Selasa, 12 Februari 2013

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


PASPB: ANTARA PAJAK & HAKMILIK!!! Tanah <b>di Gua Musang</b> <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 06:27 PM PST

                                                   'Tanah masih milik Kelantan'

Kerajaan Kelantan akui sudah dimaklumkan terdapat pimpinan Dap yang memegang saham syarikat yang menjalankan projek usaha sama di Hutan Simpan Relai, Gua Musang diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan  Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, keputusan persetujuan dibuat tanpa dipengaruhi kedudukan dalam politik sebaliknya berdasarkan perjanjian perniagaan.

"Kita tidak ambil soal politik, sebaliknya urusan perniagaan sahaja, sebab itu kita tidak mengambil kira sama ada dia DAP ke, dia MCA, dia Umno pun tak jadi masalah, sebab sebelum ini pun banyak yang kita tahu latar belakang dan kita luluskan, sebab ia perniagaan.

"Kalau ia (syarikat) ada kemampuan, mengikut prosedur, tak ada masalah walau siapa pun, kita juga, malah kita juga bagi kepada (usahawan) Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, kenapa tidak persoalkan?," katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sebuah akhbar yang memetik sebuah blog yang menyatakan terdapat tanah di Gua Musang asalnya diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada YIK pada 13 September 2000 dan telah dipajak oleh syarikat Upayapadu Plantation.

Dakwanya, tanah itu diberikan kepada dua Adun DAP itu sebagai balasan pelantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.

Mohd Amar juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri berkata, tanah itu diluluskan kepada sebuah syarikat untuk menjalankan projek pembangunan tetapi gagal dan ia diambil semula oleh YIK.

Menurutnya, selepas itu syarikat Upayapadu Plantation pula menandatangani perjanjian dengan YIK untuk memajukan tanah itu namun mengalami nasib sama apabila gagal melaksanakan projek pembangunan di situ.

"Bila Upayapadu ambil alih, dia mulakan separuh jalan, lepas itu syarikat ada masalah, jadi projek itu macam tertangguh. Bila tertangguh nak pergi tak boleh dia mencari rakan kongsi baru, atau jual saham itu," katanya.

Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads