Rabu, 7 Mac 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Mustapa sedia tanding 2 kerusi <b>di</b> Jeli | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2012 08:44 PM PST

PASIR PUTEH: 05 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bersedia menggalas tugas untuk bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Jeli pada Pilihan Raya Umum ke-13 jika diarahkan pucuk pimpinan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, beliau juga bersedia bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jeli saja yang disandangnya jika dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya juga bersedia untuk tidak bertanding langsung jika tidak diperlukan," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis ramah mesra peti undi Kampung Bukit Abal di sini, malam tadi, yang dihadiri 300 penduduk kampung.

Mustapa pernah bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas pada pilihan raya umum 1999 dan menang kedua-dua kerusi berkenaan.

"Yang penting sekarang saya akan terus berjuang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum kelak," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan terkini, BN mempunyai peluang mencapai kemenangan sekurang-kuranya 23 kerusi daripada sejumlah 45 DUN di Kelantan.

"Kalau semua pihak sanggup kerja kuat bersama saya tanpa ada sabotaj tidak mustahil BN dapat memenangi 30 kerusi," katanya.
Mustapa berkata, UMNO Pasir Puteh berpotensi memenangi keempat-empat kerusi DUN iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising berasaskan semakin ramai anggota PAS dan kumpulan atas pagar menyertai BN.

Katanya, gandingan golongan muda, veteran UMNO dan mereka yang mempunyai pendidikan agama akan dipilih bertanding pada pilihan raya yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

teganuku: Liga Super - Terengganu Ekori <b>Kelantan</b> Sebagai <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2012 11:29 AM PST


 Mohd Ashari (kiri) berjaya merebut bola dari pemain Kuala Lumpur, Muhd Syafiq pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Terengganu terus mengancam pendahulu Liga Super, Kelantan apabila merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur di gelanggang lawan, malam kelmarin pada hari yang menyaksikan Kedah bangkit garang mencipta kejutan besar membenam Selangor di Alor Setar.

Apa pun, kemenangan Terengganu gagal membantu mereka memintas The Red Warriors kerana perbezaan jaringan walaupun kedua-dua pasukan pantai Timur itu terikat 17 mata.

Malah, kemenangan Kelantan semalam di Kota Bharu ke atas Negeri Sembilan, menjarakkan mata Kelantan kini menjadi 20.

Kedah harus ceria dengan gol tunggal pemain import baru, Safi Alfatah menerusi sepakan penalti untuk penyokong Hijau Kuning kembali ceria.
  Pemain Sabah, Zainizam Marjan dihalang pemain Johor FC, Ahmad Fauzi Saari (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.  

Sabah juga mencari cengkaman selepas bangkit untuk menewaskan Johor 2-1 di Stadium Likas.

Kedah  yang menduduki tangga kedua tercorot sebelum perlawanan berjaya mencipta kejutan besar menewaskan Selangor 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam semalam dengan pelawat terpaksa beraksi 10 pemain pada baki 30 minit terakhir.

Babak pertama terikat tanpa jaringan dengan Kedah memperoleh banyak peluang khususnya menerusi Khyril Muhymeen Zambri yang gagal manfaatkan dua peluang keemasan apabila hanya berdepan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Pada minit ke-57, pengadil Maswari Mislan menghadiahkan sepakan penalti kepada Kedah selepas pemain pertahanan dari Lubnan, Ramez Dayoub secara sengaja menampan dengan tangan dan terus dilayangkan kad merah.

Walaupun sepakan itu mahu diambil oleh Safi Alfatah, Badrul Bakhtiar meletakkan bola di tanda penalti dan terus mengambil sepakan yang terkena tiang kiri, lalu terselamat Selangor daripada ketinggalan.

Maswari sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-83 selepas Khyril dijatuhkan dan kali ini sepakan itu diambil Safi yang menendang ke sebelah kanan Norazlan.


Pemain Perak, Lazar Popovic (kiri) dihalang pemain PKNS pada di Stadium Petaling Jaya malam semalam.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, hasrat Perak memintas Kelantan sebagai penghuni sementara tangga teratas liga tidak kesampaian apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan PKNS.

Perak terpaksa bangkit dua kali menerusi jaringan Fazrul Hazli Kadri (42) dan penalti Michal Kubala (79) selepas mereka ketinggalan hasil jaringan Helmi Remeli (20) dan Fauzan Dzulkifli (56).

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah berjaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri menerusi jaringan Rozaimi Abd Rahman (30) dan Shahrudin Yakup (80) selepas ketinggalan menerusi jaringan Arthur.

Sumber: Berita Harian
Sumber Henrique (28).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads