Sabtu, 11 Februari 2012

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Penyu Nolong <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 11 Feb 2012 07:52 AM PST

Sudah masuk perlawanan ke 7, nampaknya pasukan Terengganu masih terkial-kial mencari keserasian. Kekalahan 2-1 kepada Kelantan tadi jelas menunjukkan kelemahan jentera tengah Terengganu dalam mengawal perlawanan. Penggunaan pemain import dari Brazil, Biano nampaknya benar-benar mengucar-ngacirkan barisan tengah Terengganu.

Perkara ini jelas kelihatan sejak perlawanan Terengganu menentang T-Team lagi dimana Terengganu menang 2-1 ketika T-Team hanya bermain 10 orang. Bagi aku, kemasukkan beliau dalam pasukan Terengganu adalah satu pembaziran. Kerana Terengganu sendiri mempunyai pemain tempatan yang sangat mantap di bahagian tengah seperti Syukor Jusoh, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi dan juga Nordin Alias. Dan bagi aku, Biano ni main terlalu slow, tidak sesuai untuk corak pemainan pantas.

Seperti dalam perlawanan menentang Kelantan tadi, hanya selepas kemasukan Syukor Jusoh, Terengganu mula mengimbangi bahagian tengah dan mula mencipta beberapa gerakan menyerang. Tindakan jurulatih Mat Zan Mat Aris memasukkan Abdul Hadi Yahya serta pemain muda, Syamsul Kamal pada perlawanan penting seperti ini merupakan kesilapan besar. Dua-duanya tidak menyerlah terutamanya Syamsul yang kelihatan masih belum serasi dengan Terengganu.

Aku jugak tak berkenan sangat dengan corak taktikal Mat Zan Mat Aris. Sebenarnya aku tak nampak pon apa taktik beliau. Macam berterabur. Mat Zan sepatutnya mengubah corak pemainan semasa separuh masa kedua tadi selepas ketinggalan 1-0. Hanya selepas ketinggalan 2-0, baru corak permainan Terengganu berubah. Itu pun dengan kemasukkan Joseph Kalang Tie, Manaf Mamat dan Syukor Jusoh. Kalau tak, memang tak dapat la satu gol saguhati tu.

Aku rasa kalau ketiga-tiga pemain ini dimasukkan dari awal, memang kena makan dah skuad Kijang ni.

Pujian harus diberikan buat barisan pertahanan Terengganu yang kental bertahan menerima asakan pasukan Kelantan terutamanya di separuh masa kedua. Dan juga buat Sharbinee Allawee yang menyelamatkan sepakan penalti Ghaddar. Kalau tak, memang malu la kalau bolos tiga gol. Aku harap, corak permainan Terengganu akan berubah selepas ini.

Buat Kelantan, jual lah Ghaddar tu. Barisan pemain tempatan anda sudah cukup power aku tengok. Kepada pengadil, mu bodo!

p/s: Aku menulis hanya suka-suka dan mengikut emosi.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Haji Abdullah Tahir <b>Bunut Payong</b> - blog*spot

Posted: 08 Feb 2012 05:27 AM PST

Haji Abdullah Tahir Bunut Payong (20 Jun 1897 - 15 Ogos 1961), merupakan salah seorang 'ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh dan pengasas Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh Semenanjung. Seangkatan dengan haji Ali Pulau Pisang, Hj Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj Saad Kangkong, Hj Ahmad Batu Tiga Repek, Hj Saleh Pedada dan lain-lain.
Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Muharram 1315 H. bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj Ahmad b. Mohd Zain yang berasal dari Kg. Chepa, Kedai Lalat, Kelantan pernah berkhidmat sebagai Imam Tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920).
Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mukhtar Bogor, Syeikh Said al-Yamani, Syeikh Mohd. Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.
Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan pondoknya sendiri di Bunut Payong yang diberi nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok Semenanjung Melayu sebagai pusat pengajian pondok yang berprestij.
Di Pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang keras lagi tegas.
Kerana kegigihannya yang sedemikian maka tidak peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid berilmu tinggi seperti Hj. Husain Rahimi, Hj Nik Man Sungai Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumboh dan lain-lain. Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah 'Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan untuk beberapa penggal (seawal 1932).
Kematian fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan 15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang tokoh ilmuwan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Dari Minda Mohd Nasron Hashim: Jajahan Kuala Krai Dan Machang

Posted: 10 Feb 2012 01:35 AM PST

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
KUALA KRAI merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35.
Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.
Sebelum tahun 1977, Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Bandar Kuala Krai ketika itu bertindak sebagai ibu jajahan Ulu Kelantan. Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini iaitu Majlis Daerah Kuala Krai (bagi kawasan utara jajahan) dan Majlis Daerah Dabong (bagi kawasan selatan jajahan).
Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Dua sungai utama iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.
MACHANG merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim yang terletak di tengah negeri Cik Siti Wan Kembang. Machang mempunyai lebih kurang 82,653 orang penduduk (tahun 2005). Machang juga merupakan nama sejenis pokok buah.
Terdapat 6 daerah di Machang iaitu Labok, Pulai Chondong, Panyit, Pangkal Meleret, Ulu Sat, dan Temangan. Jumlah mukim di Machang ialah 30.
Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.
Antara tarikan sejarah di sini ialah Menara Masjid Pulai Condong. Salah satu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA juga bertempat di Machang. 
Antara tempat menarik di Daerah Machang yang sering dikunjungi oleh orang ramai ialah kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok, Jeram Linang dan Taman Rekreasi Bukit Bakar.

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Dia buat dah: Resort bertukar karaoke diserbu

Posted: 10 Feb 2012 07:04 PM PST



INILAH resort yang diubah suai menjadi pusat karoake di Pantai Perupok, Bachok kelmarin.

BACHOK - Tidak serik. Tidak sampai sebulan selepas kali pertama diserbu, sebuah resort yang diubah suai menjadi pusat karaoke di Pantai Perupok dekat sini diserbu sekali lagi kerana didapati terus menjalankan kegiatan tersebut malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, bertindak atas maklumat awam dan hasil risikan selama seminggu, sepasukan lapan anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohd. Kamal Bawa menyerbu premis berkenaan pada pukul 12.10 malam.

Menurut beliau, dalam serbuan tersebut polis menahan enam orang pelanggan terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 51 tahun.

"Mereka yang ditahan termasuklah seorang guru dan dua pelajar termasuk salah seorang penuntut di sebuah kolej manakala yang lain merupakan nelayan dan peniaga.

"Ketika serbuan, terdapat tiga pelanggan termasuk seorang perempuan berada dalam sebuah bilik dan sedang menyanyi manakala tiga lagi juga termasuk seorang remaja perempuan berada di depan premis berkenaan dipercayai menunggu giliran untuk berkaraoke," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Kereta Meletup Kena Peluru Berpandu <b>di Tumpat</b> | Oyak!

Posted: 05 Jan 2012 05:55 AM PST

Tumpat, 5 Januari 2012. Sebuah kereta meletup di Tumpat apabila terkena peluru berpandu.

Ketika kejadian, dua kanak-kanak, Wan Ariq Ulwan dan Wan Damia Ulwan sedang bermain di tepi kereta ketika peluru berpandu menghentam kereta terbabit.

Walau bagaimana pun, nasib kedua kanak-kanak tersebut amat baik kerana sempat diajar ilmu kebal. Jadi keduanya keluar dari letupan dengan hanya sedikit cedera di hidung dan hanya Wan Ariq yang hilang selipar apabila Ariq terpijak tahi lembu, akibat tiada air untuk basuh, maka selipar terpaksa ditinggalkan.

Mereka terus pulang ke rumah Tok We dan Tok Che untuk makan nasi dan claim daripada Tok We untuk selipar baru.

Laporan, acoms.

Related posts:

  1. Bermain di Pantai Seri Tujuh
  2. Ariq dan Damia
  3. Pelukis Jalanan
  4. Dapur Damia
  5. Ariq digoda??
  6. Eeeee……
  7. Damia main mata..

ads