERENGGA: Guru KAFA didakwa subahat suami rogol anakKUALA LUMPUR, 13 Jun: Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini, hari ini atas tiga tuduhan bersubahat ...
KERENGGA: Guru KAFA didakwa subahat suami rogol anak

Pcbdaily's BlogPersatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana ...
Pcbdaily's Blog

DIALOG RAKYAT: Umno arah guru Kafa tukar alamat IC?M Faqih : KOTA BHARU: Impian Umno mahu merampas Kelantan rupa-rupanya berselindung di sebalik agenda sulit dengan memperalat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat ...
DIALOG RAKYAT: Umno arah guru Kafa tukar alamat IC?

KERENGGA: Umno arah guru Kafa tukar alamat IC?Shaari berkata, beliau bersama empat lagi jawatankuasa MTD Bunut Payong dan penghulu melihat sendiri tindak tanduk agen yang mungkin dilantik Umno bagi membekalkan borang ...
KERENGGA: Umno arah guru Kafa tukar alamat IC?

RAKYAT MARHAEN: Why are Umno and Zul Nordin so afraid of Bersih 2.0BERITA DARI SUMBER SEMASA DAN TERKINI - HUBUNGI KAMI DI wargamarhaen@gmail.com
RAKYAT MARHAEN: Why are Umno and Zul Nordin so afraid of Bersih 2.0

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MalaysiaDaily: Strategi PRU 13 : Guru Kafa diarah tukar alamat IC?

Posted: 13 Jun 2011 06:54 AM PDT

Posted by malaysiadaily | Monday, 13 June 2011 | 0 comments

Impian Umno mahu merampas Kelantan rupa-rupanya berselindung di sebalik agenda sulit dengan memperalat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Difahamkan PPD diminta menyenaraikan nama-nama guru Kelas al Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang mengajar di sekitar Kota Bharu untuk ditukar alamat kad pengenalan (IC) ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bunut Payong.

Modus operandi sulit tersebut berjaya dikesan pada 28 Mei lalu apabila ramai guru Kafa dilihat berada di perkarangan Wisma Persekutuan bagi menukar alamat kad pengenalan.

Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bunut Payong, Shaari Mat Yaman (gambar) berkata, seramai hampir 50 guru Kafa dilihat berada di sebuah wakaf dalam kawasan Wisma Persekutuan antara jam 9 hingga 11 pagi 28 Mei lalu.

Katanya, seorang lelaki mengaku bertanggungjawab membekalkan borang pertukaran alamat kepada setiap guru Kafa yang datang.

"Kemudian seorang demi seorang guru Kafa diminta lelaki terbabit naik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyerahkan borang yang telah diisi di wakaf.

"Lelaki itu memberitahu alamat-alamat baru yang diisi guru Kafa terbabit menggunakan alamat milik anggota jawatankuasa Umno Kota Bharu yang tinggal di Dun Bunut Payong," katanya di sini.

Shaari berkata, beliau bersama empat lagi jawatankuasa MTD Bunut Payong dan penghulu melihat sendiri tindak tanduk agen yang mungkin dilantik Umno bagi membekalkan borang pertukaran alamat kad pengenalan kepada guru Kafa.

Menurutnya guru Kafa yang selesai urusan di pejabat JPN kemudian dilihat turun semula ke wakaf menemui lelaki terbabit.

Difahamkan juga guru Kafa yang sedia menukar alamat diberi sedikit habuan.

Sementara itu tinjauan Harakahdaily di perkarangan Wisma Persekutuan dan pejabat JPN pagi tadi tidak lagi kelihatan kelibat agen berkenaan.

Difahamkan juga Umno cuba mempengaruhi pegawai di JPN bagi membolehkan pertukaran alamat dilakukan secara berkumpulan bagi mempercepatkan urusan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon.

Satu sumber memberitahu pemimpin Umno terbabit datang merayu kepada pegawai kanan di JPN bagi membolehkan proses pertukaran alamat dipercepatkan.

Bagaimanapun rancangan itu gagal memandangkan JPN Kelantan tidak melayan kerana menyalahi peraturan.

Difahamkan pertukaran alamat kad pengenalan pemohon hanya boleh dibuat di pejabat JPN bukan melalui agen tertentu. -HD

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Bapak bersekedudukan dengan anak sampai melahirkan 3 anak. | sozcyili

Posted: 19 Jun 2011 08:28 PM PDT

KOTA BHARU - Seorang bapa sanggup menjadikan anak kandung sebagai tempat pemuas nafsu sehingga melahirkan tiga anak. 

Malah, bapa dan anak itu mengaku bersekedudukan sejak tujuh tahun lalu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Abdullah Kutty dekat sini, semalam. 

Bapa seorang duda dan pasangannya tinggal bersama di sebuah rumah di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu dekat Tumpat sehingga melahirkan anak berusia enam, lima dan tiga tahun. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Kanan, Zaini Sulaiman. 

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkelakuan sumbang dan bersekedudukan sehingga melahirkan dua anak lelaki dan seorang perempuan dengan melakukan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah No 2/85 jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Mengikut fakta kes, kira-kira jam 1.30 pagi semalam, bertindak atas maklumat awam pasukan penguat kuasa melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di Wakaf Bharu yang didapati terang namun berkunci di bahagian dalamnya. 

Kemudiannya, pintu itu dibuka seorang lelaki dan pegawai berkenaan periksa sebuah bilik tertutup, tetapi tidak berkunci serta mendapati seorang lelaki berseluar pendek, berbaju bersama seorang perempuan berbaju, memakai seluar tidur. 

Ketika perbicaraan berlangsung, Saari, yang juga mekanik mengakui kesalahan itu dan meminta mahkamah ringankan hukuman kerana masih mempunyai tanggungjawab untuk menjaga serta membesarkan kelima-lima anaknya hasil dua perkahwinannya. 

Bagaimanapun, Abu Bakar selepas meneliti dan mengambil kira semua pengakuan beliau memutuskan kedua-dua pasangan itu diarahkan tinggal berasingan selama-lamanya bagi mengelak perkara sama berulang. 

Saari dijatuhi hukuman denda RM2,500 dan setahun enam bulan penjara dan sekiranya gagal membayar denda tempoh penjara dipanjangkan menjadikannya dua tahun. 

Bagi anaknya, dia dikenakan denda RM2,000 atau penjara enam bulan sekiranya tidak menjelaskan bayaran berkenaan. -SH-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


DARULNAIM, KECEMERLANGAN AKHIRAT: Tahap Ketiga ialah sebagai <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2011 09:14 AM PDT

Pada tahun 2006, Kerajaan Kelantan telah melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25. Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38. 

Tahap Ketiga ialah merupakan tahap penting bagi seluruh rakyat dan pemimpin di negeri Kelantan iaitu supaya benar-benar beramal (to be practiced) dengan apa yang diketahui dan difahami tadi supaya proses 'Membangun Bersama Islam' terus dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan beramanah

Sebab itu, didalam tahap ini, pemimpin memahami yang dia wajib melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat sebagai 'Khadimul Ummah' iaitu semata-mata mencari redha Allah SWT. Pemimpin, dengan kemampuan iatu Q atau Capability yang ada, berusaha sedaya upaya, melaksanakan tugas iaitu A dengan penuh rasa taqwa melibihi tuntutan integriti semasa. Disini, kepuasan rakyat diutamakan, selagi memenuhi tuntutan keredhaan Allah SWT, sesuai dengan prinsip amal soleh iaitu ikhlas, syar'iyyah dan berakeedahkan tauhid pada Allah SWT. Lalu, konsep UMMI iaitu Ubudiyyah, Mas'uliyyah, Muhasabah dan Itqan diperkenalkan dan dilaksanakan.

Antara proses yang di tekankan ialah melalui:

Jihad Ekonomi Negeri Kelantan Darulnaim: Dinar Emas dan Dirham Perak

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


SiasahDaily: Piala FA: <b>Kelantan</b> PAS atau <b>Kelantan</b> Umno?

Posted: 10 Jun 2011 11:10 AM PDT

Oleh HARIS ZALKAPLI
Pasukan bola sepak Kelantan akan bertemu Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Kuala Lumpur malam ini.

Dalam suasana politik yang menyentuh dan menyelinap ke seluruh pelusuk kehidupan pada masa kini, perlawanan ini menjadi satu isu sentral dalam wacana politik popular negara ini.

Seperti juga perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2009 dan 2010, simbol politik akan dapat diperhatikan secara meluas menjelang, semasa dan selepas perlawanan Kelantan dan Terengganu malam ini.

Penyokong PAS umumnya mengaitkan Kelantan dengan parti itu, disebabkan penguasaan PAS lebih 20 tahun di negeri itu.

Tetapi, seperti yang disaksikan pada tahun lalu, perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Kelantan dengan Negeri Sembilan berjaya dimanfaatkan oleh Umno untuk menumpang imej positif.

Perlawanan yang diadakan selepas pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas di Kelantan menyaksikan usaha kedua-dua pihak menggunakan perlawanan itu untuk mendapat manfaat politik.

Secara sedar, kedua-dua PAS dan Umno menggunakan sentimen menuju perlawanan itu untuk menyumbang kepada imej positif masing-masing.

Umno, walaupun kurang dikaitkan dengan Kelantan, berjaya memanfaatkan sentimen sekitar perlawanan itu dan kemenangan pasukan Kelantan melalui beberapa tindakan yang dilakukan, termasuk menyediakan pengangkutan untuk penonton.

Selepas perlawanan, Tan Sri Annuar Musa dilapor meraikan kejayaan dengan memakai baju korporat Persatuan Bola Sepak Kelantan dalam majlis politik, dan sambutan Piala Malaysia yang dibawa ke Kelantan disesuaikan untuk memberi manfaat kepada Umno.

Annuar kekal sebagai orang kuat Umno Kelantan walaupun ada usaha memasukkan tokoh lain ke negeri itu, seperti pada pilihan raya umum 2008.

PAS, untuk tidak ketinggalan membalas dengan memberikan anugerah kepada pemain-pemain Kelantan, mengikat kejayaan pasukan bola sepak itu dengan kerajaan PAS negeri Kelantan.

Hal yang sama dapat diperhatikan ekoran kejayaan pasukan negara menjuarai Piala Suzuki akhir tahun lalu, apabila kedua-dua kumpulan pembangkang dan pemerintah bersaing mendekatkan diri dengan kejayaan itu.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kelihatan cuba mengatasi satu sama lain memberikan ucapan tahniah dan anugerah kepada pasukan negara.

Kelantan, yang seorang pemainnya menjadi salah seorang pemain kebangsaan yang cemerlang, mendapat manfaat imej positif hasil kemenangan itu.

Menteri besar Kelantan muncul di media dalam upacara memberikan anugerah kepada pemain cemerlang itu, Khairul Fahmi Che Mat.

Dalam perlawanan hari ini, Kelantan akan menemui Terengganu, negeri yang juga mudah dikaitkan dengan Umno kerana dikuasai parti itu sejak memenanginya semula pada 2004.

Terengganu pernah diangkat sebagai pasukan PAS dan simbol kejayaan parti itu apabila memenangi Piala Malaysia pada 2001, semasa masih di bawah pemerintahan PAS.

Sentimen politik kepartian membentuk wacana popular penyokong-penyokong PAS pada masa itu, tidak lama selepas sentimen reformasi 1998 menghasilkan perubahan kerajaan di Terengganu pada pilihan raya umum 1999.

Dalam perlawanan di Bukit Jalil malam ini, Terengganu ialah "negeri Umno" bagi penyokong PAS, seperti juga Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Malaysia dengan Kelantan selama dua tahun lalu.

Sentimen ramai penyokong PAS yang mengikuti sukan bola sepak ialah sokongan untuk Kelantan, simbol paling jelas parti itu dalam sukan negara ini.

Semasa, dan paling utama selepas perlawanan malam ini, simbol-simbol politik akan dapat diperhatikan lagi, digunakan semua pihak berkepentingan untuk membina imej positif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Nik Aziz dimaki hamun <b>di Galas</b>

Posted: 30 Oct 2010 09:03 PM PDT

Posted by admin on October 31st, 2010

Seorang bekas calon BN telah memaki hamun Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menteri besar Kelantan berkempen melawat  rumah bekas Adun Galas dari Parti Semangat 46,  Omar Mohamad semalam.

Mohd Nor Idris yang pernah bertanding di Pengkalan Chepa turut enggan bersalam dengan mursyidul am PAS itu ketika berada di dalam rumah Omar.

Turut serta dalam rombongan adalah Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Mohd Nor sebaliknya berkata dengan nyaring "Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP".

Tindakannya itu menyebabkan semua para tetamu terkejut. Malah, beliau turut mengajak mursyidul am PAS itu berdebat.

Mohd Amar cuba menenangkan beliau namun beliau kelihatan tidak mengendahkan kata-kata itu.

Nik Aziz membalas "Kita sebagai tetamu perlu hormat tuan rumah. Saya datang bukan untuk berbahas dengan sesiapa, cuma hendak menziarah tuan rumah"

Kata-kata menteri besar Kelantan sebaliknya disambut dengan sindiran "semuanya hendak berpolitik".

Sebaik air minuman dihidangkan, Nik Aziz meminta Mohd Nor (gambar kiri)   untuk meminum air tersebut bagi menyejukkan emosinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Warung Pak Utih: DSAI <b>Di Machang</b>

Posted: 30 Apr 2011 07:41 AM PDT


DSAI sedang sampaikan ceramah...puluhan ribu hadir...subhanALlah! DSAI gamatkan hadirin isu rompakan kekayaan negara, pemimpin timbunkn kekayaan utk diri dan famili
Sebahagian hadirin kusyuk mengikuti ceramah DSAI...
Kematangan politik rakyat Kelantan...tak pernah percaya fitnah umno/BN
Limpahan hadirin keliling pentas...makin kuat serangan fitnah Umno/BN, makin kuat sokongan rakyat
Tak diangkut dgn bas, tak ada mkn free, tak ada umpan, tak dipaksa...puluhan ribu membanjiri ruang.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


MRSM Terbaik SPM 2010: MRSM <b>Pengkalan Chepa</b> | 2Day Blogger <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2011 01:13 AM PDT

Nama Diberi Faisal Abdullah.Merupakan Full-Time Blogger dan Suka Membuat Experiment Untuk Mendalami Ilmu Blogging,SEO,Trafik,Design,Wordpress,Finance Dan Lain-Lain.Boleh Add Facebook. dan Twitter. Untuk Berkenalan Dengan Saya

More posts by Faisal Abdullah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


<b>Jeli</b> Kubu Gerakan Gelombang Merah Untuk Menawan <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 09:17 AM PDT

Umno bahagian Jeli akan dijadikan kubu dan pangkalan gerakan Gelombang Merah dalam usaha menawan Kelantan daripada tangan Pas pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bagi memenuhi hasrat itu, Umno bahagian itu bukan sahaja berazam untuk merampas semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi PAS di kawasan Parlimen Jeli, malah di seluruh negeri.

"Kita (Umno Jeli) berazam untuk dijadikan pangkalan hadapan atau kubu dalam mengepalai gerakan Gelombang Merah bagi merampas negeri ini dari tangan PAS pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya.

Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Mohd Shafie sebelum itu turut dibawa melawat Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Sempadan Kelantan-Thailand di Buketa diiringi kira-kira 200 penunggang motosikal terdiri Pemuda Umno.

Mustapa berkata hasrat beliau itu akan menjadi kenyataan jika anggota Umno di semua peringkat bekerja habis-habisan bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

"Ini perlu untuk membela rakyat yang telah menampakkan tanda-tanda untuk berubah melalui perjuangan yang dibawa oleh Kerajaan BN atau Umno," katanya.

Di GUA MUSANG, Timbalan Ketua Umno bahagian Gua Musang Mat Yusoff Abd Ghani berkata anggota Umno di Kelantan perlu mengutamakan perjuangan parti daripada kepentingan peribadi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan BN merampas semula Kelantan daripada PAS yang kini berdepan dengan kebencian rakyat kerana banyak isu gagal diselesaikan.

"Jangan kita berpecah lagi. PAS hakikat sebenarnya tidak kuat di Kelantan, tetapi disebabkan perpecahan di kalangan ahli Umno itu sendiri memberi peluang parti itu menang pada beberapa PRU yang lepas," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati, di sini.

Mat Yusoff yang juga ADUN Nenggiri berkata, PAS kini semakin lemah kerana banyak isu yang dibangkitkan rakyat negeri itu termasuk isu tanah penduduk kampung serta Orang Asli dan air gagal diselesaikan sampai sekarang.

5.958700 102.146872

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Haram Utusan Malaysia: Sidang DUN <b>Kelantan</b> Hangat

Posted: 20 Jun 2011 03:02 AM PDT


Mat Yusoff Abd Ghani (BN-Nengiri) semasa membangkitkannya pada sesi perbahasan tentang rang undang-undang perbekalan tambahan dengan bertanya adakah adil kerajaan negeri mengecam Utusan Malaysia .

Beliau manambah isu yang diketengahkan akhbar itu telah dilaporkan oleh pelbagai pihak secara umum dan ia adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar itu sahaja kerana ia milik syarikat yang berorientasikan keuntungan.

Muhamad Mustafa (PAS-Demit) yang mencelah berkata, akhbar tersebut tidak seharusnya menjadi hamba kepada duit dengan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melanggar hukum Allah.

Beliau berkata kerajaan negeri telah berlaku adil dengan tidak mengharamkan penjualan akhbar itu di Kelantan namun hanya menggunakan hak untuk memboikot Utusan Malaysiapada majlis-majlis rasmi.

Sementara itu, Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) mengatakan, adalah tidak wajar bagi Utusan Malaysia untuk memperkecilkan Islam dan hukum hudud terutamanya apabila yang berada di sebalik akhbar itu adalah beragama Islam.

"Saya masih ingat bahawa Kerajaan Kelantan juga melakukan protes terhadap akhbar Denmark kerana menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

"Tetapi dalam kes ini, terdapat satu akhbar Melayu yang melakukan perkara yang memberi kesan yang sama malah ia dilakukan oleh orang yang beragama Islam dan selagi mereka tidak meminta maaf, mereka haruslah menerima akibat daripada perbuatan yang dilakukan," katanya.

Setiasusaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhil Shaari memberitahu pemberita di sini pada Khamis bahawa Utusan Malaysia telah diharamkan daripada membuat liputan terhadap acara-acara yang di hadiri menteri besar dan persidangan dewan undangan negeri berkuatkuasa serta merta.

Beliau menambah bahawa pengharaman itu akan dilaksanakan sehingga akhbar itu meminta maaf di atas perbuatannya menyiarkan karikatur tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Haram Utusan : Sidang DUN <b>Kelantan</b> Hangat

Posted: 20 Jun 2011 05:26 AM PDT

KOTA BARU: Tindakan Kerajaan Negeri mengharamkan wartawan Utusan Malaysia membuat liputan semua program dan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran karikatur yang menghina Islam menjadikan sidang pada Isnin hangat memperdebatkan isu berkenaan.

Mat Yusoff Abd Ghani (BN-Nengiri) semasa membangkitkannya pada sesi perbahasan tentang rang undang-undang perbekalan tambahan dengan bertanya adakah adil kerajaan negeri mengecam Utusan Malaysia .

Beliau manambah isu yang diketengahkan akhbar itu telah dilaporkan oleh pelbagai pihak secara umum dan ia adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar itu sahaja kerana ia milik syarikat yang berorientasikan keuntungan.

Muhamad Mustafa (PAS-Demit) yang mencelah berkata, akhbar tersebut tidak seharusnya menjadi hamba kepada duit dengan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melanggar hukum Allah.

Beliau berkata kerajaan negeri telah berlaku adil dengan tidak mengharamkan penjualan akhbar itu di Kelantan namun hanya menggunakan hak untuk memboikot Utusan Malaysia pada majlis-majlis rasmi.

Sementara itu, Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) mengatakan, adalah tidak wajar bagi Utusan Malaysia untuk memperkecilkan Islam dan hukum hudud terutamanya apabila yang berada di sebalik akhbar itu adalah beragama Islam.

"Saya masih ingat bahawa Kerajaan Kelantan juga melakukan protes terhadap akhbar Denmark kerana menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

"Tetapi dalam kes ini, terdapat satu akhbar Melayu yang melakukan perkara yang memberi kesan yang sama malah ia dilakukan oleh orang yang beragama Islam dan selagi mereka tidak meminta maaf, mereka haruslah menerima akibat daripada perbuatan yang dilakukan," katanya.

Setiasusaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhil Shaari memberitahu pemberita di sini pada Khamis bahawa Utusan Malaysia telah diharamkan daripada membuat liputan terhadap acara-acara yang di hadiri menteri besar dan persidangan dewan undangan negeri berkuatkuasa serta merta.

Beliau menambah bahawa pengharaman itu akan dilaksanakan sehingga akhbar itu meminta maaf di atas perbuatannya menyiarkan karikatur tersebut.Mstar

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PAPISMA <b>Kelantan</b>: PAPISMA <b>Kelantan</b> Pindah Pejabat Baru

Posted: 20 Jun 2011 07:20 AM PDT

Pergi mendaki di Gunung Daik,

Hendak menjerat kancil dan rusa,

Bergotong-royong amalan yang baik,

Elok di amalkan setiap masa.

Berakit-rakit ke hulu, 

Berenang-renang ke tepian,

Bersakit-sakit dahulu,

Bersenang-senang kemudian.



Alhamdulillah, pada hari jumaat yang lepas, PAPISMA Kelantan berjaya mengadakan gotong-royong memindahkan barangan-barangan milik PAPISMA Kelantan ke pejabat baru yang juga terletak di bandar Kubang Kerian, Kelantan.
Alamat Pejabat Baru PAPISMA Kelantan,

PAPISMA Cawangan Kelantan,
PT471, Jalan Sri Demit,
Kubang Kerian,
16150, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

No. Tel: 019-9009321

Ribuan terima kasih buat sahabat-sahabat yang sudi hadir membantu memindahkan barang-barang PAPISMA Kelantan. Tidak keberatan ana menyebut nama-nama sahabat yang hadir. 1. Akhi Hashairi, 2. Akhi Qumat, 3. Akhi Hasme Zam, 4. Akhi Najib, 5. Akhi Syakiran, 6. Akhi Hisham 7. Akhi Syakiran, 8. Akhi Faiz, 9. Akhi Syahril, 10. Akhi Nik Azrizie, 11. Akhi Arif Fahmi, 12. Akhi Hanif. Kiranya ada nama yang tertinggal, ana minta maaf.


Semoga Allah membalas budi dan jasa kalian. Wahai Allah, eratkan ukhwah antara kami. Bertemu dan Berpisah kami hanya keranaMu wahai Allah.... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


DARUL EHSAN TODAY: KANTOI: Sex Partner Adun PAS <b>Perupok Di</b> Dedahkan.

Posted: 17 Feb 2011 11:20 PM PST


Inilah wajah pemimpin parti pas, pas kononnya berjuang atas nama islam tapi perangai macam yahudi, pemimpin pas sanggup toron bini orang hanya semata-mata mengikut nafsu sex binatang mereka bukan setakat toron bini orang, perangai pemimpin pas tak ubah macam orang bodoh apabila dia dan sex partnernye sanggup berbogel dan bertukar-tukar mms, tak ke bodoh namanya tu.

Apa pun aku cabar adun perupok, orang kanannya dan penyokong pas buat SEGERA LAPORAN POLIS kalau gambar dan cerita ini adalah fitnah, senyap tanda setuju, kalau tak buat polis report barmakna kerja terkutuk ini memang dia buat.

Amacam pas ada berani ke buat laporan polis ???
sumber: papa gomo & nadi rakyat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


AR RISALAH الــرســالـة: BN usaha daftar warga Thai mengundi <b>di Tumpat</b>

Posted: 24 May 2011 04:55 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mengesyaki wujud usaha BN memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing di Tumpat, Kelantan bagi memberi undi kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) hari ini mendedahkan maklumat mengenai program yang dinamakan "program pelaksanaan operasi mydaftar" yang akan berlangsung Sabtu, 28 Mei ini.

Menurut beliau, program tersebut diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat.

Menurut maklumat yang diterima kata Kamarudin, program tersebut bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk rakyat negeri Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan.

Ianya merangkumi lima perkara iaitu pendaftaran, kelahiran, kematian serta anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegaraan, khidmat nasihat semua urusan JPN, dan khidmat nasihat oleh Jabatan Imegrisen Malaysia.

"Program ini sealiran dengan pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing yang sedang berangsung seperti yang dilaporkan contohnya di Hulu Selangor," kata beliau yang juga ahli Parlimen Tumpat pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Sebelum ini, PKR Selangor mendedahkan usaha Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Kamarudin tidak menolak kemungkinan mereka yang cuba didaftarkan sebagai warganegara itu ialah rakyat Thailand kerana kawasannya yang bersempadan dengan negara itu.

"Kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersempadan dengan Thailand. Maka ramai rakyat Thailand adalah beragama Islam dan selalu keluar masuk ke negeri ini (Kelantan).

"Ia dilakukan seolah-olah secara rasmi untuk mendaftarkan bukan rakyat Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, PAS mendesak program ini dihentikan kerana ia membantu kehadiran pengundi hantu seperti yang berlaku sebelum ini.

Kamarudin berkata, PAS akan memantau program itu bagi memastikan tiada pemberian kad pengenalan segera seperti yang diwarwarkan itu.

"Saya akan berada di sana Khamis sehingga Sabtu itu dan PAS akan pantaulah program berkenaan.Kita tidak mahu berlaku pemberian kewarganegaraan ini berlaku. Isu pemberian kada pengenalan di Sabah dulu pun masih diperkatakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads