Sabtu, 7 Julai 2012

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


[free_4_your_ads] Rumah banglo <b>di kelantan</b>-<b>jelawat</b>

Posted: 07 Jul 2012 10:35 PM PDT

 

Rumah banglo di jelawat kelantan ingin dijual
keluasan tanah 0.3428 hektar- RM350,000
harga boleh runding....
alasan untuk jual kerana ingin membuat rumah berdekatan dengan keluarga
berminat sila sms 0192376913 -[sms dahulu]


03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


wujuhun yau ma izin nadhirah: Makan <b>di Pengkalan Chepa</b>

Posted: 13 Jun 2012 09:02 PM PDT


Bismillah...


Fuhh...kenyang gilo ni baru lepas makan mee udang..hikhik.Esok dah nak gerak balik,tu yg sedih tu..Buat la mee udang untuk ma abah makan..Hari ni nak cerita pasal malam tadi..kitorang gi makan makan. So, bila kak ayu aku balik..ape lagi..mesti nak mintak belanja makan..hihi.wajib! So, we decided nak makan kat Satay Malaysia,boleh singgah amik maksu dan nenek aku sekali. :)
SATAY MALAYSIA
PT 1645, Batu 3 3/4,
Jalan Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
aku, nenek & maksu yg gengster..kikiki
yang pakai mcm black metal tu kak ayu aku...sebelah tu my lovely mom...muka kakak aku yang mula bengang bila pelayan restoran tu buat muka hampeh (xnak senyum) lepas tu bawak menu 1 je untuk 1 family.kikiki..Lagi die bengang bila lamb chop yang die nak makan xdek...Bertambah bengang tahap gaban bila dia try order beef steak pun tak hado...wakakaka...
At last, untuk nenek,su and kak ayu (terpaksa join makan..hihi)..sup tulang,paprik,sotong kunyit,kailan ikan masin,telur dadar..Katanya,sotong and kailan sedap gilo...sup pun boleh tahan cuma macam kurang masin...paprik ok2 je...:)
dan..untuk abah and aku...chicken chop jela jd pilihan...bantai jela bah...dah mmg niat nak makan western kan...
ni my babah...asik je tanya...dik ain kenapa chicken chop ni ade roti?knp xdek mashed potato mcm kita makan dekat bangi village view tu..bla..bla..bla..kenapa sos die tak bg asing..bla..bla..haha! Terus abah mintak sos tambahan...:)...aku jawab je...biasalah bah,lain padang lain belalang...kira tak teror sgt kot restoran ni buat...waakaka! tapi boleh la stakat nk makan tu....abes licin je pun...cuma coleslaw die ciput and manis ..:p
ni untuk my mommy...satay...dulu aku pernah makan satay kat sini..memang sedap..tapi semalam xtau kenapa kureng...sebab satay daging die ade bau la..bau lembu.paham tak maksud aku..hihi...pastu abah tambah 6 cucuk daging rusa..Owhh..baru aku tau mcm mana rase dging rusa..sedapp gok...:)
ni mommy yg mintak suh amek gambar..kihkih..mommy kau hado?anak beranak suka posing kau tauu...kelass makcik Ramlah...ma dan carrot susu. :)
i like to put a smile on ur face everyday...:)


Kak ayu and aku yg semakin menggemok. (ade aku kesah? memang aku kesah la broo!)


Dua org gengster sedang mengeluarkan fulus..hihi..comel gila muka kak ayu mcm tu...wakaka...maksu aku maintain gengster kan..kihkih...








p/s : Balik dari makan, singgah wakaf che yeh.Tapi tak amek gambar sebab mengantuk pluss kekenyangan ..x larat...bla..bla....:)  
TATA!





03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Pelbagai Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong 2012 <b>Di</b> KIST <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2012 05:47 AM PDT





JAWATAN TERKINI

Tarikh Iklan: 03 Julai 2012
Tarikh Tutup: 15 Julai 2012

1.Jawatan : Pengasuh

Penempatan: KIST Bachok, Kelantan

Kelayakan: 
Perempuan sahaja. 
Berumur 20 tahun ke atas. 
Tinggal di kawasan Bachok dan sekitarnya. 
Keutamaan diberikan kepada yang berpengalaman mengasuh bayi dan kanak-kanak. 

2. Jawatan : Pekerja Am

Penempatan: KIST Bachok, Kelantan

Kelayakan:
PMR ke bawah berpelajaran di peringkat sekolah rendah dan boleh bertutur / membaca / menulis. 

3.Pemandu

Penempatan : KIST Cawangan Pahang dan KIST Cawangan Kedah

Kelayakan: 
Berpengalaman sebagai pemandu. 
Memiliki lesen memandu D dan E yang sah dan rekod pemanduan yang bersih. 
Berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap kerja. 
Sanggup bekerja lebih masa. 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON 

  • Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.
  • Hanya permohonan yang ditapis senarai akan dipanggil temuduga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  • Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana รข€" mana cawangan KIST seluruh negara.
  • Calon-calon yang berjaya akan menjalani latihan awal di Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok Kelantan selama 3 bulan.
  • Tarikh tutup permohonan adalah 15 Julai 2012.
  • Pemohon boleh datang sendiri ke pejabat KIST untuk mendapatkan borang permohonan jawatan kosong. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dengan sijil perlu dihantar ke alamat di bawah:
  • Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut,
  • pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri,
  • bersaiz A4 bersetem RM1.00 dan wang pos atas nama KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah RM5.00 untuk bayaran wang proses.
Bahagian Sumber Manusia,
KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Wisma KIST, Lot 500, Taman Permai Demit, Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon: 09-7666420 / 422 atau 09-7655223

atau :

PERMOHONAN CAWANGAN KIST KUALA BERANG

Sila dapatkan borang permohonan di:-

KIST KUALA BERANG,
Lot 4276, Mukim Tanggol & Lot 6739 Mukim Kuala Berang
Batu 23, Jalan Kuala Berang / Kuala Terengganu
21700 Hulu Terengganu, Terengganu .

Tel: 09-6817323 /09- 7666420 /422

sumebr iklan : http://www.kist.edu.my/kist/perjawatan.html

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti menguasai pelbagai bidang ilmu <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2012 02:11 PM PDT

Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

MURID Tok Kenali Kelantan yang menjadi ulama besar yang terkenal memang ramai. Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti al-Kalantani termasuk salah seorang di antara mereka. Perjuangan jihad keilmuan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, sama ada dalam penerapan di ruangan mengajar mahu pun menyebarkan pengkaryaan tulisan mempunyai sistem yang tersendiri. Jika kita menoleh ke belakang sewaktu mencari ilmu itu sendiri Utsman Jalaluddin mempunyai pengalaman yang berbeza dari orang lain.

Nama lengkap beliau ialah Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti bin Muhammad bin Abdus Shamad al-Kalantani, lahir di Kampung Panjang, Daerah Sering, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1297 H/1880 M. Ada riwayat lain menyebut bahawa beliau lahir tahun 1300 H/1882 M dan wafat di Mekah, hari Jumaat, 30 Zulhijjah 1371 H/19 September 1952 M. Saya berpendapat, kelahiran tahun 1300 H/1882 M adalah yang dapat dipegang kerana menurut riwayat, Utsman Jalaluddin sama tua dengan sahabatnya, Syeikh Ismail bin Abdul Qadir al-Fathani atau Pak De `El, yang lahir tahun 1300 H/1882 M.

Sewaktu masih berada di Kelantan, Utsman Jalaluddin belajar kepada Haji Jamal di Perupok. Selanjutnya belajar kepada Mufti Haji Wan Muhammad bin Tuan Tabal. Utsman Jalaluddin melanjutkan pelajarannya di Mekah dan bermukim di sana mulai tahun 1319 H/1901 M. Pada tahun tersebutlah Utsman Jalaluddin bersahabat dengan Pak De `El al-Fathani.

Kedua-duanya termasuk golongan murid termuda Syeikh Ahmad al-Fathani. Walau bagaimana pun, kedua-duanya duduk dalam majlis pengajian dengan orang-orang yang lebih tua, di antara mereka ialah Tok Kenali.

Syeikh Utsman Jalaluddin al-Kalantani dan Pak De `El al-Fathani, sempat belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani hanya sekitar tujuh tahun sahaja, kerana Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia pada tahun 1325 H/1908 M. Walau pun masih ramai guru beliau di Mekah selain, Syeikh Ahmad al-Fathani, namun Syeikh Utsman Jalaluddin akhirnya pulang ke Kelantan dan belajar kepada Tok Kenali.

Syeikh Utsman Jalaluddin kahwin dengan Hajah Sara binti Haji Muhammad Saleh bin Syeikh Jalaluddin al-Kalantani. Mengenai datuk pada Hajah Sara, iaitu Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Kalantani. (Rujuk Bahagian Agama, Utusan Malaysia, terbitan hari Isnin, 13 September 2004, Seksyen 3, halaman 9.)

Hendaklah diperhatikan bahawa Hajah Sara (isteri Syeikh Utsman Jalaluddin) neneknya juga bernama Hajah Sara (isteri Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Kalantani). Hajah Sara binti Haji Muhammad Tahir al-Fathani adalah adik-beradik dengan Haji Ibrahim (Pak Him). Haji Ibrahim (Pak Him) ini ialah ayah kepada Mufti Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), iaitu datuk kepada Datuk Seri Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia).

Salah seorang anak Syeikh Utsman Jalaluddin ialah Tuan Guru Haji Saleh. Pertama kali saya berjumpa Tuan Guru Haji Saleh, iaitu pada tahun 1976 dan baru-baru ini pada malam Ahad, 30 Rejab 1426 H/4 September 2005 M, beliau datang ke majlis tempat saya mengajar. Pada tarikh tersebut banyak maklumat baru saya dengar daripada Tuan Guru Haji Saleh di antaranya; ada yang dimuat dalam artikel ini. Tuan Guru Haji Saleh menceritakan bahawa beliau belajar kitab Tashil Nail al-Amani (nahu) dari ayahnya Syeikh Utsman Jalaluddin.

Syeikh Utsman Jalaluddin secara langsung bersama-sama Pak De `El al-Fathani belajar kepada penyusun kitab itu, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani.

Tuan Guru Haji Saleh menceritakan pula, bahawa ayahnya Syeikh Utsman Jalaluddin menceritakan Syeikh Ahmad al-Fathani adalah seorang yang sangat bijak menggubah syair dan sangat besar pengaruhnya di Mekah. Kata beliau, pernah terjadi seorang yang telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Mekah. Keluarga yang dihukum, mengadu halnya kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Syeikh Ahmad menggubah syair, dikirim kepada Sultan Turki dan Mahkamah Mekah. Akhirnya, orang yang telah jatuh hukuman mati itu tidak jadi dijatuhi hukuman mati.

Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti al-Kalantani termasuk ulama dunia Melayu yang menghasilkan karya yang banyak ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Di antaranya ialah:

1. Tathrif al-'Arfi fi Tashrif ash-Sharf, ditulis dalam dwi bahasa, Arab dan Melayu. Diselesaikan pada 23 Zulhijjah 1354 H/1935 M. Kandungan membahas ilmu saraf. Di antara maklumat pada mukadimah Syeikh Utsman Jalaluddin mencatatkan, "Padahal sungguhnya telah hamba pungut akan dia daripada mutiara tashrif yang amat elok bagi guru hamba yang alim lagi yang amat dalam ilmunya, lagi menghimpun bagi beberapa fan ilmu yang bangsa kepada agama, iaitu Muhammad Yusuf yang dimasyhurkan gelarannya di seluruh tanah-tanah Melayu dengan Tok Kenali di negeri Kelantan. Yang telah diwafatkan dia pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 Hijrah.

Mudah-mudahan diliputi kiranya akan dia oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan rahmat-Nya yang diredhai. Dan demikian tashrif itu, ialah daripada seelok-elok peraturan pada permulaan pengajaran ilmu Arab. Dan sungguhnya tiada hampir didapatkan seumpamanya pada masa yang kemudian, dan pada masa yang dahulu-dahulu…" Cetakan yang pertama Mathba'ah Persama, 83 Achen Street, Penang, 1354 H. Cetakan yang kedua oleh percetakan yang sama tahun 1358 H dijadikan tiga juzuk, ialah juzuk yang pertama dan kedua dalam satu jilid, sedang juzuk yang ketiga dalam jilid yang lain.

2. Asy-Syarh al-Kabir, ditulis dalam bahasa Arab. Diselesaikan pada 16 Syaaban 1358 H/30 September 1939 M. Kandungan membahas ilmu saraf. Di halaman kulit belakang diiklankan nama-nama karya Syeikh Utsman Jalaluddin ialah: Fath al-Mu'in Arab-Melayu, jilid 1 sampai jilid 4, Tafsir Jalalain Arab-Melayu, jilid 1 dan jilid 2, Mathali' al-Anwar wa Majali'al-Azhar, jilid 1 dan jilid 2, Qiladah al-'Iqyan fi Sya'bi al-Iman, jilid 1, Mir-ah al-Iman, Miftah al-Jinan (tasawuf), Siraj al-Islam Hadits Nur Nabi, Nujum al-Muhtadin Perbahasan Kaum Muda, dan Ta'rif al-'Urfi fi `Ilmi at-Tashrif (Arab-Melayu). Dicetak oleh Mathba'ah Persama, 83 Achen Street, Penang, Ramadhan 1358 H/Oktober 1939 M

3. Ad-Durrah an-Nafi'ah fi Asyrath as-Sa'ah), kitab ini terdiri beberapa penggal. Kandungan membahas tentang tanda-tanda hari kiamat, berdasarkan al-Quran, hadis dan tafsiran para ulama yang muktabar. Cetakan yang pertama, The United Press, Pulau Pinang, tanpa dinyatakan tarikh. Pada cetakan terdapat kata pujian dari Haji Abdullah Pak Him, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai, Haji Ahmad Sa'ad al-Mashri dan Haji Ahmad Tuan Husein, tarikh 2 Safar 1371 H.

Keseluruhan karya Syeikh Utsman Jalaluddin belum dapat disenaraikan semuanya dalam artikel ini, kerana saya berasa perlu mengambil data dan memperkenalkan sebuah karya beliau yang berjudul Anwar al-Huda wa Amthar an-Nada. Kitab ini adalah merupakan syarah Tafsir al-Jalalain yang mengkombinasikan bahasa Arab dan bahasa Melayu. Tafsir ini disebarkan secara berjilid untuk khairat Madrasah Manabi' al-'Ulum yang diasaskan oleh pengarangnya di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pada halaman depan tafsir ini tertulis Syarhu Tafsir al-Jalalain. Di bawahnya dinyatakan Arab, Melayu yang dinamakan Anwar al-Huda wa Amthar an-Nada yang diterjemahkan di bawahnya kepada bahasa Melayu dengan "Beberapa Cahaya Bagi Penunjuk Dan Beberapa Hujan Bagi Embun". Sesudah itu, penyusunnya menggubah tujuh bait syair (puisi) bahasa Arab yang beliau terjemahkan kepada bahasa Melayu klasik.

Pada halaman 2 dan 3 beliau menggubah syair Arab yang panjang terdiri 29 bait, juga beliau terjemah ke dalam bahasa Melayu klasik. Syeikh Utsman Jalaluddin pada mukadimahnya, memberi komentar yang panjang mengenai ilmu tafsir. Menurut beliau tentang pentafsiran al-Quran, "Mulai daripada masa Nabi s.a.w. hingga kepada zaman yang kemudian daripada sahabat-sahabat, dan tabi'in, dan tabi'it tabi'in hingga kepada zaman `ulama' yang kemudian atas qaul yang tahqiq, yang berhubung segala sanad mereka itu kepada Nabi s.a.w. Sesungguhnya awal-awal yang menghimpunkan segala huruf tafsir itu ialah sekelian sahabat Nabi s.a.w. di dalam Mekah, dan `Atha' bin Abi Rabah dan Mujahid daripada tabi'in, dan lain-lainnya yang memindah oleh sekelian mereka itu daripada Saiyidina Abdullah bin Abbas. Yang ia memindah daripada Nabi s.a.w.".

Daripada kenyataan di atas dapat diambil kesimpulan bahawa, "sanad" yang bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w. adalah sangat penting dalam ilmu-ilmu Islam termasuk juga ilmu tafsir. Golongan yang bukan daripada golongan ulama, jika mereka mentafsirkan al-Quran adalah sukar untuk dapat diterima, kerana para ulama memberikan persyaratan yang ketat mengenai itu.

Disiplin

Syeikh Utsman Jalaluddin dalam Anwar al-Huda dengan memetik dari Syarh Ihya' `Ulumid Din bahawa seseorang yang akan mentafsir al-Quran mestilah menguasai sekurang-kurangnya lima belas disiplin ilmu. Ilmu-ilmu itu ialah:

1. Ilmu Lughah, 2. Ilmu Nahwu, 3. Ilmu Tashrif, 4. Ilmu Isytiqaq, 5. Ilmu Ma'ani, 6. Ilmu Bayan, 7. Ilmu Badi', 8. Ilmu Qiraat, 9. Ilmu Ushulid Din, 10. Ilmu Usul Fiqh, 11. Ilmu Asbab an-Nuzul, 12. Ilmu Fiqh, 13. Ilmu Nasikh dan Mansukh, 14. Ilmu Hadis, 15. Ilmu Ludunni.

Pada bahagian ini juga, Syeikh Utsman Jalaluddin menceritakan pandangan gurunya Tok Kenali, kata beliau, "Syahdan adalah guru hamba al-'Alim al-'Allamah Syeikh Muhammad Yusuf Kenali, Kelantan, yang diwafatkan dia pada 2 Sya'aban, hari Ahad, pada tahun 1352 H, beberapa kali disuruh akan dia di hadapan hamba supaya ia mentafsir akan Quran sahaja dengan ketiadaan syarah, maka ia menolak akan dia. Dan ia berkata, "Kita bukan ahli bagi mentafsir akan Quran dengan ketiadaan syarah karena kita tiada hafaz akan huruf-huruf tafsir dan kalimahnya yang menerangkan maksud … ".

Riwayat di atas bukanlah mencerminkan Tok Kenali tidak berkemampuan dalam ilmu tafsir, tetapi adalah memperlihatkan sifat tawadhu' beliau. Sebaliknya ada orang yang tidak mendalami ilmu-ilmu Islam, tetapi terlalu ceroboh dan berani untuk mentafsirkan al-Quran hanya berdasarkan pemikiran akal semata-mata tanpa mempedulikan yang telah digariskan oleh para ulama yang muktabar.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


putra merdeka: Lebih 40000 Rakyat Sambut PM <b>Di Gua Musang</b> <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 08:11 PM PDT

Kehadiran Perdana Menteri di Gua Musang dalam program Komuniti Rakyat 1Malaysia pagi ini disambut meriah oleh rakyat di sekitar hulu Kelantan itu. 
Terdahulu Kuli dalam ucapannya mengharapkan ribuan rakyat yang hadir membuktikan sokongan sebenar rakyat Kelantan kepada UMNO dan BN. Kuli juga meminta PM membina highway dari Gua Musang ke Kota Bharu kerana kesesakan yang teruk sehingga 8 jam setiap kali musim perayaan berlangsung.

PM dalam ucapan perasmiannya sebentar tadi mengatakan bahawa beliau merasakan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan pagi ini merupakan gambaran jelas bahawa rakyat mahukan perubahan pentadbiran Kerajaan di negeri tersebut.
PM memuji kehadiran ribuan rakyat yang berhimpun di Gua Musang ini kerana boleh berhimpun secara aman! bukan seperti setengah pihak yang menganjurkan perhimpunan haram dengan membuat rusuhan dan mahu menggulingkan kerajaan! puak bersih lebih teruk dari beruk di hutan Gua Musang!
PM kata bersedia untuk menimbang permohonan membina highway di Gua Musang, malah keperluan air bersih dan banyak lagi pembangunan akan dapat dilaksanakan jika UMNO/BN berjaya menjadi pilihan majoriti rakyat Kelantan dalam pilihanraya akan datang.
Gua Musang dan Jeli mestilah menajdi contoh dan merupakan asas dalam usaha menawan kembali negeri Kelantan! Sokongan hadirin dalam ucapan PM menggambarkan semangat yang tinggi dikalangan rakyat yang mahukan perubahan!
'Kita tak pernah kacau PAS selama 22 tahun memerintah Kelantan...kita tak perlu berdemo ke Pejabat Menteri Besar walaupun kita mampu buat! kita tak mahu menang pilihanraya kerana menipu! kita mahu menang secara adil' - PM

ads