Khamis, 23 Februari 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST

Xpdc ke Felda Chiku Gua Musang bahagian 1

Kali ini penceritaan agak panjang dan saya terpaksa bahagikan kepada 2 bahagian. Part 1 and part 2. Ini memandangkan banyak hari yang kami lalui dan pelbagai pengalaman yang telah ditempuhi.

Kami bergerak ke Gua Musang bermula dari Kajang, Semenyih dan seterusnya ke Ampang dan Keramat. Namun begitu dalam perjalanan ke Ampang kenderaan kami perlu singggah di Sungai Congkak Hulu Langat untuk mengambil salah seorang ahli kumpulan kami.

Sampai di Sungai Congkak untuk ambil Sani@black

Malam-malam begini takde lagi orang berkelah mandi air sungai di Sungai Congkak.

Kami selesai mengumpulkan ahli di Keramat. Tanpa membuang masa dan pada ketika itu jam menunjukkan pukul 1 pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke Gua Musang dengan bertukar ganti pemandu secara bergilir-gilir.

Perjalanan kami agak tidak berapa selesa kerana terlalu banyak barang dan alatan yang dibawa dan dimuatkan di dalam kenderaan. Kesemua barang dan alatan adalah penting setelah berpandukan kepada check list yang telah disediakan bagi mengelak kekurangan alatan dan membawa alatan yang salah dan tidak berguna.

Dalam xpdc ini kami telah diberikan setiap seorang ahli mempunyai tugas masing-masing. Oleh itu setiap ahli perlu bertanggungjawab kepada tugasan yang diberikan. Bro jimi adalah ketua xpdc, Shahril bertindak sebagai pemandu arah, penyelenggara alatan dan sebagai pegawai perhubungan, Sani @ black sebagai AJK kebajikan ahli dan medic, Shahrul pula urusan pengangkutan dan saya mengurus kewangan perbelanjaan sepanjang xpdc.

Berhenti berehat: Bro Jimi sedang mengeluarkan alat laser beliau untuk dipancarkan ke hutan di hadapannya. Akibatnya sesuatu yang mengerikan berlaku. Kedengaran bunyi yang menakutkan dari hutan tersebut. Bro Jimi dan saya lari bertempiaran menyelamatkan diri. (bunyi ngeri tersebut berjaya dirakam)

Sampai di Gua Musang pada subuh hari...

Sampai di Gua Musang tepat pada waktu Subuh. Kami berehat seketika sebelum memulakan aktiviti selanjutnya pada hari pertama ini. Memang mendebarkan dan menanti-nanti saat-saat apakah aktiviti yang kami akan lakukan nanti. Sementara itu Shahril sibuk berurusan dengan orang tempatan dan beberapa orang yang sudah dibuat temujanji sebelum kami berangkat ke lokasi.

Tengok la muatan barang yang kami bawa ini. Padat dan sesak. Kenderaan ini memang terbaik dan lasak. 

Menanti orang yang dijanjikan untuk berjumpa. Baru lepas sarapan pagi. Perut Kalau kosong nak buat kerja pun semua tak boleh.

Sani dan Jimi sedang berbincang mengenai strategi yang akan digunakan untuk aktitviti hari itu. Kepuasan jelas kelihatan setelah baru makan daging kambing.

Sudah sampai orang yang ditunggu-tunggu. Cuaca agak mendung dan suram. 

Hampir nak ke tengah hari barulah kami dapat pergi ke lokasi. Perjalanan agak mencabar dan berliku-liku. Hanya kenderaan yang lasak dan berani sahaja boleh melalui kawasan tersebut. Alhamdulillah kami selamat sampai di lokasi. Sampai di lokasi, keadaan air sungai agak deras sebab hujan. Tapi kami tetap harungi juga sebab sudah alang-alang sampai.

Ikuti gambar seterusnya ini. Kalau nak cerita panjang rasanya ramai yang malas nak baca. Jadi tengok gambar sambil penerangan sikit-sikit. Itu sudah memadai dan seronok.

Suasana di kawasan Felda Chiku. Ikut perancangan nak pergi ke lokasi gua. Tapi tak jadi disebabkan masa dan kos yang tidak dijangka. Insyaallah akan datang boleh pergi lagi.

Sampai di lokasi. Laluan agak becak. Keadaan selepas hujan turun.

Sani memulakan langkahnya dengan penuh bersemangat.

Keadaan air sungai yang naik dan agak deras. Tapi kami redah juga. Lepas ambil gambar ni saya terus 'gedebuk!' jatuh. Licin. Lepas tu berendam aje dalam sungai tu.

Jimi dan Shahril@Steven sedang memikirkan ape yang perlu dilakukan dengan keadaan sungai yang berarus deras.

Semua alatan penting dibawa turun dan diuji fungsinya. Maaf sebab tiada gambar dirakam semasa aktiviti dijalankan disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dan alatan elektronik seperti kamera tidak kalis air. Dikuatiri rosak sebab terkena air. Perancangan akan datang saya akan usahakan untuk menggunakan kamera tahan lasak dan boleh masuk air.

Kami memperolehi hasil. Walaupun sedikit tapi kami menjumpainya. Kami banyak mengumpulkan pasir dan tanah untuk dibawa balik bagi kerja proses seterusnya menggunakan mesin ayak automatik atau mangkuk biru.

Selepas aktiviti, kami berehat dan makan tengah hari (dah masuk petang) sebelum check in lokasi terusnya. Di sini kami bertukar-tukar cerita dan pengalaman masing-masing.

Lama juga kami bersembang di sini sebab banyak cerita menarik. kami juga membincangkan aktiviti pada keesokan harinya nanti.

Felda Chiku: Perjalanan kami check in di kediaman Brader yang pakai kopiah gambar di atas tadi. Lupe pulak nama dia.

Kuda milik brader tu. Kuda ini pernah mengejar Sani. Mungkin tertarik dengan kemachoan Sani agaknya.

Petang itu kami menggunakan alat ini untuk mengasing emas dengan pasir. Lokasi anak sungai ini tak jauh dari kediaman kami. Hanya 50 meter.

Mengunakan kuasa bateri sahaja. Alat ini beroperasi dangan jayanya sambil diperhatikan secara beramai-ramai. Nampak tak?

Guna bateri kereta. Boleh guna bateri motor juga. Asalkan 12 volt. Jadi ianya selamat dan tiada risiko renjatan elektrik.

Brader tu sedang mandikan kudanya. Kami pun belum mandi lagi. 

Pada sebelah malam kami berpecah tidur di dua kediaman. Shahril, Sani dan Shahrul bermalam di kediaman Brader tu manakala Jimi dan saya bermalam di kediaman ayah Brader tu. Ayah Brader tu dikenali dengan nama Tok Ayah (ingat pulak name).

Berada di kediaman Tok Ayah banyak ilmu yang saya perolehi. Tok Ayah banyak bercerita dan memberikan banyak tips dan ilmu yang berguna yang boleh diamalkan.

Pada keesokan harinya, sebelum bergerak ke kolasi, Jimi dan saya mendengar sedikit taklimat daripada Tok Ayah. Dia banyak memberi petua yang boleh diamalkan dan menunjukkan banyak benda yang kami tidak ketahui.

Tok Ayah bercerita dan menunjukkan sesuatu kepada kami.

Inilah daun pokok limau hantu yang banyak khasiatnya. Tok Ayah berikat sedkit kepada kami untuk dibawa pulang. 

Sudah sarapan pagi tapi masih lagi berhenti minum-minum. Nampak tak air tuak tu? Sani melihat dengan penuh berminat. Tak minum pun. Minum air dalam botol je. Kami menunggu orang yang akan membawa kami ke lokasi lain pula.

Pada hari pertama kami banyak menggunakan alat seperti pam tangan dan mangkuk biru sahaja selain dari dulang plastik. Alat metal detector masih belum digunakan lagi. Pada hari kedua ini alat seperti metal detector dan pin pointer akan digunakan pada lokasi lain yang akan kami redah. 

Sila ikuti sambungan pengalaman kami ini pada post akan datang dengan banyak pengalaman yang lebih menarik lagi....

Full content generated by Get Full RSS.

SAINS: Tak berapa cerap lagi KSSR ni..

Posted: 22 Feb 2012 02:41 AM PST

Pagi ini berada bersama Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik di SK Chiku 7, Gua Musang mencerap pengurusan kurikulum dan amalan P & P dibilik darjah. Senyap saja sekolah kerana masih ada UBB 1 sedang dijalankan. Maka pencerapan P & P tak wajar dilakukan kerana guru jaga periksa.

Selepas berinteraksi dengan GB dan PKP tentang pelbagai aspek pengurusan kurikulum di sekolah , jam 12.30 sempat bertemu dengan guru yang mengajar tahun 1 dan Tahun 2 KSSR. Tak ganggu mereka kerana periksa dah tamat. Sepanjang hasil pertemuan ini mengenai kefahaman dan penghayatan KSSR telah dapat dibuat satu generalisasi bahawa TAK BERAPA CERAP LAGI GURU-GURU DALAM MELAKSANAKAN P&P KSSR...

Ternyata ini meruapakan cabaran berterusan buat kami di JPN dan PPD ke arah merealisaikan DASAR TRANSFORASI KURIKULUM ini.

Tetapi buat guru, kami sedia membantu.

Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jan 2012 04:56 PM PST

Wassup bro!! Ni gua nak citer sikit pasal kampung gua… Felda Chiku 01, terletak di daerah terbesar di Kelantan iaitu Gua Musang. Ni la rumah gua…

Gua ni org biasa2 jew.. bukan org kaya pon, walaupun org nampak gua ni stylo sakan cam org kaya kan,,, tp gua org biasa jew… well, fashion never know who we are…                                                
 Haa…Nampak kereta merah tu…?? Jom kita kasi zoom sikit….!

Ni la dia turbo klasik datuk gua… Toyota apa ntah! Laju giler kowt walaupon barang antik hehehe… wat lumba mesti menang nih!

Dan kalo lu orang perasan, rumah gua ni unik sikit… Nampak tak rumah warna merah kat blakang tuee?? Jom kita zoom sikit lagi…!

 Mesti lu orang tertanya-tanya napa bumbungnya begitu pelik?? Sebenarnya, rumah ni belum 100% siap… tu pasal la bumbung dia macam tu… Best kat dalam ni, tak yah pakai air cond pon bilik ni rasa  sejuk… Datuk gua (panggil Tok Ayah), buat ruang baru ni tinggi sikit untuk pengaliran udara yang baik… lubang2 kat atas jendela tu la yang support oxygen time pintu ditutup… bijak Tok Ayah gua ni hehehe…

Di satu sudut kawasan rumah (front yard) yang sangat luas tu, ada laa sebuah perigi yang dah berpuluh tahun berkhidmat utk support bekalan air kat family kitorg… bukan kampung ni takde bekalan air, tapi Tok Ayah gua amik inisiatif beli mesin penyedut air supaya bil air tak perlu la dibayar lagi setiap bulan… menjimatkan.

Ni la perigi tersebut… dulu2, masa kampung ni takde bekalan air, org2 kampung selalu datang guna perigi ni… muafakat la katakan… gua tak tau sangat la bro, masa tu gua tak beranak agi…

Jernih kan air dia? Lagi jernih dari Kelantan water…hahaha, tu sebab atuk gua suka guna air perigi dari air paip yg dirawat… rumah kitorang ada sistem air yang lagi baik dari rumah org lain yang melanggan dengan syarikat air… bekalan air sentiasa ada dan tak pernah putus, kecuali kalau elektrik tibe2 black out… tu pon tak risau, perigi kat kawasan rumah je…Selagi mata air kat dasar perigi tu berfungsi, air akan sentiasa ada dan sentiasa jernih! Tapi satu je kelemahan dia, air dia sejuk giler kowt waktu pagi, bukak jerr paip, wahh bagai mandi di kutub utara!

Depan rumah gua, ada dua batang pokok manggis… kat pokok2 ni la gua slalu panjat masa kecik2 dulu…

Ni la pokok manggis favorite gua masa kecik dulu, time musim manggis memang tak naik atas rumah, sehari suntuk dok lepak atas pokok ni.. umpama rumah kedua..hehehe… jom kita zoom suasana dalam pokok ni….

Amat mudah dipanjat walaupon budak kecik… Hehehe masa buat sesi fotografi ni, teringin plak gua nak rasa balik hobi time kecik2 dulu.. panjat pokok manggis!! Gua suka benar panjat pokok, maklum la gua kan dilahirkan pada tahun monyet, ikut calendar cina…

Hehehe.. seronok panjat pokok ni.. tapi akhir2 ni, batang2 dia banyak dah tumbuh pokok duit2, sebab lama tak panjat kowt.. maklumlah dah besar… Sepupu2 gua yang masih kecik2 ni tak main dah panjat pokok segala nih… Angry Bird, Counter Strike, Dota, GTA dan yang sekutu dengannya… fuhh, zaman dah berubah…

Bawah pokok manggis yang satu lagi tu, ada sebuah meja simen dan kerusi2 yang comel. Direka seperti meja kerusi yang dibuat dari kayu balak, tapi hanya simen sahaja… Kat sini la gua selalu lepak2 sambil buat homework dan boraque2…hehehe…Masa gua kecik lagi meja ni dah ada…

Sebelah rumah gua ada laa sebuah lapangan….

Pada setiap hari Selasa, kat sini la dipasang khemah2 peniaga.. coz' hari selasa, adalah giliran kampung gua utk pekan sehari a.k.a pasar malam…huhu…

Depan rumah gua ada jalan utama kampung… boleh dikatakan, kawasan sederet dengan jalan utama ni adalah prime area kat kampung ni…banyak kemudahan spt kedai2, cyber cafĂ©, masjid,public library dan sebagainya… bnyk la..dah macam pekan!

Jom tinjau plak kebun nenek gua kat belakang rumah…

Pokok-pokok pisang ni nenek gua tanam sendiri. Memang rajin la kan orang2 tua kat kampung…?

Rumah gua ni memang dibuat di atas sebidang tanah yang cukup luas… cukup luas utk membina sebuah villa. Memang impian gua pon utk tukar rumah ni jadik sebuah villa suatu hari nanti… Kawasan depan rumah memang cukup luas utk bina sebuah swimming pool dan mini garden… at least ada la konsep villa tu kan?? Tak mewah tak apa, janji villa dan cukup besar utk keluarga gua yang besar ni… Maklumlah, bila tiba hari raya atau apa2 keramaian kat rumah ni, mesti kecoh sebab tak cukup bilik tidur. Rumah ni ada 4 bilik tidur je…Lastly, kat bawah ni shoot paling cantik pernah gua amik kat kawasan rumah ni…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads