Jumaat, 28 Disember 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Tuntutan Royalti: Lebih Baik Jadi Kaki Bangku dari Kaki Torak <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2012 11:23 PM PDT

Di hadapan 3,000 penonton di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Husam memberi tahu yang hadir " Mahkamah Dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tetapi status kedaulatan negeri telah wujud".

Mahkamah Dunia mana yang menetapkan status itu? Mana buktinya? Torak kepada yang yang tak tahu memang senang. Tapi itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun ketamadunan Kelantan telah dikesan daripada zaman pra-sejarah, tetapi di dalam sejarah moden, Kelantan telah berada di bawah naungan Raja Siam. Ia boleh dikesan sejak 1826 bila termeterai Perjanjian Burnley antara Raja Siam dan United Kingdom. Objektif utamanya ialah menetapkan kedudukan Negeri-Negeri Melayu.  Perjanjian ini mengiktiraf hak Raja Siam ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.  Manakala Raja Siam mengiktiraf hak Kerajaan British ke atas Penang dan hak British untuk berdagang dengan Kelantan dan Terengganu tanpa sekatan oleh Raja Siam.

Anglo-Siamese Treaty 1909 yang dimeterai oleh Raja Siam  dan Wakil United Kingdom di Bangkok pada 10 Mac 1909 pula menyaksikan negeri-negeri Melayu di bahagi dua. Patani, Narathiwat, Songkhla, Satun dan Yala kekal dibawah Raja Siam. Raja Siam melupuskan hak tuntutannya ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kepada United Kingdom untuk menjadi sebahagian daripada Great Britain.

Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kemudiannya di satukan dengan Johor dan dikenali sebagai The Unfederated Malay States (Negeri Melayu Tidak Bersekutu) dan dibawah pengawasan Penasihat British.

Ini adalah bukti pertama bahawa Kelantan bukan wilayah berdaulat seperti didakwa Husam. Hubungan diplomatik dan antarabangsa Kelantan ditentukan oleh kuasa lain. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ini sekadar memiliki autonomi yang lebih luas berbanding Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pada 8 Disember 1941, Kelantan telah diserang oleh Tentera Maharaja Jepun yang mengakibatkan Tentera British terpaksa berundur dari Kelantan. Sejak itu Kelantan telah diperintah oleh Tentera Jepun sehingga pentadbiran Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Raja Siam oleh Jepun. Sepanjang Perang Dunia Ke 2, Kelantan berada di bawah pentadbiran Raja Siam.

Pentadbiran Raja Siam ke atas Kelantan berakhir bila Jepun menyerah kalah. Kelantan kemudiannya diletakkan di bawah British Military Administration dan ditadbir oleh Tentera British sehinggalah perjanjian penyertaan ke dalam Malayan Union dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu. Pada 1 April 1946, Kelantan bersama Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersetuku, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat telah berada di bawah Malayan Union dan Pemerintah Tertingginya ialah Sir Edward Gent, Governor British pertama.

Ini adalah bukti kedua, Kelantan bukanlah Negeri Berdaulat seperti yang didakwa Husam.

Malayan Union berakhir pada Januari 1948. Pada 21 Januari 1948, Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent telah menandatangani The Federation of Malaya Agreement di King House, Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1948, Negeri-Negeri Melayu termasuk Penang dan Melaka telah membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Ia diketua oleh Pesuruhjaya British dan Penasihat British di negeri-negeri diganti dengan Ketua Menteri.

Persekutuan Tanah Melayu wujud dari 31 Januari 1948 sehingga 15 September 1963, sehari kemudian Malaysia ditubuhkan. Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka dari jajahan British dan ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara.

Ini adalah bukti ke 3 Kelantan bukanlah negeri berdaulat seperti di dakwa Husam. Ini kerana sekiranya Kelantan tidak membuat keputusan menyertai Persekutuan Tanah Melayu maka Kelantan akan kekal sebagai tanah jajahan British.

Negeri berdaulat adalah ditafsirkan seperti berikut,

"A sovereign state is a political organization with a centralized government that has supreme independent authority over georgraphic area".

Ternyata Negeri Kelantan tidak mempunyai autoriti ke atas wilayahnya dan sejak didokumentasikan dari 1826, nasib wilayah yang bernama Kelantan telah ditentukan oleh kuasa asing.

Husam layak dipanggil penipu. Bukankah begitu?

Oleh yang demikian, argumen Husam bahawa status kedaulatan negeri Kelantan telah wujud sebelum ia menyertai Persetukuan Tanah Melayu atau sebelum ia menyertai Malaysia adalah satu helah untuk mengaburi mata pendengarnya. Oleh yang demikian tidak timbul dakwaan Akta 144, Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah mencabar kedaulatan Negeri Kelantan seperti dakwaan Husam di sini.

Berita yang disiarkan oleh Malaysiakini itu bertajuk 'Kelantan Berhak Batal Perjanjian Dengan PETRONAS'. Seperti posting saya semalam, saya minta Kerajaan PAS Kelantan membuat permohonan untuk batalkan perjanjian suratcara 9 Mei 1975. Mengapa setakat bercakap sahaja. Kenapa tidak difailkan permohonan rasmi di Mahkamah?

Sebaliknya hari ini, Kerajaan PAS Kelantan hanya membuat permohonan supaya Mahkamah Persekutuan membenarkannya mengemukakan rayuan terhadap 3 tuntutan yang ditolak sebelum ini termasuk menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah, menolak permohonan PETRONAS untuk membatalkan saman dan memohon dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap PETRONAS sebelum ini, seperti dilaporkan oleh HarakahDaily hari ini. Panel 5 orang Hakim yang bersidang membenarkan permohonan tersebut setelah permohonan Kerajaan PAS Kelantan itu tidak dibantah oleh peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS.

Sekiranya peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak membantah, ini bererti Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mempunyai apa-apa masalah dengan tuntutan permohonan rayuan tersebut.

Dakwaan Husam bahawa ini petanda awal 'pintu gol lawan sudah ditembusi' adalah satu lawak jenaka.

Apa Kata Nik Aziz Bila Wakil Rakyat PAS <b>Kelantan</b> Sindir Suruh <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 07:02 PM PDT

October 18, 2012   ·   33 Comments

nik mazian

Nampaknya salah seorang wakil rakyat PAS di Kelantan bakal berhadapan dengan jutaan caci maki dan kutukan pedas apabila dia dilaporkan menyindir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk melepaskan "baton" yang dipegangnya sejak sekian lama.

ADUN Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed dalam kenyataan halusnya ketika sidang DUN membahaskan bajet negeri itu menasihatkan supaya mana-mana pemimpin yang sudah tua dan uzur supaya melepaskan jawatan kepada mereka yang lebih muda dan kuat.

Paling pedas, Nik Mazian menegaskan bahawa adalah sangat tidak sesuai bagi seseorang pemimpin yang sudah tua itu melepaskan "baton" ketika dia sedang berhenti untuk melegakan rasa lenguh di tengah jalan!

Kenyataan yang dalam dan pedas maksudnya itu dipercayai ditujukan kepada Nik Aziz apabila dia menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kesihatan Menteri Besar Kelantan itu yang sering uzur dan khuatir jika "baton" yang dipegangnya tidak sempat diserahkan kepada penggantinya…

Saya tertanya-tanya, apakah Nik Aziz akan terasa hati dengan sindiran yang tepat terkena di batang hidungnya itu?

Atau Nik Aziz hanya buat tak tahu sahaja, seolah-olah tidak faham dengan kiasan yang disampaikan oleh salah seorang pemimpin PAS Kelantan itu?

Pada saya, gesaan Dr. Nik Mazian yang meminta agar Nik Aziz meletak jawatan dan tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan Kelantan atau PAS itu membuktikan tentang sikap akar umbi PAS yang mahu Mursyidul Am PAS itu bersara secepat mungkin.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang rungutan dan gesaan beberapa rakan yang rapat dengan kepimpinan PAS yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan.

Namun ketika itu, puak-puak PAS begitu marah dan seolah-olah cuba menyembunyikan fakta yang ketika itu sedang hangat diperkatakan di kalangan akar umbi, khususnya golongan pro-ulama PAS yang sudah bosan dengan "fatwa sesat" Nik Aziz.

Hakikatnya, sememangnya betul dakwaan bahawa ramai puak-puak PAS, khususnya di Kelantan sedang tertunggu-tunggu persaraan Nik Aziz dalam masa terdekat disebabkan ketidakupayaan Menteri Besar Kelantan itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua sebuah negeri.

Mereka tahu tentang jadual ketat Nik Aziz yang terpaksa mengunjungi hospital untuk mendapatkan rawatan dan mereka juga tahu tentang keadaan Menteri Besar itu yang lebih banyak menghabiskan masa untuk tidur di pejabatnya.

Mereka juga sudah bosan melihat Mursyidul Am itu keluar masuk hospital dan gagal melaksanakan pentadbiran negeri itu dengan baik akibat kekangan kesihatan yang buruk dan usianya yang lanjut menyebabkan dia tidak faham banyak isu-isu moden yang berbangkit.

Malah ada di antara mereka yang mengaku malu dengan Nik Aziz yang tidak mampu memahami Bahasa Inggeris dengan baik, apatah lagi untuk bertutur dalam bahasa dunia tersebut.

Selain itu, dengan ekonomi Kelantan yang masih berada di takuk lama dan prestasi yang tidak stabil turut menyebabkan mereka merasa tidak puas hati terhadap "orang tua" itu.

Persoalannya, mahukah Nik Aziz mengikut dan menuruti gesaan nasihat ADUN Gaal serta golongan akar umbi PAS di Kelantan itu?

Pada pandangan saya, Nik Aziz tetap Nik Aziz dan saya menjangkakan dia akan "buat-buat bodoh" serta akan terus bertanding pada PRU ke-13 nanti sekaligus akan mempertahankan jawatan Menteri Besar Kelantan sekiranya dia menang di DUN yang ditandinginya.

Sebagaimana maklum, Nik Aziz memang degil, ego dan gilakan jawatan. Dan disebabkan sifat-sifat itulah dia akan terus memegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS sehingga ajal menjemputnya.

Cuma, saya mengharapkan agar ADUN Gaal tidak akan kecewa dan kecil hati selepas ini sekiranya "tiket ke syurga" miliknya ditarik balik dan dia bakal dihujani oleh pelbagai kutukan dari para penyokong "Nabi PAS" itu.

Harapan saya, usahlah pecat Dr. Nik Mazian. Bukan apa…nanti payah pula PAS nak menang bila ramai sangat pemimpin yang dipecat PAS..kan?

By


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads