Ahad, 8 April 2012

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Tiga Maut Kemalangan <b>Di Kok Lanas</b> | Detik Perubahan

Posted: 05 Apr 2012 09:38 AM PDT

20120406-003345.jpg

KOTA BHARU – Dua lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta yang mereka naiki terperosok di bawah sebuah lori dalam satu kemalangan ngeri di Bukit Cina, Kok Lanas, di sini Rabu malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, DSP Ahmad Zaki Ibrahim berkata mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Tan Phei Shia, 24, bersama dua rakan lelaki, Eyu Win Lee, 30, dan Wee Wai Hwa, 24.

Ahmad Zaki berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan akibat tersepit di dalam kereta yang remuk selepas terperosok di bawah badan lori berkenaan.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Eyu Win Lee, dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.

"Bagaimanapun, pemandu lori itu bertindak melarikan diri dan sehingga kini belum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini Khamis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads