Ahad, 22 April 2012

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Sekitar Majlis Haflah Ilmu <b>Di</b> Pondok <b>Bunut Payong</b>

Posted: 22 Apr 2012 09:45 AM PDT

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

KHAMIS baru-baru ini, iaitu pada 19 April 2012, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Haflah Ilmu telah menganjurkan majlis ilmu di Madrasah Ahmadiah, Pondok Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan sempena Hari Hol Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Tahir yang juga merupakan pengasas Pondok Bunut Payong. Pada majlis tersebut, Haflah Ilmu telah menganjurkan sessi Kuliah Zohor yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Datuk Bentara Setia, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Penulis telah berpeluang untuk menghadiri majlis tersebut yang bermula pada jam 12.30 tengahari. Namun begitu Penulis hanya tiba di majlis tersebut pada lebih kurang jam 1.15 tengahari. Namun begitu, Penulis masih bernasib baik kerana, Tuan Guru masih belum tiba semasa Penulis sampai. Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya tiba di majlis tersebut lebih kurang 5 minit selepas Penulis.
Selepas mengimamkan solat Zohor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyampaikan kuliah Zohor yang mana intipati kuliah tersebut adalah berkisar tentang usaha dakwah oleh ulama'-ulama' terdahulu termasuklah Almarhum Tuan Guru Haji Abdullah Tahir sendiri dalam usaha untuk mengembangkan Islam dan ilmu terutamanya di Negeri Kelantan yang dikenali 'Negeri Serambi Mekah' dan juga 'Negeri Tadahan Wahyu'.
Hasil pemerhatian Penulis, walaupun telah berusia 82 tahun, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempunyai daya ingatan yang kuat kerana beliau masih lagi mampu untuk mengingati kisah-kisah lampau tentang perkembangan Islam di Kelantan termasuklah ketika masih di alam kanak-kanak dan semasa penjajahan tentera Jepun. Tuan Guru juga masih lagi kuat mengingati ayat-ayat suci Al-Qur'an dan al-Hadis dan ini secara tidak langsung menolak kata-kata jahat golongan sakit hati yang menuduh Tuan Guru sebagai sudah nyanyuk.

Pada sebelah malamnya pula iaitu selepas solat Isya', majlis diteruskan pula dengan program bual bicara oleh penceramah bebas yang tersohor iaitu Ustaz Azhar Idrus yang turut dikenali dengan jolokan 'Ustaz Youtube'.
Satu kejutan berlaku pada malam tersebut, bilamana Ustaz Azhar Idrus tiba di majlis tersebut dengan dibawa menaiki motosikal berkuasa tinggi secara berkonvoi. Ketibaan Ustaz 'glamour' tersebut di majlis tersebut disambut meriah oleh kira-kira lebih dari 15 ribu peminat dengan laungan takbir dan tembakan berdas-das bunga api ke udara.
Kehadiran begitu ramai, para hadirin termasuk muslimah yang ditempatkan di dalam madrasah dan muslimin di tempat terbuka menyebabkan berlakunya sedikit kesesakan jalan raya bilamana ruang di kawasan Pondok Bunut Payong tidak mampu untuk menempatkan semua hadirin sehingga ada hadirin terpaksa duduk di atas pembahagi jalan . Namun begitu keadaan sesak tersebut sedikit sebanyak berjaya dikawal oleh Unit Amal PAS yang bertugas.
Seperti kebiasaan kuliah Ustaz Azhar, beliau diberikan peluang selama lebih kurang sejam untuk menyampaikan tazkirah beliau yang disampaikan secara santai dan bersahaja serta penuh dengan kelucuan. Kuliah beliau yang bermula lebih kurang pada jam 9.15 malam berakhir pada lebih kurang jam 10.15 malam.
Setelah selesai sessi pertama (kuliah/tazkirah) maka tibalah pula sessi kedua iaitu sessi menjawab soalan dari para hadirin. Seperti biasa, hadirin mengutarakan pelbagai bentuk soalan yang kadangkala menimbulkan kelucuan pada hadirin yang lain namun semua soalan yang diajukan tersebut berjaya dijawab secara bersahaja dan penuh kecerian oleh Ustaz Azhar dan sekali sekala Ustaz Azhar turut mengusik pengerusi majlis.
Namun begitu, konsentrasi sebahagian hadirin semasa sessi soal jawab tersebut sedang berlangsung agak terganggu bilamana ada tindakan tidak bijak dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengganggu tumpuan hadirin. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini didapati berkali-kali melakukan tindakan berbentuk provokasi dengan memancarkan sinaran laser ke arah salah satu skrin besar yang dipasang pihak penganjur ditempat terbuka. Tindakan tersebut sikit sebanyak menimbulkan ketidakpuasan hati sebahagian hadirin. Namun begitu, kematangan para hadirin berjaya mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini sehingga program bual bicara tersebut berakhir lebih kurang pada jam 11.45 malam.
Sebelum mengakhiri majlis bual bicara tersebut, Ustaz Azhar sempat menyampaikan hajatnya agar pihak MAIK dapat mempertimbangkan agar beliau diberi kebenaran untuk menyampaikan kuliah-kuliah beliau di masjid-masjid di Kelantan. Ini adalah supaya syiar Islam dapat dikembangkan lagi ke tengah-tengah masyarakat.
Pada pandangan Penulis, program yang dianjurkan oleh pihak Haflah Ilmu ini boleh dikatakan berjaya dan boleh diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Sepanjang mengikuti program tersebut, Penulis rasa amat berpuas hati dan InsyaAllah, Penulis akan sentiasa berusaha untuk menghadiri lagi program-program berbentuk ilmu seperti ini. InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads