Ahad, 19 Februari 2012

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


<b>Tumpat</b>, Kelantan: Ziarah Nenek. | Teratak Usang

Posted: 16 Feb 2012 08:00 AM PST

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari ini aku tak dapat nak pos sambungan kisah Imam Bukhari. Tak sempat nak taip. Mengikut perancangan, selepas ambil puteriku yang sulung di Tabika, kami akan terus bertolak ke Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan untuk menziarahi tok Mek (tok mertua) yang sakit.
Kakak ipar bersama tok Mek, 2009.
Menurut kata kakak iparku, tok kat kampung sakit. Jadi mak mertuaku dari Perlis telah balik ke Kelantan, kakak ipar dari Johor juga mungkin dalam perjalanan ke Kelantan dan kami akan menyusul dari Perak ke Kelantan.
Biasanya setiap kali Raya Haji, kami beramai-ramai akan berkumpul di rumah tok di Kelantan. Oleh kerana raya tahun lepas aku baru lepas pantang, hanya mak mertuaku sahaja yang balik ke Kelantan. Sebulan sebelum tu (dalam bulan puasa), tok terjatuh dari tangga.
Aku pernah bertanya usia tok tapi aku dah terlupa berapa usianya. Walaupun dah di mamah usia namun mata tok masih terang sampaikan tahi lalat yang kecil-kecil di kain pun tok boleh nampak.
Kalau balik ke Kelantan, pastinya chalet tok jadi tumpuan. Walaupun kecil dan serba kekurangan, kami lebih selesa di sana. Kalau dah penuh dan padat dengan saudara-mara, aku dan hubby akan menyewa di Pandai Cahaya Bulan (PCB) untuk semalaman.
Ini la rumah tok dengan 2 bilik tidur.
Tok biasanya akan tidur di rumah anaknya (Mak Long) di depan rumah ini. Jadi kami la yang akan duduk dan masak di rumah tok. Mak mertuaku lebih selesa masak di rumah tok. Kadang-kala barang keperluan di bawa khas dari Perlis.
Rindu tapai Kelantan...(tiba-tiba ja), rindu juga nak kutip biji janggus depan rumah tok.
Dah 3 tahun tak jengok tok. Esok malam mungkin kami akan sampai ke Destinasi, InsyaAllah. Perjalanan mengambil masa 7 jam dari Hilir Perak ke tanah Cik Siti Wang Kembang. Doakan semuanya baik-baik sahaja dan tak lupa juga untuk tok yang sedang sakit, moga cepat sembuh. Liputan internet mungkin tiada di sana. Aku dijangka akan berada di Tumpat sehingga hari Ahad ini. Jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads