Ahad, 4 November 2012

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


QUDWAH HASANAH: LADAP <b>DI</b> KOTA BHARU

Posted: 31 Oct 2012 05:56 AM PDT


Latihan Dalam Perkhidmatan sinonim bagi kami dengan sebutan LADAP. Kami mesti cukup tujuh hari LADAP dalam setahun. Kebiasaannya kami berLADAP di sekolah saja. Ada penceramah jemputan. Tentang pendidikan, kesihatan, motivasi dan sebagainya. Tapi tahun 2012 ni agak istimewa dari tahun-tahun sebelumnya. KAmi berLADAP di luar negeri. Luar negeri Selangor la. LADAP kali ni dibuat di negeri Kelantan.

Kami warga SKBTK berLADAP di sini. Di Pusat Jualan Kraf yang terletak di Bunut Payong. Nampak gayanya dua hari kami di Kelantan, dua hari jugalah aktiviti kami berpusat di Bunut Payong. Hari ni LADAP. Esok lawatan penanda aras di SK Zainab (2) dan SK Bunut Payong. Di Pusat Jualan Kraf ini, kami berpeluang mewarna batik dan mewarna pasu. Wow...lepas ni boleh buka kilang batik la kami. Ya la...dah pandai buat batik. Buat baju kelawar boleh la...hahaha


Ni dia cikgu-cikgi SKBTK. Dapat pasu mini satu seorang. Warna jangan tak warna. Kita tengok pasu siapa paling cantik. Maklum la...semuanya berseni. Aku dah tahu dah pasu siapa yang paling TAK CANTIK. Pasu aku la tu. Tak pandai melukis dan tak berseni. Cikgu Zai tu pegang berus pun dah nampak seninya.

Kita tinggalkan pelukis-pelukis pasu. Kita tengok pula orang warna batik. Tauke pusat kraf sedang menunjuk cara mewarna batik dan teknik campur warna bagi menghasilkan warna-warna yang menarik. Masa tengok dia buat nampak senang sangat. "Kacang je...". Haa...kita tengok la nanti hasil mahsulnya nanti. 

Tengok la tu, cikgu yang berbaju 'perang kecoklatan'. Terkial-kial nak guna warna apa pun tak pasti. Terjenguk-jenguk gayanya. Hahaha... Tiru orang. Maklum la bimbang hasil buatannya yang paling comot. Anggap aje la cikgu sebelah tu mentor dia. Habis cerita. Lengoh juga nak siapkan cantingan sebesar tu. Macam mana la agaknya kalau dapat kain sepanjang empat meter? Tak dapat aku bayangkan.


Selesai berLADAP, cikgu-cikgu tak lepaskan peluang bershopping la pulak. Tengok tu... Masing-masing pegang beg batik. Lepas penat lelah melukis pasu dan mewarna batik, lepas geram membeli-belah la. Tu baru satu beg seorang. Last-last tu senget bahu masing-masing membimbit beg. Percaya tak? Ya la...mabuk tengok kain sutera murah-murah. 


Menjelang tengah hari, semua acara dah selesai. Tibalah masanya acara menyampaikan cenderamata kepada tuan rumah, sebagai tanda terima kasih menerima kunjungan kami. Terima kasih daun keladi. Cenderamata dari SKBTK disampaikan oleh EN Masran bin Khalil GPK Kokurikulum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads