Ahad, 26 Februari 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » RM7.7j BR1M untuk 15494 penduduk <b>di Kuala Krai</b>

Posted: 02 Feb 2012 03:12 PM PST

You are here: Home / Dalam Negeri / RM7.7j BR1M untuk 15,494 penduduk di Kuala Krai

KUALA KRAI 2 Feb. Pas tidak mampu melaksanakan pembangunan sosioekonomi, meskipun sebagai sebuah kerajaan ia bertanggungjawab untuk membangunkan ummah dan Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terbukti selepas 20 tahun memerintah Kelantan, nasib rakyat negeri ini masih tidak berubah dan dibelenggu dengan pelbagai masalah seperti bekalan air bersih.

Malah, beliau berkata, janji-janji Pas kepada rakyat sejak 1990 selepas parti itu menawan Kelantan ternyata satu pembohongan dan kerana itu ia perlu ditolak pada pilihan raya umum akan datang.

Selama 20 tahun Pas memerintah Kelantan, saya ikuti keadaan sebenar yang berlaku di sini. Pas tidak mampu melaksanakan segala usaha pembangunan sosial dan ekonomi. Saya rasa amat dukacita.

Kalau berjanji tidak dilaksanakan itu belawok (bohong). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong? Soal ukhrawi dan duniawi mesti selari, ini tuntutan agama. Kalau tidak ada keupayaan, tuntutan agama ini tidak kesampaian, kita Barisan Nasional (BN) akan buat lebih berkesan daripada Pas bukan bercakap besar atau sombong.

Jadi dalam konteks ini, dibandingkan dengan keupayaan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, Kerajaan Pusat lebih berupaya, katanya ketika berucap di hadapan lebih 15,000 penduduk pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Kuala Krai di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.

Pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan replika cek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM7.7 juta untuk diagihkan kepada 15,494 penerima yang layak di daerah ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads