Khamis, 23 Februari 2012

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Ahli Pas Sertai UMNO <b>Di Tanah Merah</b> | Detik Perubahan

Posted: 19 Feb 2012 03:02 AM PST

TANAH MERAH – Seramai 47 orang bekas ahli Pas mengumumkan keluar parti dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz pada Majlis Selamat Tinggal Pas dan sambutan Maulidur Rasul di Kampung Kenerak di sini, malam tadi.

Serentak dengan itu satu cawangan UMNO ditubuhkan di kampung tersebut dan diketuai oleh Zainuddin Sepian.

Hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Baharuddin Yusoff dan Pengerusi Tetap yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Panau, Abdul Latiff Abd. Rahman.

Wakil kumpulan tersebut, Marina Abu Zahar berkata, mereka mengambil tindakan untuk menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang tidak membawa perubahan kepada penduduk kampung tersebut.

"Di kampung ini tidak perubahan, bekalan air pun terganggu. Apa yang ada adalah sumbangan UMNO seperti pembinaan jalan untuk ke sini.

"Disebabkan itu ramai penduduk terutamanya kaum wanita di kampung ini mengambi keputusan untuk menyertai UMNO supaya mendapat pembelaan," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Pada masa yang sama, Mahmud Mustapa, 53 dan kakaknya, Som, 59, mengambil keputusan untuk meninggalkan Pas kerana kerajaan negeri ini telah mengambil tanah dusun mereka di Kuala Krai.

Mahmud berkata, tanah itu telah diusahakan sejak 20 tahun lalu dan kini dijadikan Ladang Rakyat.

"Kerajaan negeri janji nak jadikan kami sebagai peserta Ladang Rakyat dan mendapat dividen sebanyak  RM200 sebulan tetapi hingga sekarang tidak ada apa.

"Saya sedih dan berharap dengan menyertai UMNO, suatu hari nanti masalah dapat diselesaikan dan memperoleh kembali tanah berkenaan yang diusahakan dengan titik peluh sendiri," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads