Isnin, 15 Oktober 2012

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


<b>Rantau Panjang</b>, Kelantan, Malaysia - Part 2 - The Time Traveler&#39;s Girl

Posted: 29 Aug 2012 11:54 PM PDT

Pada asalnya, aku nak tulis mengenai pantai yang berdekatan dengan rumah mak angkat aku. Tapi bila mengenangkan keadaan pantai yang banyak sangat sampah, aku rasa malas nak review tempat tu. Padahal tempat tu cantik dan sesuai main layang-layang dekat situ. Okay back to Rantau Panjang.

15/7/2012

Rantau Panjang  terkenal dengan Zon Bebas Cukai (click untuk melihat map). Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand. Tak payah aku cerita panjang-panjang.  Kalau dah Zon Bebas Cukai mestilah tempat shopping. 


Aku suka singgah toilet yang ada tulisan Thailand ni. Suka betol kalau kawasan oversea nie. Padahal sempadan aje.wahaha. Quality tandas. errkk. Just Ok.  2/10. Kalau dah tak tahan boleh singgah.


Kalau shopping sini kena pandai "kechek Klate". Ni orang kelantan sendiri cakap, sebabnya peniaga kat sini akan bagi murah kalau tahu korang dari negeri mereka. Berusaha sedaya upaya aku untuk kechek klate. Nasib baik mok cik tu bagi aku murah, kalau tak nagis aku depan kedai dia. 

Selain itu, korang kena pandai bodek mok cik tu. Contoh :" Mok cik nampak lawa hari ni deh". Kalau korang kaki bodek elok mengamalkannya di sini. Hahaha. Aku ni yang tak reti nampak kaku apabila ingin membodek mok cik tersebut. Akhirnya, aku dapat tawar sedikit.

Dekat sini, anda boleh beli tudung dengan harga yang murah (murah sikit la dari KL). Nasib dapat belikan tudung untuk adik beradik perempuan dengan mak. Kain Pelikat Gajah Duduk pun dapat murah dari beli di Indonesia . wahaha. Jangan lupa keropok keping ikan parang, RM10/1 kilo (sampai sekarang tak habis goreng) .Bagi yang minat beli baju kaftan, kain blouse boleh juga dapat dengan harga yang murah. Try cari fridge magnet ,satu kompleks aku pusing tapi tak jumpa. Kalau orang kerja , syok la kot shopping sini. Aku ni bawa cuma RM150 tahu-tahu je duit aku tinggal RM10! erkkk.. student la katakan.

Memandangkan waktu shopping yang diberikan cuma 1jam lebih (tak puas aku) . Punyalah laju aku round, boleh menang record shopping terpantas. Nasib aku tak ada lama dekat situ, kalau tak habis lagi berapa ratus entah. hahah

Tapi yang pastinya kalau anda shopping disini, sila nikmati "Baba Ice Cream".Terbaik dari ladang. huhu. Ada cincau, pulut, roti, jagung, susu, choclate (macam-macam ada). Harga untuk 1 /RM2. Adik aku kata dah macam baskin robbin. (hyperbola)




p/s: Siapa cakap melancong dalam negara tak best? haha. Majulah negara untuk rakyat. wahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads