Selasa, 16 Ogos 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


PAS <b>Mengkebang</b> » Blog Archive » Ada Hasrat Terselindung <b>Di</b> Sebalik <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2008 01:41 AM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melihat kenyataan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam di Kota Bharu bahawa Kerajaan Negeri Melaka menarik balik larangan kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan sebagai mempunyai hasrat yang terlindung. Ini kerana beliau sendiri terpaksa datang ke Kelantan khususnya menjelang pemilihan UMNO untuk mencari penyokong dan mendapatkan undi daripada perwakilan UMNO di negeri ini.

Pihak DPPNK tidak dapat mengelak daripada meragui keihklasan beliau di dalam hal ini apabila beliau menyatakan bahawa sebab larangan pada tahun 2000 itu adalah kerana kononnya sikap pemimpin PAS yang menuduh ahli UMNO sebagai tidak Islam sedangkan ianya adalah tidak benar sama sekali.

Penarikan ini hanyalah sebahagian daripada kempen beliau untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana sejak tahun 2000 sehingga sekarang, pemimpin yang sama memerintah Kelantan. Apakah kali ini beliau berasa berpuas hati dengan sikap pimpinan negeri ini yang mengikut pengamatan beliau tidak lagi bersikap sebagaimana yang beliau nyatakan itu.

Ataupun beliau cuba menonjolkan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang bersikap terbuka dan sentiasa memantau perkembangan politik di negeri-negeri lain khususnya yang diperintah oleh pembangkang bagi melayakkan beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO walaupun beliau tidak mempunyai jawatan di dalam kerajaan persekutuan.

Pihak DPPNK menyifatkan Dato' Seri Mohd Ali sebagai seorang pemimpin yang hipokrit dan pengampu besar di dalam UMNO kerana negeri-negeri lain walaupun ketika itu diperintah oleh UMNO/BN tetapi tidak pernah melarang kakitangan mereka mengadakan lawatan ke Kelantan.

Walaubagaimanapun pihak DPPNK tetap menyambut baik penarikan ini dan mendoakan agar Dato' Seri Mohd Ali Rustam diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk kembali kepada landasan Islam yang sebenar.

Abdul Latif bin Abdul Rahman

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Merangkap ADUN Mengkebang

Tags:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 09:02 AM PDT


j-QAF SK <b>CHIKU</b> 03: Asal Usul Sek. Keb. <b>Chiku</b> 03

Posted: 31 May 2011 11:59 PM PDT

Bermulanya pembukaan tanah baru di kawasan hulu negeri Kelantan, telah banyak memberi peluang-peluang pekerjaan dan penempatan baru. Ini termasuklah di kawasan Gugusan Felda Chiku. Dari situlah lahirnya kepentingan memberi pendidikan kepada anak-anak peneroka..

Sekolah ini mula dibuka pada 1.1.1987. Pada awalnya ia merupakan sekolah cawangan di bawah kelolaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chiku 02. Guru besar yang pertama ialah En. Jaafar B. Yussof. Sekolah ini bermula dengan 10 bilik darjah yang di tempatkan sementara di bangunan lama Pejabat Felda Chiku 03.

Sekolah ini dimerdekakan pada 1.4.1988. Masih berada di lokasi lama tetapi sudah mendapat bangunan tambahan untuk menampung bilangan murid yang bertambah dengan pesat. Tuan Haji Mat Hussain b. Awang Hamat telah dilantik menjadi Guru besar yang pertama selepas dimerdekakan. Beliau bersara secara pilihan pada 31.12.1993.

Satu lokasi baru telah dikenalpasti untuk membina bangunan baru. Sebidang tapak seluas 13.22 ekar di Bandar Baru Chiku dikenal pasti. Bermula dengan detik inilah sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Chiku 03 pada 1.12.1991. Nama ini diberi bertepatan sekali dengan lokasi sekolah ini yang terletak di kawasan Felda Chiku 03.Tambahan pula pada suatu waktu kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok ciku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Bahagia Selamanya...: "bershopping" <b>di Rantau Panjang</b>..

Posted: 17 Jul 2011 12:52 AM PDT

Semalam lenguh2 kaki kerana menyelusuri Pekan Rantau Panjang..macam2 ade kt sna..kami bertolak dlm jam 9.3 pg n smpi kt sna around 1.30 tgh..betul2 tgh matahari bersinar..panass wehh..
apa u ingat nie shopin complex ka nak ade aircond2 nie:)
sempat lg rembat pinggan corelle..mcm la kt kg sendiri xde jual..harga sama jek..aritu masa kt langkawi pn harga sama jek..cuma suasana la yg buatkn kita rasa teruja nk bershoping yg ntah ape2..tikar pn sy sempat rembat..hahahha..
kuih dodol sy x beli..tp ade satu kuih nie tradisional punya..memang sedap..lupa dh nama dia..nnti sy tanya my MIL..

errmmm selesai 1 chapter ....nk g PULAU REDANG lak...teringin..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Guna Pembesar Suara <b>di</b> masjid wajar dikaji – Nik Aziz <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2011 11:58 PM PDT

Oleh : Hasnan Yahya

Datuk Nik Abdul Aziz menerima sijil ahli koperasi dari Haji Sabri

KOTA BHARU, 14.Ogos – Tindakan penggunaan Pembesar Suara di masjid seharusnya dikaji semula bagi tidak menimbulkan kesulitan bagi semua pihak, demikian dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sidang media selepas merasmikan Pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad hari ini.

Menurut beliau, isu penggunaan pembesar suara di masjid ini sudah sebati dengan masyarakat melayu dan ia seharusnya diperbetulkan.

" Dalam Islam hanya laungan azan sahaja yang boleh dikuatkan, malah iqamat sendiripun hanya perlahan, namun kerana orang kita ni suka sangat pasang kaset mengaji Al-Quran sehinggakan mengganggu orang lain yang sedang tidur, mungkin ada orang sakit atau anak-anak kecil yang demam, oleh itu ia tidak sesuai"ujar beliau lagi.

"Saya bukan tak setuju tetapi jangan salah gunakan pembesar suara tersebut, sensitiviti masyarakat perlu dijaga"katanya.

Sementara itu ketika merasmikan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB), beliau menyeru agar rakyat negeri ini merebut peluang melabur kerana hubungan yang baik antara koperasi dan Permodalan Kelantan Berhad membolehkan koperasi melabur dalam perniagaan Ar-Rahn.

" Saya amat berharap agar muslimat di negeri ini dapat melangkah lebih awal dalam pelaburan ini kerana mereka ini amat suka berniaga, oleh itu daripada memakai gelang emas yang banyak lebih baiklah dilaburkan dalam koperasi ini"katanya lagi.

Orang ramai hadir mendengar taklimat koperasi Rakyat Kelantan Berhadi di KTC

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad(KRKB) yang ditubuhkan pada 21.Januari 2011 mensasarkan RM10juta dapat dipungut dari ahli pada permulaan ini untuk memudahkan pelaburan dalam perniagaan Ar-Rahn.

Pengerusi Koperasi Haji Sabri Abdullah ketika ditemui berkata Ahli KRKB tidak perlu bimbang dalam urusan kewangan koperasi ini kerana KRKB telahpun mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) untuk membuat pelaburan dalam projek usahasama dan francais Ar-Rahn dan kerjasama antara kedua pihak ini akan memulakan pelaburan pertama di cawangan Ar-Rahn Rantau Panjang, Machang dan Wakaf Bharu.

"Antara kelebihan melabur dalam KRKB ini ialah pulangan dividen yang kompetitif serta saham minima sebanyak RM500 sahaja serta ahli diberi peluang untuk menambah dengan tanpa had dan pelaburan juga berasaskan syariah"katanya lagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan koperasi ini melalui talian 09-7414332 / 7432281 atau terus ke pejabat KRKB yang terletak di Pusat Pasar Borong Wakaf Che Yeh.

.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


JV Pakej Perkahwinan Terbesar <b>di Tanah Merah</b> & Machang & Pasir Mas <b>...</b>

Posted: 05 Aug 2011 07:04 PM PDT

salam.. jika anda memerlukan khidmat seperti seperti ;

tempahan DOORGIFT @ CENDERAHATI

PERKAHWINAN

MAKANAN - MUFFIN, KEK, APAM DLL

BUKAN MAKANAN - BUKU YASSIN, ASMA UL HUSNA

, AL-MATHURAT

tempahan KAD KAHWIN

tempahan BUNTING / BANNER / PENUNJUK ARAH

tempahan BEG KERTAS / KOTAK DOORGIFT BERCETAK UNTUK CENDERAHATI PERKAHWINAN

tempahan TAG TERIMA KASIH

tempahan PELAMIN

tempahan KATERING / KANOPI

tempahan FOTOGRAFI / VIDEOGRAFI

tempahan PROFESIONAL MAKE-UP / ANDAMAN / SOLEKAN

tempahan GUBAHAN HANTARAN

tempahan PENGINAPAN / HOMESTAY

HUBUNGI :

013 - 9849013 / 012 - 7466 019 (cik saliha / elly)

www.bakewithelly.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


TV9 - Dari <b>Pasir Mas</b>, kini ke Kuala Kangsar dan Seterusnya ke Alor <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2011 09:00 AM PDT

Dari Pasir Mas, kini ke Kuala Kangsar dan Seterusnya ke Alor Setar

Setelah menjelajah ke Pasir Mas, Kelantan, kini 'Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan' yang dibawakan khas oleh TV9 dan Ayamas ini meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Kangsar, Perak. Kali ini Datuk Chef Wan akan berkonsgsi pula resipi istimewa bubur lambuknya bersama peminat setia beliau yang berada di Kampung Kota Lama.

Setiap kali menjelangnya Ramadan, aktiviti masak bubur lambuk antara selebriti TV9 dan penduduk kampung terpilih merupakan aktiviti tahunan stesen Nombor Dua Negara ini, sejak 5 tahun yang lalu. Tahun ini, TV9 amat bertuah apabila Ayamas di bawah naungan KFC Marketing berbesar hati untuk menaja buat kali keduanya program bubur lambuk yang diberi nama 'Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan'. Semestinya kehadiran duta Ayamas ini iaitu Datuk Chef Wan berjaya menambahkan lagi keceriaan acara ini.

Lokasi pertama bubur lambuk ini adalah pada 5 Ogos lalu, bertempat di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan. Di Kampung Kota Lama ini pula, dua selebriti TV9 iaitu Munir dan Danny X-Factor akan bersama-sama dengan Datuk Chef Wan menceriakan suasana gotong-royong menyediakan bubur lambuk yang bermula jam 2.00 petang.

Seperti di Pasir Mas, Datuk Chef Wan juga akan berkongsi resipi istimewanya iaitu 'Bubur Lambuk Siam' bersama penduduk Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar dan juga ketika berada di Dataran Gangsa, Alor Setar, Kedah kelak. Sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk disediakan khas buat penduduk setempat, sementara 100 bungkus pula adalah menerusi resipi istimewa bubur lambuk siam.

'Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan' ini dianjurkan sebagai menghargai sokongan yang diberikan oleh penonton TV9 dan juga pembeli setia produk Ayamas. Sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai juga telah membawa kejayaan kepada Ayamas menerusi produk 'Satay Ayamas dengan Kuah Kacang' yang telah dianugerahkan sebagai 'Product innovation Platinum Award 2011' Malaysian Institute of Food Technology baru-baru ini.

Penjelajahan Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan ini berakhir di Dataran Gangsa, Alor Setar, Kedah pada 11 Ogos.

Nantikan kehadiran kami di lokasi-lokasi ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


PERANG-PAHLAWAN ERA REVOLUSI ANCAM NEPOTISME GANG: WAJIB TONTON <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2011 03:27 AM PDT

REVOLUSI

 Ambo terkelu dan tidak dapat untuk berkata apa-apa.Sekadar menahan air mata daripada tertitis bila ambo mendengar perjuangan mereka ini.Masyaallah.Peluk Islam sehingga mendapat tentangan dari ayahnya sendiri.Bukan calang-calang punya tentangan tapi ayahnya menembak beliau.Tontonilah.Semoga bulan yg barokah ini kita sama-sama diberikan rahmat dari Allah.Walaubagaimanapun perjuangan mereka ini bukan untuk duniawi,tapi untuk akhirat.










Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads