Khamis, 31 Januari 2013

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


My Rainbow...: Makan <b>di Rantau Panjang</b>, Kelantan : Cafe Maraschino

Posted: 09 Dec 2012 04:30 PM PST

Assalamualaikum.....

Cafe nie kepunyaan ibu mertua officemate kita. Baru di buka beberapa bulan yang lalu. Kebetulan, lepas tidur di Rantau Abang, hubby ajak juga ke sini. Hubby kan suka explore. Walaupun baru pergi, tapi Adam tak pernah merasa ke Mundok lagi. Itulah hubby nak bawa dia juga ke sana. At least once in his lifetime.

Dah bajet nak makan di sini sebab officemate kita, Shazna dah pernah beritahu. Lagipun, tak tahu nak makan kat mana yang selesa dan sedap waktu lunch kat sana.

Kafenya betul2 bersebelahan dengan bank BSN di pekan Rantau Panjang tu.




Green Tea Latte and Ice Chocolate Drinks

Phad Ka Pao (Rice with minced beef)

Chicken Parmesan - Signature Dish

Dalam cuaca panas terik dan keadaan yang sesak di Rantau Panjang tu, melangkah jer masuk dalam cafe nie terus rasa sangat2 lega. Relief sangat sebab cafenya dalam aircond condition. Badan yang panas terus rasa nyaman sangat. Susun atur kedainya pun sangat mendamaikan. 
Ok, kita jujur dalam review, remember? But of course, mengikut standard citarasa kita sendiri. So, jangan kata review ini adalah sebab kita bantu kawan kita bodek mak mertua dia. Nope..never..never. Kalau tak sedap, kita bentangkan sebab tak nak tipu pembaca blog nie.
Anyway, kita order air green tea latte. Adam order choc. Hubby belum masuk sebab susah sangat cari parking. Tapi hubby suruh kami masuk dulu. Air kita sangat sedap. First time minum green tea yang tak didominasikan oleh rasa daun dan rumpai. Balance rasa green tea dan lemaknya dan manisnya. Bear in mind,  air nie tak manis. Just nice. Manisnya sangat mild. So, a very good choice as the thirst quench. Ice Chocolate drink Adam pula sangat sedap. Same, manisnya mild, tapi rasa chocolatenya sangat outstanding. Padahal nampak macam tak pekat sangat. 
Tekak Melayu kita mesti nak cari nasi untuk lunch. So try Phad Ka Pao. Something new for me. Nasi putih dengan daging cincang yang dimasak dengan daun selasih and other condiments. Alamak ai...sedapnyaaa. Kalau nak pedas, gigitlah cili padi tu. Tapi memang sangat sedap. Nasinya lembut dan wangi. Guna beras wangi siam rasanya. Hubby masuk, sementara tunggu order dia sampai, dia jamah kita punya. After one bite, dia terus suap dan suap dan suap. Meaning? Ha, of course sedap (ke lapar?).
Adam pula order dia punya signature dish, Chicken Parmesan. Hubby ordered the same dish and drinks dengan Adam. Surprisingly, accompanied with Spaghetti. Rasanya olio, but with personal touch. Ada a lot of mushrooms. Yummy sangat. Chicken parmesan tu ialah kepingan fillet ayam yang dimandikan dengan sos bolognese yang sedap dan tak extreme masam macam selalu tu. On top, the dish is fully covered dengan cheese secara extravaganza. Takder kedekut2 punya cheese tu. Aish, children kalau dapat food macam nie, tak payah nak paksa2 makan. Pelawa mamanya pun tak, dia terus tundukk jer enjoy the dish sampai ke sudah. 
Cafe nie ada western food and Thai food. Dengar khabar, cooknya pun memang orang sana sebab mak mertua Shazna nie, familynya ramai di sana. So, boleh rasa original taste of Thai food kat sini. 
Sesiapa yang ke sana, jangan bimbang, Harga foodnya taklah mahal sangat. Compatible. Nasi lemak ayam dalam RM5.00 sepinggan. Sama macam harga di warung kan? And nasi kita tu, harganya RM7.00 in which kita rasa sangat berbaloi. Chicken Parmesan tu mahal sikit, tapi still berbaloi2. Dalam belas2 ringgit rasanya. Tak ingat dah. 
So, anyone heading to Kelantan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads