Isnin, 18 Jun 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Ary Bundle: KEMEJA COMME CA ISM

Posted: 15 Jun 2012 10:30 PM PDT




03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


IPOH MALAY: PAS Belum Puas Hati Dengan Rakyat Johor

Posted: 17 Jun 2012 01:25 AM PDT


Hadi Awang Gelar Johor "Ekor Cicak"



Selepas Nizar mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada Sultan Johor berhubung nombor WWW1, kini giliran Hadi Awang pula menghina Johor dengan umpamakan negeri itu seperti "ekor cicak".
Sebelum ini Hadi Awang pernah juga menghina masyrakat Sarawak pakai cawat lagi dalam pilihan raya kecil Manek Urai. 
11 Julai 2009, ketika berkempen dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Hadi Awang pernah mengatakan seperti berikut "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," (baca sini). Sampai hari ini Hadi Awang belum lagi minta maaf.


Kali ini Hadi Awang menghina Johor pula. Abdul Hadi menyatakan rakyat Johor perlu berubah dengan menyokong pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu ketinggalan dan menjadi seperti 'ekor cicak'.

Selanjutnya baca di sini.
Entah pada waktu bilakah polis dan tentera menyokong Pakatan Haram jika mereka tidak sudah-sudah memaki hamun polis . Hadi Awang dengan konfiden menyebut bahawa mereka disokong oleh polis. Presiden PAS dibolehkan menipu oleh ajaran agama PAS.


Selepas Nizar mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada Sultan Johor berhubung nombor WWW1, kini giliran Hadi Awang pula menghina Johor dengan umpamakan negeri itu seperti "ekor cicak".
Sebelum ini Hadi Awang pernah juga menghina masyrakat Sarawak pakai cawat lagi dalam pilihan raya kecil Manek Urai. 
11 Julai 2009, ketika berkempen dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Hadi Awang pernah mengatakan seperti berikut "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," (baca sini). Sampai hari ini Hadi Awang belum lagi minta maaf.


Kali ini Hadi Awang menghina Johor pula. Abdul Hadi menyatakan rakyat Johor perlu berubah dengan menyokong pakatan pembangkang sekiranya tidak mahu ketinggalan dan menjadi seperti 'ekor cicak'.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Pegawai Polis, Dua Lagi Maut Nahas <b>Di Machang</b>

Posted: 15 Jun 2012 02:15 AM PDT

MACHANG – Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Abdul Wahab Yaacob, dan dua lagi terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di KM35, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai di sini awal hari ini.

Abdul Wahab, 56, dan Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Krai, maut di tempat kejadian apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut mengorbankan Membunga Mamat, 60, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Membunga, Mohd Saari Asmawi, 36, dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata jenazah Abdul Wahab akan dihantar ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan di Segambut hari ini. Allahyarham meninggalkan isteri dan empat anak.

"Jenazah Abd Kadir pula akan dihantar ke Ulu Cheka, Jerantut sebelum dikebumikan di kampung halamannya itu," katanya.

Allahyarham Abd Kadir meninggalkan isteri dan enam anak.

Lebih 30 anggota keluarga ketiga-tiga mangsa tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di Hospital Machang semasa menunggu bedah siasat selesai.

Anak sulung Abd Kadir, Farid Ikhwan, 21, berkata beliau menerima panggilan kira-kira 2.30 pagi daripada seorang saudaranya mengenai kemalangan yang menimpa ayahnya yang baru sebulan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.

Sejurus menerima panggilan mengenai nahas yang menimpa bapanya, beliau yang tinggal di Kubang Kerian bergegas ke tempat kejadian.

"Kali terakhir saya bertemu dengan ayah ialah dua minggu lalu ketika ayah pulang bercuti," katanya. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Unit AMAL & Nisa DUN <b>Demit</b> Turut Serta Membantu Mangsa Banjir <b>Di</b>

Posted: 18 Dec 2007 05:49 PM PST

Kenangan ketika menghantar Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

KOTA BHARU, 18 Dis. Biar pun langit kelihatan cerah, namun kampung-kampung yang terletak tidak jauh dari Sungai Golok semakin banyak ditenggelami air bah.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri jumlah mangsa banjir di Pasir Mas setakat jam 10 pagi tadi meningkat kepada 7,906 orang, manakala di Tanah Merah berkurangan kepada 738 orang dan Kuala Krai (72 orang).

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan pagi tadi seramai 10,756 orang. Paras air di Tangga Krai, Kuala Krai 24.9 meter, Jambatan Guillemard di Tanah Merah 16.61 meter dan Tambatan Diraja 5.10 meter iaitu melepasi paras bahaya, katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya jumlah mangsa banjir semakin meningkat di Rantau Panjang disebabkan limpahan daripada air Sungai Golok ekoran pelepasan air di sebuah empangan di Selatan Thailand.

Manakala jalan-jalan yang masih ditutup kepada lalu lintas iaitu di Km 55 jalan Kuala Krai Gua Musang akibat tanah runtuh.

Oleh itu kata jurucakap tersebut laluan alternatif bagi pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu boleh melalui jalan raya Gua Musang – Jeli melalui Jelawang.

Bagaimanapun di Km 30 jalan raya Gua Musang Jeli berlaku runtuhan tanah berhampiran Sekolah Kebangsaan Jelawang petang semalam. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan sekarang, katanya.

Namun menurut sumber jalan itu masih boleh dilalui kepada semua jenis kenderaan.

Jalan ke Pantai Cahaya Bulan yang ditutup sebelum ini sudah boleh dilalui sepenuhnya.

ImageDi RANTAU PANJANG, kawasang yang paling terjejas teruk akibat dilanda banjir. Pasukan Unit Amal Kelantan dan Nisa kini bekerja keras membantu mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi sejak Sabtu lalu. Unit Amal & Nisa DUN Demit juga turut menghantar wakil bagi membantu mangsa-mangsa disana.

Di kawasan itu terdapat 1,800 penduduk yang dipindahkan dari beberapa kampung yang terjejas teruk akibat paras air Sungai Golok melimpah.

Bendahari Unit Amal Kelantan, Rosli Abdul Samad berkata, terdapat sembilan keluarga yang tinggal di pusat pemindahan tersebut sejak seminggu lalu.

Anggota Nisa seramai 40 orang juga membantu mangsa-mangsa banjir di Gual Periuk dan Kubang Kual, Rantau Panjang sejak beberapa hari lalu. Unit Amal mulai turun padang membantu mangsa banjir di Tanah Merah sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun kawasan itu kini air sudah surut dan anggota Nisa juga membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah-rumah mereka, katanya.

Baru-baru ini, seramai 90 keluarga berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Suria, Tanah Merah. Mereka dibantu 10 anggota Unit Amal dan Nisa terutamanya aspek penyediaan makanan.

Rosli juga berkata, Unit Amal dari kawasan-kawasan yang tidak dilanda banjir turut tampil membantu mangsa-mangsa banjir di Tumpat dan Rantau Panjang.

Kita juga akan mengerahkan semut merah (Unit Amal) bagi membantu mangsa-mangsa banjir seperti dilakukan di Johor tahun lepas untuk membersihkan rumah-rumah mereka, ujarnya.

Unit Amal Kelantan & Demit mempunyai pengalaman luas dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas, termasuk kawasan yang terjejas teruk. Boleh rujuk kepada artikel lepas di link ini: Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

Selain itu, Dewan Muslimat PAS dan Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) turut turun padang bagi membantu mangsa-mangsa banjir. –SyGz

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti menguasai pelbagai bidang ilmu <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2012 02:11 PM PDT

Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

MURID Tok Kenali Kelantan yang menjadi ulama besar yang terkenal memang ramai. Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti al-Kalantani termasuk salah seorang di antara mereka. Perjuangan jihad keilmuan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, sama ada dalam penerapan di ruangan mengajar mahu pun menyebarkan pengkaryaan tulisan mempunyai sistem yang tersendiri. Jika kita menoleh ke belakang sewaktu mencari ilmu itu sendiri Utsman Jalaluddin mempunyai pengalaman yang berbeza dari orang lain.

Nama lengkap beliau ialah Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti bin Muhammad bin Abdus Shamad al-Kalantani, lahir di Kampung Panjang, Daerah Sering, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1297 H/1880 M. Ada riwayat lain menyebut bahawa beliau lahir tahun 1300 H/1882 M dan wafat di Mekah, hari Jumaat, 30 Zulhijjah 1371 H/19 September 1952 M. Saya berpendapat, kelahiran tahun 1300 H/1882 M adalah yang dapat dipegang kerana menurut riwayat, Utsman Jalaluddin sama tua dengan sahabatnya, Syeikh Ismail bin Abdul Qadir al-Fathani atau Pak De `El, yang lahir tahun 1300 H/1882 M.

Sewaktu masih berada di Kelantan, Utsman Jalaluddin belajar kepada Haji Jamal di Perupok. Selanjutnya belajar kepada Mufti Haji Wan Muhammad bin Tuan Tabal. Utsman Jalaluddin melanjutkan pelajarannya di Mekah dan bermukim di sana mulai tahun 1319 H/1901 M. Pada tahun tersebutlah Utsman Jalaluddin bersahabat dengan Pak De `El al-Fathani.

Kedua-duanya termasuk golongan murid termuda Syeikh Ahmad al-Fathani. Walau bagaimana pun, kedua-duanya duduk dalam majlis pengajian dengan orang-orang yang lebih tua, di antara mereka ialah Tok Kenali.

Syeikh Utsman Jalaluddin al-Kalantani dan Pak De `El al-Fathani, sempat belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani hanya sekitar tujuh tahun sahaja, kerana Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia pada tahun 1325 H/1908 M. Walau pun masih ramai guru beliau di Mekah selain, Syeikh Ahmad al-Fathani, namun Syeikh Utsman Jalaluddin akhirnya pulang ke Kelantan dan belajar kepada Tok Kenali.

Syeikh Utsman Jalaluddin kahwin dengan Hajah Sara binti Haji Muhammad Saleh bin Syeikh Jalaluddin al-Kalantani. Mengenai datuk pada Hajah Sara, iaitu Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Kalantani. (Rujuk Bahagian Agama, Utusan Malaysia, terbitan hari Isnin, 13 September 2004, Seksyen 3, halaman 9.)

Hendaklah diperhatikan bahawa Hajah Sara (isteri Syeikh Utsman Jalaluddin) neneknya juga bernama Hajah Sara (isteri Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Kalantani). Hajah Sara binti Haji Muhammad Tahir al-Fathani adalah adik-beradik dengan Haji Ibrahim (Pak Him). Haji Ibrahim (Pak Him) ini ialah ayah kepada Mufti Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), iaitu datuk kepada Datuk Seri Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia).

Salah seorang anak Syeikh Utsman Jalaluddin ialah Tuan Guru Haji Saleh. Pertama kali saya berjumpa Tuan Guru Haji Saleh, iaitu pada tahun 1976 dan baru-baru ini pada malam Ahad, 30 Rejab 1426 H/4 September 2005 M, beliau datang ke majlis tempat saya mengajar. Pada tarikh tersebut banyak maklumat baru saya dengar daripada Tuan Guru Haji Saleh di antaranya; ada yang dimuat dalam artikel ini. Tuan Guru Haji Saleh menceritakan bahawa beliau belajar kitab Tashil Nail al-Amani (nahu) dari ayahnya Syeikh Utsman Jalaluddin.

Syeikh Utsman Jalaluddin secara langsung bersama-sama Pak De `El al-Fathani belajar kepada penyusun kitab itu, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani.

Tuan Guru Haji Saleh menceritakan pula, bahawa ayahnya Syeikh Utsman Jalaluddin menceritakan Syeikh Ahmad al-Fathani adalah seorang yang sangat bijak menggubah syair dan sangat besar pengaruhnya di Mekah. Kata beliau, pernah terjadi seorang yang telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Mekah. Keluarga yang dihukum, mengadu halnya kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Syeikh Ahmad menggubah syair, dikirim kepada Sultan Turki dan Mahkamah Mekah. Akhirnya, orang yang telah jatuh hukuman mati itu tidak jadi dijatuhi hukuman mati.

Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti al-Kalantani termasuk ulama dunia Melayu yang menghasilkan karya yang banyak ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Di antaranya ialah:

1. Tathrif al-'Arfi fi Tashrif ash-Sharf, ditulis dalam dwi bahasa, Arab dan Melayu. Diselesaikan pada 23 Zulhijjah 1354 H/1935 M. Kandungan membahas ilmu saraf. Di antara maklumat pada mukadimah Syeikh Utsman Jalaluddin mencatatkan, "Padahal sungguhnya telah hamba pungut akan dia daripada mutiara tashrif yang amat elok bagi guru hamba yang alim lagi yang amat dalam ilmunya, lagi menghimpun bagi beberapa fan ilmu yang bangsa kepada agama, iaitu Muhammad Yusuf yang dimasyhurkan gelarannya di seluruh tanah-tanah Melayu dengan Tok Kenali di negeri Kelantan. Yang telah diwafatkan dia pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 Hijrah.

Mudah-mudahan diliputi kiranya akan dia oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan rahmat-Nya yang diredhai. Dan demikian tashrif itu, ialah daripada seelok-elok peraturan pada permulaan pengajaran ilmu Arab. Dan sungguhnya tiada hampir didapatkan seumpamanya pada masa yang kemudian, dan pada masa yang dahulu-dahulu…" Cetakan yang pertama Mathba'ah Persama, 83 Achen Street, Penang, 1354 H. Cetakan yang kedua oleh percetakan yang sama tahun 1358 H dijadikan tiga juzuk, ialah juzuk yang pertama dan kedua dalam satu jilid, sedang juzuk yang ketiga dalam jilid yang lain.

2. Asy-Syarh al-Kabir, ditulis dalam bahasa Arab. Diselesaikan pada 16 Syaaban 1358 H/30 September 1939 M. Kandungan membahas ilmu saraf. Di halaman kulit belakang diiklankan nama-nama karya Syeikh Utsman Jalaluddin ialah: Fath al-Mu'in Arab-Melayu, jilid 1 sampai jilid 4, Tafsir Jalalain Arab-Melayu, jilid 1 dan jilid 2, Mathali' al-Anwar wa Majali'al-Azhar, jilid 1 dan jilid 2, Qiladah al-'Iqyan fi Sya'bi al-Iman, jilid 1, Mir-ah al-Iman, Miftah al-Jinan (tasawuf), Siraj al-Islam Hadits Nur Nabi, Nujum al-Muhtadin Perbahasan Kaum Muda, dan Ta'rif al-'Urfi fi `Ilmi at-Tashrif (Arab-Melayu). Dicetak oleh Mathba'ah Persama, 83 Achen Street, Penang, Ramadhan 1358 H/Oktober 1939 M

3. Ad-Durrah an-Nafi'ah fi Asyrath as-Sa'ah), kitab ini terdiri beberapa penggal. Kandungan membahas tentang tanda-tanda hari kiamat, berdasarkan al-Quran, hadis dan tafsiran para ulama yang muktabar. Cetakan yang pertama, The United Press, Pulau Pinang, tanpa dinyatakan tarikh. Pada cetakan terdapat kata pujian dari Haji Abdullah Pak Him, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai, Haji Ahmad Sa'ad al-Mashri dan Haji Ahmad Tuan Husein, tarikh 2 Safar 1371 H.

Keseluruhan karya Syeikh Utsman Jalaluddin belum dapat disenaraikan semuanya dalam artikel ini, kerana saya berasa perlu mengambil data dan memperkenalkan sebuah karya beliau yang berjudul Anwar al-Huda wa Amthar an-Nada. Kitab ini adalah merupakan syarah Tafsir al-Jalalain yang mengkombinasikan bahasa Arab dan bahasa Melayu. Tafsir ini disebarkan secara berjilid untuk khairat Madrasah Manabi' al-'Ulum yang diasaskan oleh pengarangnya di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pada halaman depan tafsir ini tertulis Syarhu Tafsir al-Jalalain. Di bawahnya dinyatakan Arab, Melayu yang dinamakan Anwar al-Huda wa Amthar an-Nada yang diterjemahkan di bawahnya kepada bahasa Melayu dengan "Beberapa Cahaya Bagi Penunjuk Dan Beberapa Hujan Bagi Embun". Sesudah itu, penyusunnya menggubah tujuh bait syair (puisi) bahasa Arab yang beliau terjemahkan kepada bahasa Melayu klasik.

Pada halaman 2 dan 3 beliau menggubah syair Arab yang panjang terdiri 29 bait, juga beliau terjemah ke dalam bahasa Melayu klasik. Syeikh Utsman Jalaluddin pada mukadimahnya, memberi komentar yang panjang mengenai ilmu tafsir. Menurut beliau tentang pentafsiran al-Quran, "Mulai daripada masa Nabi s.a.w. hingga kepada zaman yang kemudian daripada sahabat-sahabat, dan tabi'in, dan tabi'it tabi'in hingga kepada zaman `ulama' yang kemudian atas qaul yang tahqiq, yang berhubung segala sanad mereka itu kepada Nabi s.a.w. Sesungguhnya awal-awal yang menghimpunkan segala huruf tafsir itu ialah sekelian sahabat Nabi s.a.w. di dalam Mekah, dan `Atha' bin Abi Rabah dan Mujahid daripada tabi'in, dan lain-lainnya yang memindah oleh sekelian mereka itu daripada Saiyidina Abdullah bin Abbas. Yang ia memindah daripada Nabi s.a.w.".

Daripada kenyataan di atas dapat diambil kesimpulan bahawa, "sanad" yang bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w. adalah sangat penting dalam ilmu-ilmu Islam termasuk juga ilmu tafsir. Golongan yang bukan daripada golongan ulama, jika mereka mentafsirkan al-Quran adalah sukar untuk dapat diterima, kerana para ulama memberikan persyaratan yang ketat mengenai itu.

Disiplin

Syeikh Utsman Jalaluddin dalam Anwar al-Huda dengan memetik dari Syarh Ihya' `Ulumid Din bahawa seseorang yang akan mentafsir al-Quran mestilah menguasai sekurang-kurangnya lima belas disiplin ilmu. Ilmu-ilmu itu ialah:

1. Ilmu Lughah, 2. Ilmu Nahwu, 3. Ilmu Tashrif, 4. Ilmu Isytiqaq, 5. Ilmu Ma'ani, 6. Ilmu Bayan, 7. Ilmu Badi', 8. Ilmu Qiraat, 9. Ilmu Ushulid Din, 10. Ilmu Usul Fiqh, 11. Ilmu Asbab an-Nuzul, 12. Ilmu Fiqh, 13. Ilmu Nasikh dan Mansukh, 14. Ilmu Hadis, 15. Ilmu Ludunni.

Pada bahagian ini juga, Syeikh Utsman Jalaluddin menceritakan pandangan gurunya Tok Kenali, kata beliau, "Syahdan adalah guru hamba al-'Alim al-'Allamah Syeikh Muhammad Yusuf Kenali, Kelantan, yang diwafatkan dia pada 2 Sya'aban, hari Ahad, pada tahun 1352 H, beberapa kali disuruh akan dia di hadapan hamba supaya ia mentafsir akan Quran sahaja dengan ketiadaan syarah, maka ia menolak akan dia. Dan ia berkata, "Kita bukan ahli bagi mentafsir akan Quran dengan ketiadaan syarah karena kita tiada hafaz akan huruf-huruf tafsir dan kalimahnya yang menerangkan maksud … ".

Riwayat di atas bukanlah mencerminkan Tok Kenali tidak berkemampuan dalam ilmu tafsir, tetapi adalah memperlihatkan sifat tawadhu' beliau. Sebaliknya ada orang yang tidak mendalami ilmu-ilmu Islam, tetapi terlalu ceroboh dan berani untuk mentafsirkan al-Quran hanya berdasarkan pemikiran akal semata-mata tanpa mempedulikan yang telah digariskan oleh para ulama yang muktabar.

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Vertorama HDR Fotografi Sawah <b>di Tumpat</b> Kelantan

Posted: 10 Jun 2012 10:03 AM PDT

Gambar atas ni aku shoot kat Kelantan area tumpat sebelum sampai Sitting Buddha yang besar tu. Masa saya on the way ke situ nampak matahari sikit punya cun ROL dia so main berenti tepi jalan jer nak shoot gambar ni. Kmera memang dah ready lekat kat tripod dalam keta, dan dalam mode auto bracket (aeb) sentiasa. Gambar ni aku shoot style vertorama orang panggil, satu shoot part atas dan satu shoot part bawah. Bukan la satu gambar, satu set bracket atas dan satu set bracket bawah. Kalau korang nak tengok apa yang aku maksudkan boleh tengok gambar bawah ni, gambar asal dan gambar selepas di process dalam Photomatix.

// ]]>

Kalau korang scroll ke bawah lagi, ada tutorial pendek cara aku gabungkan gambar ni.  Itu sahaja untuk kali ini, berjumpa lagi di post yang lain..assalamualaikum..

// ]]>

Urutan mengikut no pada gambar dia atas:

  1. Shoot bahagian bawah landscape yang kita nak jadikan part bawah.
  2. Shoot bahagian atas landscape yang kita nak jadikan part atas. Pastikan overlapped sikit part yg korang nak join
  3. Ok sekarang bukak Photoshop gi klik kat top menu File.
  4. Then gi Automate dia bukak lagi satu menu.
  5. Pilih 'Photomerge'nanti dia bukak panel Photomerge.
  6. Klik browse dan cari 2 gambar yang kita shoot tadi.
  7. Aku pilih collage sebab biasa option ni perpective dia tak lari, so dia jahit baik punyaaa…
  8. Klik OK..tahukan…takkan klik OK pun tak tahu…kekeke
  9. Ini lah hasil dia bila kita dah merge, baikk punya dia jahit..omputih cakap stitched la.
  10. Dah settle, boleh teruskan denagn editing.. :)

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Merdeka Rakyat : YB Dato&#39; Seri Anwar Ibrahim <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 07:43 PM PDT

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Jom Jalan... Jom Makan...: Masjid Selat <b>Melaka</b>

Posted: 12 Jun 2012 02:03 AM PDT

Di Melaka, boleh kita pergi ke Masjid Selat....
Location : 2.179833, 102.248833
Masjid Selat Melaka yang bercirikan seni bina Melayu dan Timur Tengah ini terletak di Pulau Melaka di atas kawasan seluas 1.8 hektar. Ianya menjadi mercu tanda baru yang memperlihatkan kecemerlangan dan keagungan seni bina Islam moden Melaka, Majlis perasmian telah disempurnakan olah Yang Di Pertuan Agung Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tunku Syed Putra Jamalullail pada 24 November 2006 bersamaan 5 Zulkaedah 1427H. Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, ianya turut menjadi antara tarikan pelancongan menarik di Melaka.

View Larger Map

ads