Rabu, 3 Oktober 2012

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Adun Pas <b>Kelaboran</b> Dan Abby Abadi Nafi Bernikah

Posted: 02 Aug 2012 09:34 PM PDT

. . .

ABBY ABADI

Berita Abby abadi..berita ke 5 minggu ni pasal Abby Abadi..hehehe.Kali ni gosip kahwin pulok. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi.

Mohd Zaki Ibrahim yang merupakan wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.

Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

"Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," katanya ketika.

Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

"Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

"Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Abby melalui laman sosial twitter menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, "hai abby… betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran" dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.

Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat 'jodoh' hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.

dipetik dari SinarHarian

VN:F [1.9.20_1166]

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)

VN:F [1.9.20_1166]

Adun Pas Kelaboran Mohd Zaki Dan Abby Abadi Nafi Sudah Bernikah, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

ENTRY BERKAITAN:

  1. Kontrak Abby Abadi Sebagai Duta Tudung Dibatalkan
  2. AC Mizal Cabar Abby Abadi Berdebat Isu PDRM
  3. Gambar Abby Abadi Berbuka Bersama Norman Dan Memey
  4. Abby Abadi Sahut Cabaran Debat AC Mizal
  5. Norman Sebak Lihat Abby Abadi Dan Memey Berbaik Dan Berpelukan
  6. Penjelasan Al-Humaira Berkenaan Isu Kontrak Tudung Abby Abadi
  7. Ahmad Idham Nafi Bengang KJ Kritik Hantu Bonceng
  8. Ibu Nur Amalina Nafi Anak Gagal Dan Amal Gaya Hidup Bebas
  9. Jom Vote Gol Mohd Aidil Zafuan-Top 10 Goal Of The Week
  10. Mohd Ashraf Hafiz Tukar Jadi Aleesha – Tukar Jantina
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads