Selasa, 13 Mac 2012

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Janji BN <b>Di Manek Urai</b> Telah Ditunai, Janji Pas? «

Posted: 12 Mar 2012 06:00 PM PDT

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengotakan janjinya untuk membaiki masjid Manek Urai Baru, apabila peruntukan sebanyak RM600,000 telah disampaikan kepada Jawatankuasa masjid berkenaan.

Bagaimanapun soalnya, biarpun BN melakukan pelbagai perubahan itu untuk rakyat tetapi tidak terselah sumbangan kerajaan Pas Kelantan untuk rakyat.

Jika dilalui pengguna jalan raya, pastinya mereka terkejut dengan Manek Urai yang masih tiada perubahan. biarpun laluan Manek Urai menjadi tarikan kepada anak Kelantan yang pulang ke negeri mereka melalui Gua Musang.

Seperti sedia maklum BN hanya kalah tipis dengan 65 undi kepada Pas dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 2009, namun tiada sebarang pengajaran yang dapat diambil oleh Pas untuk menaikkan kembali keyakinan rakyat di kawasan itu.

"BN sudah banyak melakukan pembangunan yang dijanjikan pada pilihan raya kecil lepas," kata Hassan Kamal, penduduk di Manek Urai.

Beliau berkata jambatan baru di Manek Urai baru pun turut ditunaikan tetapi Pas hendak transformasikan pekan Laloh pun tidak mampu dengan membina sebuah stesen bas untuk penduduk.

"Pada pilihan raya kecil itu, ramai penduduk di sini yakin BN boleh menang kerana mereka mahukan perubahan di Manek Urai.

"Sebab itu jumlah undi Pas merosot kerana mereka gagal membawa perubahan mengikut kehendak rakyat.

"Sekarang ini rakyat Manek Urai sudah ada peluang pada pilihan raya umum nanti, Pas saksikanlah kemarahan kami," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads