Ahad, 28 Oktober 2012

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Pusat Penerangan Pelancongan dibina <b>di Rantau Panjang</b> « Persada

Posted: 07 Oct 2012 04:53 PM PDT

RANTAU PANJANG  – Kementerian Pelancongan, bersetuju membina Pusat Penerangan Pelancongan di stesen kereta sewa di sini untuk memberi penerangan yang jelas berkaitan industri pelancongan negara, terutama di Kelantan, kepada pelancong asing.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peruntukan sebanyak RM100,000 diluluskan bagi pembinaan segera pusat itu.

"RM100,000 telah diluluskan hasil daripada cadangan Persatuan Kereta Sewa Rantau Panjang yang mahukan agar pusat ini dibina supaya pelancong dapat maklumat sebaik tiba di sempadan ini.

"Setiap tahun, kira-kira 400,00 pelancong masuk melalui pintu sempadan di Thailand dan mereka ini perlu mendapat gambaran yang benar mengenai industri pelancongan, terutama di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas melawat stesen kereta sewa Rantau Panjang Sabtu.

Mustapa juga berkata pusat penerangan itu akan dilengkapi kawasan berbumbung dan lanskapnya diperindah bagi menarik kunjungan pelancong.

Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi memberi elaun bulanan kepada pekerja di pusat itu.

– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads