Jumaat, 6 April 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BN Mampu Menang 30 Kawasan Sekaligus Tawan Semula <b>Kelantan</b>

Posted: 04 Mar 2012 06:51 PM PST

Kategori Utama

BN Mampu Menang 30 Kawasan Sekaligus Tawan Semula Kelantan – Mustapa

PASIR PUTEH, 5 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jika semua pihak, jentera parti bekerja kuat tanpa ada sabotaj Barisan Nasional (BN) mampu memenangi 30 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menawan negeri itu dari tangan Pas.

Jelas beliau berdasarkan perkembangan terkini, BN mempunyai peluang mencapai kemenangan sekurang-kuranya 23 kerusi daripada sejumlah 45 DUN di Kelantan.

"UMNO  Pasir Puteh berpotensi memenangi keempat-empat kerusi DUN iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising berasaskan semakin ramai anggota Pas dan kumpulan atas pagar menyertai BN", katanya selepas berucap pada majlis ramah mesra peti undi Kampung Bukit Abal di sini malam tadi .

Katanya gandingan golongan muda, veteran UMNO dan mereka yang mempunyai pendidikan agama akan dipilih bertanding pada pilihan raya yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersedia menggalas tugas untuk bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Jeli pada pilihan raya umum ke-13 jika diarahkan pucuk pimpinan.

Jelasnya lagi beliau juga bersedia bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jeli sahaja yang disandangnya jika dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya juga bersedia untuk tidak bertanding langsung jika tidak diperlukan," katanya.

Beliau pernah bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas pada pilihan raya umum 1999 dan menang kedua-dua kerusi berkenaan.

"Yang penting sekarang saya akan terus berjuang bagi mempastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum kelak," katanya.

Berita Bertarikh 5 March 2012 Pada 10:51 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads