Sabtu, 15 September 2012

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Adnin Naim - Ada apa <b>di Dabong</b>?

Posted: 14 Jul 2008 11:09 AM PDT

Photo Album Jul 14, '08 2:09 PM
for everyone

Kunjungan kali ke-4, kali ni banyak sampai awal dan banyak masa lepas program rasmi =)



jalan kaki...
  

depan Pej Penggawa
  

kedai top up
  

kedai top up
  

DSC05967.jpg
  

DSC05969.jpg
  

hubungi kami...
  

jadual perjalanan
  

keretapi dh maghi...
  

Mok Nik...
  

kedai kopi tepi stesen keretapi
  

rumah tetamu @ Dabong
  

Pejabat Daerah Dabong
  

Pejabat Rela
  

Balai info petani
  

jalan-jalan lagi
  

jalan utama penduduk Dabong
  

iklan...
  

mace teh o ben...
  

@ kaki gunung Stong
  

sekolah agama rakyat @ Kandek
  

DSC06019.jpg
  

DSC06027.jpg
  


50 Free Prints
Add a Comment
For:        
Subject:

 - 
   

fly fishing: Penunggu Pindahkan Pemancing Dalam Lubuk

Posted: 15 Sep 2012 03:45 AM PDT

Oleh Nuri Angkasa
"HATI-HATI... lubuk itu ada penunggu. Jangan buat tak menentu, cakap jangan lepas," demikian pesan Pak Dolmat kepada kumpulan pemancing yang singgah mengisi perut di warungnya sebelum bergerak ke Lubuk Bujang Jantan di hulu Sungai Kelantan.
"HATI-HATI... lubuk itu ada penunggu. Jangan buat tak menentu, cakap jangan lepas," demikian pesan Pak Dolmat kepada kumpulan pemancing yang singgah mengisi perut di warungnya sebelum bergerak ke Lubuk Bujang Jantan di hulu Sungai Kelantan.

Menaiki tiga buah motosikal, mereka berlima orang meninggalkan Kuala Balah menuju ke lokasi, cerita Faizal kepada penulis yang berada di Dabong dalam satu temu janji yang di buat melalui telefon, baru-baru ini. Dabong satu daerah di Hulu Kelantan yang sudah membangun berbanding pada tahun 1950-an. Ketika itu penulis berada di sana dalam D Kompeni Batalion Ke-3 Askar Melayu DiRaja untuk menjalankan tugas operasi dalam kawasan berkenaan.

Lubuk Bujang Jantan adalah satu lubuk besar di hulu Sungai Kelantan. Lubuk itu terkenal dengan ikan baung, patin dan kelah selain lampam, sebarau, tengas dan jelawat. Lokasi itu tidak selalu dikunjungi pemancing kerana kedudukannya agak jauh dan keras (ada penunggu). Faizal anak jati Dabong tetapi sudah bekerja di Kuala Lumpur. Sebaik mengambil cuti panjang, beliau mengumpulkan rakan pancing lamanya untuk pergi memancing di Lubuk Bujang Jantan.

Melalui jalan yang sudah tidak begitu sukar dari Kuala Balah yang mengambil masa hampir dua jam, mereka selamat sampai di lokasi. Lubuk kelihatan tenang tetapi sesekali dikejutkan dengan lompatan ikan sebarau dan lampam. Mereka tidak terus memancing kerana khemah perlu didirikan terlebih dulu.

Kamal diberi tugas memasang kerana beliau adalah anggota tentera yang sedang bercuti. Sebaik selepas makan tengahari. Yazid dan Daud paling awal mencari kedudukan di tebing sungai berlubuk itu. Tiada pemancing lain pada ketika itu. Ini sedikit mengusik hati kecil mereka. Tetapi keberanian dan semangat yang ada pada ketika itu membuatkan mereka dapat bertahan hingga malam yang mula didatangi perubahan.

Sesekali bertiup desiran angin yang datang tidak menentu, sesekali ada bunyi air lubuk bagaikan dilambung ke udara. Sesekali juga berbunyi suara nyaring dan halus. Kamal yang bersikap garang dan berani itu bersuara agak kuat: "Janganlah kacau, kami datang nak mencari rezeki, kami tak ganggu siapa pun."

Mereka terus memancing dalam satu kumpulan yang berdekatan dengan diterangi cahaya lampu karbait dan unggun api yang masih menyala di tengah kawasan perkhemahan. Aneh, cuma anak ikan ikan yang dapat mereka daratkan sepanjang waktu memancing yang bermula dari petang hingga tengah malam.

"Apa yang tak kena! saya bertanya sendiri," cerita Faizal lagi sambil menambah bahawa pada malam itu mereka terus diganggu. Ikan patin dan baung bersaiz besar langsung tidak mahu menyentuh umpan terbaik yang mereka bawa iaitu ulat sagu.

Kelibat bayang-bayang lembaga sesekali terlihat antara permukaan air di lubuk dan berterbangan lalu hilang. Suasana sepi semula. Mereka mengambil keputusan untuk berehat dalam khemah tetapi dikejutkan sekali lagi. Kali ini terdengar salakan anjing yang panjang.

Petanda tentunya ada yang dilihat oleh binatang itu. Justeru dalam keadaan bimbang dan takut itu, mereka membaca ayat Kursi manakala Kamal marah-marah sambil menepuk tanah dan bersuara dengan kuat.
"Kenapa masih ganggu kami ! Kenapa? Apa salah kami!" Kamal kemudian berdiri sambil memandang sekeliling lalu menyambung dengan suara sedikit menurun. "Kami tak ganggu kamu..."

Suasana kemudian menjadi sepi dan tenang semula. Namun mereka tidak meneruskan aktiviti memancing lalu mengambil keputusan untuk berehat tidur. Namun lebih mengejutkan apabila esok paginya mereka semua tidak ada dalam khemah. Masing-masing beralih tempat. Faizal berada di bawah pokok ketapang. Yazid dan Daud di tepi gigi air di sudut sebelah barat lubuk. Ali di atas pokok manakala Kamal berada di tengah-tengah lubuk masih terbaring atas papan tebal.

Kamal mereka selamatkan dan pulang dengan membawa mesej bahawa Lubuk Bujang Jantan memang ada penunggu. Namun misteri itu terus tenggelam apabila lubuk itu tidak lagi dikunjungi pemancing, demikian cerita Faizal sambil menamatkan cerita dengan menjamu nasi dagang di warung Pak Dolmat yang sepanjang masa tersenyum melihat kami. Tentu ada yang tersurat dan tersirat bagi orang tua itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads