Selasa, 25 Disember 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


siapa punya kawasan balak 10526 ekar <b>di</b> relai - Labun Cikgu Lin

Posted: 18 Dec 2012 12:03 AM PST

Aku nak cakap lebih-lebih nanti kena saman pulak .... habis pencen aku.
Oleh itu, BACA, SELIDIK, TELITI dan FIKIRLAH SENDIRI.
PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


PSSKJELAWAT2: Pemantauan BTPN <b>Kelantan</b> ke PSS SK <b>Jelawat</b> 2

Posted: 22 Sep 2012 08:32 AM PDT

PSS SK Jelawat 2 telah dipantau oleh Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Kelantan pada 28hb Ogos 2012. Encik Zakaria B. Hassan telah diiringi oleh Encik Muttaqim B. Adaman (Pegawai Teknologi Pendidikan 2) dan Encik Abdul Razzaq B. Mohamed Zin (Juruteknik Komputer) dari PKG Badak.

Penarafan iQ-PSS dan sistem i-NILAM merupakan dua fokus utama pemantauan. Selain itu, pelbagai input berguna merangkumi komen dan cadangan untuk penambaikan telah diberikan oleh pegawai pemantau. Ribuan terima kasih di atas pandangan dan nasihat serta kunjungan Encik Zakaria Bin Hassan dari BTPN Kelantan, juga pegawai dari PKG Badak.

Diharap PSS SK Jelawat 2 dapat melakukan penambaikan sebagaimana yang disarankan. InsyaAllah.

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Kerajaan Pusat Tidak Pernah Janji Daratkan Minyak <b>Di Bachok</b>

Posted: 14 Dec 2012 10:48 PM PST

Kategori Utama

Kerajaan Pusat Tidak Pernah Janji Daratkan Minyak Di Bachok – Awang Adek

BACHOK, 15 Dis – Kerajaan pusat tidak pernah berjanji untuk mendaratkan minyak yang diperolehi di telaga di perairan antara sempadan Malaysia dan Thailand di Bachok, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata sebaliknya perjanjian untuk mendaratkan minyak di Bachok dibuat di bawah perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya perjanjian untuk mendaratkan minyak yang diperolehi di telaga perairan antara sempadan kedua-dua buah negara hanya dibuat oleh kerajaan pusat dan Thailand pada tahun 1990-an dan dipersetujui hasilnya didaratkan di Songkla, Thailand.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pendedahan isu semasa Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat (Penawar) Cawangan Kelantan di Perupuk di sini, hari ini.

Awang Adek mengulas kempen PAS yang menuntut kerajaan pusat menunaikan janji untuk mendaratkan minyak di Pantai Bachok di sini. Kempen itu termasuk memaparkan di papan-papan tanda yang berskala besar antaranya di persimpangan jalan dari Beris Kubur Besar-Perupuk/Bachok.

Difahamkan perjanjian MoU itu dbuat antara kerajaan negeri dengan Koperasi Usaha Bersatu (KUB) bagaimanapun ia tidak dapat dilaksanakan berikutan kerajaan negeri gagal membayar pampasan pengambilan balik tanah kepada penduduk terbabit yang melibatkan peruntukan lebih RM100 juta.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata tuduhan terhadap kerajaan pusat itu hanya sebagai "modal politik PAS" sahaja yang mengharap kerajaan pusat melaksanakannya.

"Rakyat tidak seharusnya percaya dengan dakwaan itu, ia hanya mainan politik PAS untuk memburuk-buruk Umno." katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Penawar, Karimah Mohd Noor ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, pihaknya akan mengadakan gerakan penerangan mengenai isu-isu semasa ke 14 kawasan Parlimen di Kelantan.

Beliau berkata, pihaknya akan menampilkan beberapa penceramah undangan terkenal termasuk tokoh agama Zaleha Hussin yang akan menerangkan isu-isu yang berkaitan dengan agama dan tuduhan liar PAS terhadap Umno bagi mengelirukan rakyat Kelantan terutama kaum wanita.

Berita Bertarikh Pada 15 December 2012 2:48 PM

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Bekas Penagih Mengamuk <b>Di Kota Bharu</b>, Tiga Lelaki Ditetak, Dua <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 05:47 PM PST

KOTA BHARU -"Saya terkejut melihat anak saya menerpa ke dapur mengerang kesakitan dengan darah mengalir pekat di lantai dapur," kata bapa kepada dua beradik yang ditetak, Jaafar Ibrahim, 60, dalam kejadian di Kampung Jejulok Binjai petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, Azri Jaafar, 35, mengalami kecederaan parah akibat ditetak ketika sedang tidur di dalam bilik di rumahnya, manakala adiknya Anuar Jaafar, 30, dan
rakannya Mohamad Jusoh, 43, ditetak di rumah suspek yang merupakan kenalan mangsa dan ketika itu mereka sedang melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik di rumah lelaki berkenaan.

Menurut Jaafar, dia tidak menyedari kehadiran lelaki itu yang dipercayai menetak anaknya di dalam bilik, kerana kejadian berlaku begitu pantas dan selepas melihat keadaan anaknya yang parah, dia terus meluru keluar dan hanya nampak sebuah kereta Wira Putih memecut laju.

"Hanya cucu saya, Alisya Natasha Azlizu, 10, nampak kelibat lelaki terbabit masuk ke dalam rumah melalui tingkap bilik Azri yang terbuka luas dan mengikut katanya, lelaki itu membawa sebilah parang masuk ke dalam bilik Azri.

"Keadaan Azri amat mengerikan apabila belakang badannya terdapat kesan tetakan bertalu-talu yang begitu dalam serta kecederaan parah di bahagian pergelangan tangannya," katanya kepada Sinar Harian.

Jaafar berkata, melihatkan keadaan anaknya yang tidak dapat menahan kesakitan, dia bersama menantunya bergegas ke hospital dan dalam perjalanan ke hospital, dia menerima panggilan mengatakan seorang lagi anaknya, Anuar serta rakannya yang melakukan kerja-kerja pendawaian bersama rakannya Mohamad juga ditetak lelaki yang sama sebelum menetak Azri yang berada di rumah.

"Saya tidak tahu kenapa lelaki itu yang juga penduduk di kawasan kampung ini mengamuk dan menetak kedua-dua beradik itu termasuk rakan anak saya.

"Lagipun Azri dan Anuar sebelum ini tidak pernah mempunyai musuh dan menimbulkan kekecohan dengan sesiapa di kampung ini. Apa pun saya serahkan kejadian ini kepada pihak polis untuk mengesan lelaki itu yang kini masih bebas di luar sana," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian.

"Buat masa ini kita sudah mengenalpasti suspek yang berusia dalam lingkungan 24 tahun dan gerakan memburu sedang dijalankan bagi mengesan lelaki itu yang dipercayai melarikan diri bersama isteri dan anak berusia 1 tahun.

"Lelaki terbabit juga bekas penagih dan semasa membuat serbuan di rumahnya, di Kampung Jejabi, dia sudah larikan diri," katanya.

Sebahagian puncanya sila rujuk diSINI.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


DATUK NIK SAPEIA: Sekitar Kuala Krai <b>di</b> Musim Tengkujuh

Posted: 25 Dec 2012 07:36 PM PST

                                        MELAWAT MANGSA BANJIR


                                     

                   CERAMAH DAN DIKIR BARAT DI MANEK URAI






03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Subhanallah! Kulat Gergasi Ditemui <b>Di Tumpat</b> Kelantan | My Berita

Posted: 21 Dec 2012 11:27 PM PST

Apa yang anda lihat ini bukanlah spesis bunga terbesar dunia seperti Raflesia, tetapi sejenis kulat Gano yang ditemui dalam fizikal yang besar. Kami menerima maklumat bahawa spesis kulat gergasi ini merupakan satu penemuan yang dianggap pelik. Ia sangat besar lebih daripada biasa. Kulat Gano ini telah ditemui di Tumpat Kelantan dan dipercayai mampu menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita tidak boleh bergantung kepadanya bimbang jatuh kepada syirik, kerana hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa di alam ini. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Azizah menunjukkan kulat aneh menyerupai spesies kulat gano yang ditemui di dalam kolam di tepi rumahnya di Kampung Kok Pasir

Kemunculan kulat gergasi yang menyerupai spesies kulat gano di Kampung Kok Pasir di sini, menjadi tumpuan orang ramai. Kulat berwarna hitam seberat 8.6 kilogram itu ditemui Azizah Hamid, 56, di sebuah kolam di tepi rumahnya pada 15 November lalu.

Sejak tersebar penemuan kulat tersebut, rumah Azizah tidak putus dikunjungi orang ramai yang datang untuk melihat secara dekat kulat gergasi itu.Malah,kedatangan mereka juga adalah untuk untuk mendapatkan air dari kulat tersebut yang dikatakan mengeluarkan air jernih dan berkilau selepas direndam dalam air semalaman serta mampu mengubat penyakit.

Azizah berkata, dia menemui kulat gergasi itu pada 1 Muharam (15 November), tumbuh subur di batang pokok sagu yang dibuang ke dalam kolam selepas ditebang tiga tahun lalu.

"Sebelum kulat ini muncul, ada buih dalam kolam tersebut dan saya sangkakan ada kura-kura.

"Saya ambil kayu lalu menjoloknya ke dalam kolam, tetapi tiada apa-apa," katanya.

Menurutnya, dia berusaha mencabut kulat yang melekat di batang pokok sagu itu, tetapi tidak berhasil.

Azizah berkata, disebabkan kulat itu besar dan berat, dia terpaksa meminta bantuan suami, Nawi Mahmod, 63, untuk mencabutnya dan membawanya ke rumah.

"Saya terpaksa gunakan kereta sorong mengangkutnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah," katanya yang mempunyai sembilan anak.

Menurutnya, sejak kulat itu muncul, ia membawa rezeki kepadanya kerana orang ramai sentiasa datang untuk melihat dan mengambil air penawar.

"Selepas beberapa minggu, saya dapati kulat ini hidup kerana ada kelopak baru tumbuh dan saya percaya, ia adalah spesies kulat gano yang mampu merawat pelbagai penyakit," katanya.

Azizah berkata, ibunya, Rokiah Idris, 80, yang tidak dapat berjalan akibat serangan strok minggu lalu, dipercayai pulih selepas beberapa kali meminum air rendaman kulat tersebut.

Sumber

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


isu projek tanah <b>digua musang</b>.....laaaaaa... rupa <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 24 Dec 2012 11:49 PM PST

UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS, SILA KLIK PADA FOTO.

Isu Projek Tanah Di Gua Musang : Pemimpin UMNO Sila Bertanya Kepada Awang Adek

Saya merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.

Hari ini, 25 Disember 2012, dilaporkan di dada-dada akhbar desakan NGO Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wira PERKASA dan Pertubuhan Minda Orang Muda (MOM) agar penjelasan dibuat oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Begitu juga akhbar semalam 24 Disember 2012 di mana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net. Dalam hal ini, suka untuk saya nyatakan bahawa projek ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia dan satu surat kelulusan telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

Manakala surat kedua pula ialah daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia bertarikh 16 Januari 2006 yang turut menyokong permohonan syarikat tersebut bagi tujuan meningkatkan lagi kegiatan ekonomi negeri Kelantan. Surat tersebut ditandatangani olah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia pada masa itu iaitu Dato Dr Awang Adek bin Hussin. Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan.

Justeru, saya kira semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini. Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, saya kira OMBAK boleh bersabar. Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 25 Disember 2012

ads