Rabu, 3 Oktober 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


teganuku: Felda Bina 3,000 Unit PWF Termasuk <b>Di</b> Felda <b>Chiku</b> 5

Posted: 12 Jul 2012 12:35 PM PDT

Pembinaan sebanyak 3,579 unit projek Perumahan Warga Felda (PWF) untuk generasi kedua tanah rancangan itu di 10 Felda di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, 10 kawasan terbabit adalah Felda Pasak dan Felda Sungai Sibul di Johor, Felda Jengka 19, Felda Triang 3, Felda Jengka 11 dan Felda Chini 3 di Pahang, Felda Chiku 5 di Kelantan, Felda Nerang 1 di Terengganu, Felda Chuping, Perlis dan Felda Raja Alias di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 2,331 unit merupakan rumah kos sederhana rendah berharga sekitar RM35,000 manakala 1,003 unit rumah kos rendah berharga RM35,000 dan 35 unit kedai berharga RM100,000.

"Tiga daripada 10 PWF iaitu Felda Pasak, Jengka 19 dan Triang 3 sudah mula dilaksanakan manakala tujuh lagi dalam proses kelulusan tapak dan melantik perunding.

"Kita jangkakan keseluruhan projek ini yang bertujuan untuk membantu generasi kedua memiliki rumah yang sempurna dan selesa dapat diduduki pada tahun 2011," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci projek PWF Desa Keratong Indah semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads