Rabu, 7 Mac 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: <b>Kelantan</b> tidak ganggu bukan Islam beribadat

Posted: 03 Mar 2012 11:27 PM PST


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur kerana kini ramai dari kalangan kaum Cina dan India menyokong PAS termasuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas sokongan memberangsangkan dari pelbagai kaum dan tokoh agama khasnya terhadap kepimpinan Kelantan diketuainya kini.

"Baru-baru ini beberapa tokoh agama di Malaysia termasuk dari Kristian, Buddha dan lain-lain agama, datang ke Kelantan dan mereka berjumpa saya mengucapkan terima kasih banyak bahawa Kerajaan Kelantan tidak pernah mengganggu mereka termasuk dalam urusan ibadat," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam PAS Kawasan Bachok di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Bachok yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasharuddin Mat Isa, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed, Adun Tawang Hassan Mohamood dan Adun Jelawat Abdul Aziz Kadir, kepimpinan PAS Kawasan Bachok dan para dermawan.

Mengulas peranan ahli dan pemimpin PAS, beliau menyeru semua pihak memainkan peranan masing-masing terutama menjelang Pilihan Raya ke-13.

"Bagi mereka yang ada mulut, bercakap. Ahli yang boleh memanjat pokok, panjat untuk menampal poster parti.

"Mereka yang ada wang, menderma. Yang berkebolehan dalam internet, gunakan internet, semuanya untuk memberikan kemenangan kepada Islam dalam semua segi," ujarnya.

Mursyidul Am PAS itu juga berkata, antara langkah manusia bagi mengelak diri daripada api neraka di akhirat kelak ialah berusaha memperbetulkan urusan pemerintahan negeri dan negara.

Sehubungan itu, ujarnya antara usaha wajib dilakukan para pemikmpin ialah memperbetulkan hal ehwal pemerintahan di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya.

"Ini penting supaya betul sebagaimana kehendak 'tuan punya' iaitu Allah SWT.

"Jadi oleh demikian, wajib kita menggunakan parti, bahkan menolong parti dalam usaha memberi kemenangan kepada dasar Islam, dan ini kita telah buat sungguh-sungguh sejak lama dahulu khususnya sejak 1990," jelasnya.

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Relexon Machinery: KERJA-KERJA PAIP <b>DI</b> FELDA <b>CHIKU</b>, GUA <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2011 11:18 PM PST

Kami menyediakan perkhidmatan penyewaan jentera seperti Skylift, Excavator, Backhoe, Lorry Tipper, Welding Generator, Electrofusion Machine, Buttfusion Machine, Mixer dan juga Audio System.

kami juga menjalankan kerja-kerja tanah seperti :

mengambil upah membersih, merata, menggali, menambak, membuat teres dan lain-lain menggunakan excavator.

kerja-kerja jangka masa panjang amat dialu-alukan dan harga boleh dirunding.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Nasib Baik Ada MAT SABU « PAS Untuk Kesejahteraan Ummah

Posted: 23 Feb 2012 06:48 AM PST

Abang Mat diterima baik, disambut bagai seorang MB di Manek Urai. Ana seronok sangat. Rupanya ada lagi pemimpin PAS di peringkat nasional yang mampu menarik perhatian pengundi di Kelantan. Almaklum, kedatangan seorang pemimpin PAS Pusat ke Manek Urai baru-baru ini gagal. Tak ramai orang. Orang dah tak berapa nak sambut pemimpin kita sendiri. Payah kalau macam ini.

Peristiwa cemas penduduk di Dun Manek Urai pada Julai 2009, diserang umpan kebendaan kini semakin dilupakan.

Sebaliknya hari ini mereka bangkit mengumpulkan semula kekuatan lama, ketika PAS hanya tinggal dua kerusi Dun pada pilihan raya umum 1978 di Kelantan.

Ketika itu PAS hanya bertahan di Dun Manek Urai dan Sering (Panchor).

Longgokan duit dikatakan diangkut menggunakan helikopter ditabur menjelang hari pengundian pada 14 Julai 2009, menambah semangat penduduk bagi mempertahankan PAS.

Semangat lama dibangkit kembali apabila ramai penduduk memenuhi program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di padang Majlis Daerah Dabong di Manek Urai Lama petang semalam.

Semangat berkobar-kobar turut dipamerkan anak muda apabila seramai 100 belia menyambut dan mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke program berkenaan.

Abang Mat masih lagi seorang pemimpin yang disayangi oleh rakyat, terutamanya di Kelantan. Ana nak ingatkan PAS Kelantan, jangan nak ambil mudah dengan Tok Pa yang kerja keras di Kelantan. Bersungguh dia. Kita pun tengok jadi penat. Maklumlah, dia banyak duit rakyat yang boleh pakai. Kita kurang.

Sekarang ini, slogan mereka adalah TUKAR. Kononnya TG Nik Aziz dah tua. Dah nyanyuk. Ramai juga orang muda PAS yang mula rasa benda sama. Ini perlu buat kita fikir elok-elok. Jangan emosi. Apakah cara mereka serang TG ini akan berhasil. Kalau ikut tahun-tahun dulu, kalau serang sangat TG – akan backfire. Kita tengok lah nanti.

Tapi, melihat Abang Mat diterima baik di Manek Urai. Insya'Allah, kita kekal jadi kerajaan.

Cuma kita kena hati-hatilah. Sekarang mereka serang Kelantan sebagai negeri miskin. Hina sangat nampaknya kita.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Mustapa sedia tanding 2 kerusi <b>di</b> Jeli | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2012 08:44 PM PST

PASIR PUTEH: 05 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bersedia menggalas tugas untuk bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Jeli pada Pilihan Raya Umum ke-13 jika diarahkan pucuk pimpinan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, beliau juga bersedia bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Jeli saja yang disandangnya jika dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya juga bersedia untuk tidak bertanding langsung jika tidak diperlukan," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis ramah mesra peti undi Kampung Bukit Abal di sini, malam tadi, yang dihadiri 300 penduduk kampung.

Mustapa pernah bertanding bagi dua kerusi iaitu Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas pada pilihan raya umum 1999 dan menang kedua-dua kerusi berkenaan.

"Yang penting sekarang saya akan terus berjuang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum kelak," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan perkembangan terkini, BN mempunyai peluang mencapai kemenangan sekurang-kuranya 23 kerusi daripada sejumlah 45 DUN di Kelantan.

"Kalau semua pihak sanggup kerja kuat bersama saya tanpa ada sabotaj tidak mustahil BN dapat memenangi 30 kerusi," katanya.
Mustapa berkata, UMNO Pasir Puteh berpotensi memenangi keempat-empat kerusi DUN iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising berasaskan semakin ramai anggota PAS dan kumpulan atas pagar menyertai BN.

Katanya, gandingan golongan muda, veteran UMNO dan mereka yang mempunyai pendidikan agama akan dipilih bertanding pada pilihan raya yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

teganuku: Liga Super - Terengganu Ekori <b>Kelantan</b> Sebagai <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2012 11:29 AM PST


 Mohd Ashari (kiri) berjaya merebut bola dari pemain Kuala Lumpur, Muhd Syafiq pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Terengganu terus mengancam pendahulu Liga Super, Kelantan apabila merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur di gelanggang lawan, malam kelmarin pada hari yang menyaksikan Kedah bangkit garang mencipta kejutan besar membenam Selangor di Alor Setar.

Apa pun, kemenangan Terengganu gagal membantu mereka memintas The Red Warriors kerana perbezaan jaringan walaupun kedua-dua pasukan pantai Timur itu terikat 17 mata.

Malah, kemenangan Kelantan semalam di Kota Bharu ke atas Negeri Sembilan, menjarakkan mata Kelantan kini menjadi 20.

Kedah harus ceria dengan gol tunggal pemain import baru, Safi Alfatah menerusi sepakan penalti untuk penyokong Hijau Kuning kembali ceria.
  Pemain Sabah, Zainizam Marjan dihalang pemain Johor FC, Ahmad Fauzi Saari (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.  

Sabah juga mencari cengkaman selepas bangkit untuk menewaskan Johor 2-1 di Stadium Likas.

Kedah  yang menduduki tangga kedua tercorot sebelum perlawanan berjaya mencipta kejutan besar menewaskan Selangor 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam semalam dengan pelawat terpaksa beraksi 10 pemain pada baki 30 minit terakhir.

Babak pertama terikat tanpa jaringan dengan Kedah memperoleh banyak peluang khususnya menerusi Khyril Muhymeen Zambri yang gagal manfaatkan dua peluang keemasan apabila hanya berdepan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Pada minit ke-57, pengadil Maswari Mislan menghadiahkan sepakan penalti kepada Kedah selepas pemain pertahanan dari Lubnan, Ramez Dayoub secara sengaja menampan dengan tangan dan terus dilayangkan kad merah.

Walaupun sepakan itu mahu diambil oleh Safi Alfatah, Badrul Bakhtiar meletakkan bola di tanda penalti dan terus mengambil sepakan yang terkena tiang kiri, lalu terselamat Selangor daripada ketinggalan.

Maswari sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-83 selepas Khyril dijatuhkan dan kali ini sepakan itu diambil Safi yang menendang ke sebelah kanan Norazlan.


Pemain Perak, Lazar Popovic (kiri) dihalang pemain PKNS pada di Stadium Petaling Jaya malam semalam.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, hasrat Perak memintas Kelantan sebagai penghuni sementara tangga teratas liga tidak kesampaian apabila mereka sekadar seri 2-2 dengan PKNS.

Perak terpaksa bangkit dua kali menerusi jaringan Fazrul Hazli Kadri (42) dan penalti Michal Kubala (79) selepas mereka ketinggalan hasil jaringan Helmi Remeli (20) dan Fauzan Dzulkifli (56).

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah berjaya meraih tiga mata penuh di laman sendiri menerusi jaringan Rozaimi Abd Rahman (30) dan Shahrudin Yakup (80) selepas ketinggalan menerusi jaringan Arthur.

Sumber: Berita Harian
Sumber Henrique (28).

ads