Isnin, 30 April 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Muhyiddin Lancar Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah | Detik <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 04:23 AM PDT

BACHOK – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Selasa melancarkan Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berlandaskan Syariah, yang menyediakan dana berjumlah RM2 bilion, bagi membantu pengusaha PKS seluruh negara.

Muhyiddin berkata skim pembiayaan itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 lepas itu akan memberikan pembiayaan berlandaskan Syariah yang dapat membantu pengusaha PKS meningkatkan perniagaan ekonomi mereka.

"Saya ucapkan syabas atas usaha mewujudkan skim pembiayaan ini yang mencerminkan pihak swasta juga bersungguh-sungguh menyokong usaha kerajaan Pusat untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

"Sukacita saya umumkan bahawa skim pembiayaan ini akan dikendalikan sebanyak 13 institusi perbankan Islam yang mengambil bahagian dengan kerajaan Persekutuan akan membiayai dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan bank itu," katanya ketika Merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana Serta Pelancaran Skim Pembiayaan PKS Berlandaskan Syariah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Perdana, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi SME Corporation Datuk Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM).

Lebih 15,000 pengunjung hadir pada program tersebut.

Muhyiddin berkata Malaysia mempunyai sistem kewangan Islam yang lengkap merangkumi takaful dan perniagaan saham dalam Bursa Kuala Lumpur dan juga mempunyai pasaran kewangan antarabangsa di Labuan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan pasaran wang antarabangsa.

"Semua ini dapat kita capai di bawah teraju kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya memperkenal dasar dan sistem yang lengkap untuk menggalakkan dan mengawal selia perkembangan perbankan Islam hingga banyak negara ingin menjadikan Malaysia sebagai contoh," katanya.

Beliau juga berkata usahawa di Kelantan tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Pusat bagi meningkatkan daya saing produk dan perkhidmatan mereka melalui pengurangan kos untuk menjalankan perniagaan.

"Dari segi pelaburan, sehingga kini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sudah meluluskan insentif untuk tiga projek PKS di negeri Kelantan dengan modal pelaburan domestik keseluruhan bernilai RM6.2 juta. Ketiga-tiga projek itu menyediakan 116 peluang pekerjaan dalam bidang tekstil di kelantan," katanya.

Menurutnya SME Corporation pula di bawah kendalian Malaysian Industrial Development Finance Berhad dimanfaatkan 71 permohonan di Kelantan dengan kelulusan bernilai RM42.97 juta.

Beliau berkata rakyat Kelantan perlu memikirkan masa depan mereka terutama untuk merancakkan lagi ekonomi negeri itu dengan memilih BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Formulanya mudah. Sokong BN dan kita akan buat apa yang Kelantan gagal buat dan ini semua untuk rakyat," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin melawat Pasar Siti Aishah di Jelawat di sini serta beramah mesra dengan 350 peniaga kecil di situ.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih pasar yang dibina pada zaman kerajaan BN dahulu. – Bernama

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Mat Sabu pulih semangat penduduk <b>Manek Urai</b>

Posted: 21 Feb 2012 02:56 AM PST

KUALA KRAI, 21 Feb: Peristiwa cemas penduduk di Dun Manek Urai pada Julai 2009, diserang umpan kebendaan kini semakin dilupakan.

Sebaliknya hari ini mereka bangkit mengumpulkan semula kekuatan lama, ketika PAS hanya tinggal dua kerusi Dun pada pilihan raya umum 1978 di Kelantan.

Ketika itu PAS hanya bertahan di Dun Manek Urai dan Sering (Panchor).

Longgokan duit dikatakan diangkut menggunakan helikopter ditabur menjelang hari pengundian pada 14 Julai 2009, menambah semangat penduduk bagi mempertahankan PAS.

Semangat lama dibangkit kembali apabila ramai penduduk memenuhi program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di padang Majlis Daerah Dabong di Manek Urai Lama petang semalam.

Semangat berkobar-kobar turut dipamerkan anak muda apabila seramai 100 belia menyambut dan mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke program berkenaan.

Perarakan motosikal kapcai sejauh dua kilometer dengan mengibarkan bendera hijau seperti menenggelamkan aura kedatangan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Manek Urai Baru dua minggu lalu.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, berbeza jauh apabila rakyat datang beramai-ramai tanpa perlu diangkut pada program yang diadakan di Markas PAS Kampung Manek Urai Lama.

"Berbeza dengan kehadiran TPM apabila guru-guru dan kakitangan kerajaan pusat dikerah hadir sehingga pelajar dibenarkan pulang awal pada hari berkenaan.

"Kita boleh lihat sendiri dua situasi yang berbeza. Saya nampak rakyat di Dun Manek Urai bangkit semula selepas mereka dikejutkan pada pilihan raya kecil lebih dua tahun lalu," katanya ketika ditemui di program berkenaan.

Menurutnya kedatangan Timbalan Presiden PAS seperti memulihkan semula semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dun Manek Urai.

Program Pemimpin Bersama Rakyat dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri bermula jam 3 petang. Hadir pegawai penerangan urusetia terbabit, Norhashimah Deraman.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


KedahLanie.info: Vedran Gerc senjata Kedah <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 19 Apr 2012 06:00 PM PDT

ALOR SETAR – Kehilangan khidmat tiga tonggak tidak melunturkan semangat Kedah untuk mencipta peluang dengan sasaran sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV esok.

Selesa dengan status bukan pilihan, skuad Kenari bakal mempertaruhkan beberapa pemain berpengalaman seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen Zamri, Mohd. Fauzi Nan, Amar Rohidan, Mohd. Faizal Abu Bakar dan Sabree Abu untuk mengimbangi kekuatan Kelantan yang dilabelkan sebagai pasukan pilihan.

Kehadiran penyerang import dari Crotia, Vedran Gerc yang meledak dua gol pada penampilan sulungnya Selasa lalu, turut memberi keyakinan kepada pasukan Hijau Kuning apabila digandingkan bersama Mohd. Khyril Muhymeen untuk mencari jaringan sebagai bekalan untuk perlawanan separuh akhir kedua di gelanggang sendiri kelak.

Skuad Hijau Kuning bagaimanapun mungkin terpaksa menerima hakikat kehilangan khidmat perancang import, Safi Elfatah dan V. Thirumurugan yang belum pulih daripada kecederaan serta Khairul Helmi Johari yang digantung satu perlawanan.

Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan berkata, dalam saingan peringkat tersebut, amat penting untuk memastikan gawang Kedah tidak dibolosi dan pada masa sama perlu mencari jaringan sebagai bekalan sebelum perlawanan timbal balik di Stadium Darul Aman pada 1 Mei ini.

Katanya, kesebelasan Sang Kenari tidak perlu gentar dengan prestasi memberangsangkan Kelantan dalam saingan Liga Super kerana Piala FA merupakan pertandingan yang berbeza.

"Para pemain diingatkan agar bertahan dengan kental dan mempamerkan corak serangan yang berkesan kerana jaringan gol dapat menaikkan semangat pasukan menjelang perlawanan timbal balik nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Justeru kata Wan Jamak, para pemain Kedah tidak boleh hilang fokus dan perlu memberi komitmen seratus peratus pada pertemuan itu untuk mencerahkan peluang mara ke perlawanan akhir.

Katanya, sedikit kealpaan boleh mengundang dengan kesebelasan Hijau Kuning mesti berjuang sehingga tiupan wisel terakhir perlawanan jika tidak mahu berputih mata

sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm (20/04/2012)

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Konvoi Kembara Jalinan Kasih <b>Di Kelantan</b> | Qalish.com

Posted: 30 Apr 2012 05:43 AM PDT

30/04/2012 18:52:00

Konvoi Kembara Jalinan Kasih, KJK, anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dilancarkan pagi tadi sempena Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan.

Majlis pelancaran disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Paloh, Datuk Paduka Norzula Mat Diah.

Hadir sama, ADUN Galas, Abdul Aziz Yusoff dan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Ibrahim Abdul Rahman.

Dalam ucapannya, Datuk Paduka Norzula menyambut baik usaha Jabatan Penerangan Malaysia dan menyeru ia diteruskan sebagai salah satu medium menerangkan dasar-dasar serta kejayaan yang telah dicapai kerajaan untuk kemudahan rakyat.

Konvoi KJK yang bermula dari 30 April hingga 2 Mei 2012 bertujuan mempromosikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak pada 4 Mei 2012 di Padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.

Konvoi membabitkan 10 kenderaan dengan 40 peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia di seluruh Semenanjung, Sukarelawan Komuniti 1Malaysia dan ahli Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia.

Konvoi akan merentasi tiga kawasan DUN iaitu Nenggiri, Paloh dan Galas, semuanya di bawah Parlimen Gua Musang, Kelantan.

20,000 risalah berkaitan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan akan diedarkan kepada penduduk tempatan sepanjang tempoh KJK ini selain lawatan rumah ke rumah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 500 buah keluarga  berbilang bangsa yang kurang berkemampuan.


TV3 Stesyen TV Portal Pertama

Tags: , , , ,

Konvoi Kembara Jalinan Kasih <b>Di Kelantan</b> - TV3

Posted: 30 Apr 2012 03:52 AM PDT

30/04/2012 18:52:00

Konvoi Kembara Jalinan Kasih, KJK, anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dilancarkan pagi tadi sempena Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan.

Majlis pelancaran disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Paloh, Datuk Paduka Norzula Mat Diah.

Hadir sama, ADUN Galas, Abdul Aziz Yusoff dan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Ibrahim Abdul Rahman.

Dalam ucapannya, Datuk Paduka Norzula menyambut baik usaha Jabatan Penerangan Malaysia dan menyeru ia diteruskan sebagai salah satu medium menerangkan dasar-dasar serta kejayaan yang telah dicapai kerajaan untuk kemudahan rakyat.

Konvoi KJK yang bermula dari 30 April hingga 2 Mei 2012 bertujuan mempromosikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak pada 4 Mei 2012 di Padang Pusat Sivik, Gua Musang, Kelantan.

Konvoi membabitkan 10 kenderaan dengan 40 peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia di seluruh Semenanjung, Sukarelawan Komuniti 1Malaysia dan ahli Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia.

Konvoi akan merentasi tiga kawasan DUN iaitu Nenggiri, Paloh dan Galas, semuanya di bawah Parlimen Gua Musang, Kelantan.

20,000 risalah berkaitan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan akan diedarkan kepada penduduk tempatan sepanjang tempoh KJK ini selain lawatan rumah ke rumah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 500 buah keluarga  berbilang bangsa yang kurang berkemampuan.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Laman Bestari SK Kubang Kerian 2: Jasamu Disanjung Cikgu Pn <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 08:44 PM PDT

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 22 Mac 2012,Satu majlis persaraan telah diadakan di Dewan Harmoni.Puan Hjh Midah dilahirkan di sebuah pondok yang terletak bersebelahan dengan Pasar Segar, Kubang Kerian. Beliau merupakan anak ke dua dalam sebuah keluarga sederhana, tetapi kaya dengan budi bahasa. Beliau telah mendapat didikan awal si SKKK 1, kemudian meneruskan pengajian sehingga tingkatan 6. menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bharu.Beliau mula mengajar di SMK Chukai, Kemaman, Terengganu pada tahun 1978, memegang jawatan sebagai warden Asrama perempuan di samping menjadi AJK PIBG, jurulatih tarian sekolah dan jurulatih Bola Tampar. 
        Beliau bertemu jodoh dengan seorang jejaka pilihan yang bergelar guru iaitu AB.Wahab b. Salleh, yang juga sama sama bertugas di sekolah itu.Setelah sembilan tahun bertugas di perantauan, barulah kembali bertugas di negeri tumpah darah tercinta iaitu di SK. Demit ,1987.
Tahun 2000, beliau berhijrah ke SK Kubang Kerian 2.

Beliau mengajar tahun 5 (PDL) dan tahun 6 (UPSR) selama 30 tahun. Sanggup berhempas pulas dan berpenat lelah dengan dengan kelas tambahan siang dan malam, demi kecermelangan murid dan menjulang gahnya nama sekolah.Beliau pernah ditawarkan sebagai Penyelia Petang di SK. Belimbing, Tanah Merah, tapi demi cintakan murid tahun 6, Tawaran itu ditolak.
Antara Sumbangan Cikgu Puan Midah adalah :
*Pemeriksa kertas BM Penulisan UPSR (LPN)dari tahun 2000-2007, kemudian menarik diri atas alasan kesihatan.Ketua Panitia BM selama beberapa tahun disekolah ini, juga pernah menjadi setia usaha BM.
*Beliau pernah menjadi Bendahari PIBG dari tahun 2000 – 2004,yang mana PIBG sekolah pada masa itu pernah di nobatkan sebagai JUARA di negeri kelantan.
*Beliau menjadi jurulatih syair selama 2 tahun berturut turut yang berjaya menjadi johan di negeri Kelantan


*Beliau juga pernah menjadi jurulatih bercerita yang berjaya ke peringkat kebangsaan pada tahun lepas.
           Sekarang beliau telah bergelar nenek kepada dua orang cucu, daripada anak sulung perempuan yang juga seorang guru.
 


ads