Isnin, 15 Oktober 2012

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Kerajaan Pusat Bina 10 Massjid <b>Di Machang</b> Sejak 2006 | Detik <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 07:29 AM PDT

Simbolik penyerahan kunci Masjid Al-Raudhah Kampung Banggol Judoh di sini.

Oleh ELIAS ISMAIL

MACHANG - Kerajaan Pusat mellaui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) telah memperuntukkan RM22 juta bagi imembina 10 buah masjid di Kelantan sejak 2006.

Pengarah JPP, Datuk Makhtar Mustapha berkata, tujuh dari 10 buah masjid tersebut telah siap dan beroperasi sepenuhnya untuk kemudahan orang ramai.

Beliau berkata, JPP turut akan membiayai sebahagian kos membina baru bangunan Madrasah Tahfiz Al-QURAN Al-Ismailiah Pasir Mas dan  membina Pondok An-Najmiah, Geting, Tumpat.

"Masjid Ayesha, Kok Lanas dengan peruntukkan sebanyak RM6 Juta juga hampir siap manakala Masjid Al-Hanan, Mukim Simpang Empat, Tendong, Pasir Mas dan Masjid Mukim Bandar Lama, Gua Musang  dengan peruntukkan masing-masing RM2.2 juta dan RM3 juta akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas majlis  penyerahan Masjid Al-Raudhah Kampung Banggol Judah kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd Zin, Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub dan bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah.

Katanya, selain masjid, JPP juga menaiktaraf 700 buah madrasah dan surau di kampung-kampung  dan taman  dalam tempoh yang sama  dengan melibatkan peruntukkan sebanyak RM51 juta.

Masjid Al-Raudhah yang dibina di tapak baru itu dimulakan pada akhir 2010 dengan kos pembinaan sebanyak RM2.6 juta dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang ramai termasuk ruang meletak kereta yang luas.

Masjid yang mampu memuatkan hampir 800 jemaah dalam satu masa itu juga menyediakan bilik sembahyang jenazah dan pejabat imam.

Selain penduduk tempatan, masjid ini juga menjadi persinggahan  orang ramai terutamanya pada hujung minggu memandangkan ia terletak di laluan utama, Lebuhraya Machang-Pasir Puteh.

Imam masjid tersebut,  Zulkafli Jusoh berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak  yang menjayakan pembinaan masjid tersebut  dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk dan orang ramai.

Katanya,  pelbagai program akan diadakan selain solat berjemaah bagi mengimarah masjid tersebut sesuai dengan peranannya sebagai pusat aktiviti penduduk dan tidak terhad kepada solat semata-mata.

"Kami juga menerima sambutan yang memberangsangkan terutamanya pada hujung minggu apabila ramai pengguna jalan raya yang singgah bagi mengerjakan solat di sini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads