Sabtu, 16 Mac 2013

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan - Pusat Rawatan Islam Darul Naim

Posted: 05 Jan 2013 12:04 AM PST



               HAJI ABDULLAH TAHIR BUNUT PAYONG (1897-1961)
Salah seorang ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur  alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh semenanjung itu. Seangkatan dengan Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Saad Kangkong, Hj. Ahmad Batu Tiga Repek,  Hj. Salleh Pedada dll.
Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj. Ahmad bin Mohd Zain yang berasal dari Kg.Chepa,Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai imam tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920)
Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah untuk mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mokhtar Bogor, Sheikh Said al-Yamani, Sheikh Mohd Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.
Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid  Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiri di Bunut Payong yang di beri nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok semenanjung Melayu sebagai  pusat pengajian pondok yang berprestasi tinggi di Kelantan.
Di pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Hj. Abdul Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang tegas.
Kerana  kegigihannya yang sedemikian, maka tidak  peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid  berilmu tinggi seperti Hj. Hussain Rahimi, Hj. Nik Man Sg. Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumbuh, hj. ISMAIL Padang Lepai,  Hj. Abdullah Kok  Lanas,  Hj. Omar Kubang Bemban, Hj. Abdul Rahman  Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor  Teliar, Hj. Sulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulau Chondong,Hj.  Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiang,  Hj. Yahya joned Gurun,  Hj. Ibrahim Bongek, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Hj. Hussain Umbai, Hj.  Ahmad Relai, Hj. Hasanuddin Berhala Gantang, Hj.  Ismail Phuket, Hj. Ghazali Mundok.
Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932).Kematian fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan  15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang  tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya.
                Kawasan Tanah Perkuburan Bunut Payong, Sebelah Belakang Masjid Mukim Bunut Payong                                          Kubur Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong Barisan Ahli Jemaah Ulama' Majlis pada tahun 1964 (Juga antara anak murid Tuan Guru Hj Abdullah Tahir    Bunut Payong seperti Tuan Guru Hj Husein Rahimi, Tuan Guru Hj Abdul Aziz, Pondok Pasir Tumboh,
                                           Tuan Guru Hj Ghazali Pulau Chondong dll)
          Kubur Tuan Guru Hj Husein Rahimi, Anak Menantu  & Anak Murid
                           Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong
   Kubur Hjh Che Som, iaitu Anak Perempuan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir     Bunut Payong & juga Isteri Kepada Tuan Guru Hj Husein Rahimi

Jalan Ini: Persoalan Kenajisan Air Kencing Bayi Lelaki yang Minum <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2013 05:44 AM PDT

Saya ditanya oleh seorang sahabat dari Jengka, Pahang berkenaan air kencing bayi lelaki yang hanya meminum susu tepung, adakah dikira najis ringan atau pertengahan. Saya tidak mampu menjawabnya kerana sepanjang kefahaman saya mengenai permasalahan ini, air kencing bayi lelaki yang berusia kurang daripada dua tahun dan tidak makan atau minum apa-apa selain susu adalah najis ringan. 
Saya tidak tahu apakah susu yang dimaksudkan itu. Adakah susu tersebut adalah susu ibu kandung, wanita, manusia, atau semua jenis susu termasuklah susu binatang? Adakah juga susu tersebut adalah susu cair yang diminum atau semua bentuk susu termasuklah susu tepung yang dimakan? Sekiranya yang dimaksudkan hanyalah susu ibu kandung, ertinya bayi yang minum susu wanita lain, air kencingnya dikira najis pertengahan. Begitulah selanjutnya.
Setelah membuka beberapa kitab fikah mazhab al-Syafi'i, jawapan tidak diketemui. Para pengarang tidak menyentuh perkara ini. Mereka hanya menyebut 'susu' tanpa menjelaskan susu siapa dan bentuk susu tersebut. Akhirnya, setelah membelek kitab al-Iqna' oleh al-Khathib al-Syirbini bersama hasyiyah oleh para ulama, tahulah bahawa semua jenis susu termasuk dalam takrifan susu dalam masalah tersesebut.
... بأن اقتصر على أكل اللبن بسائر أنواعه ومنه الجبن الخالي عن الأنفحة والقشطة والزبد على المعتمد في ذلك أكان لبن أمه أم غيرها ولو من مغلظ
Terjemahan: ... iaitu dengan hanya makan susu daripada semua jenisnya. Antaranya, keju tanpa rennet, krim, mentega mengikut pendapat muktamad dalam perkara tersebut tidak kira sama ada diperbuat daripada susu ibunya atau orang lain walaupun daripada haiwan yang najis berat. [Hal. 90]
Walau bagaimanapun, ini adalah pendapat mazhab. Saya belum mampu memberikan pendapat sendiri kerana belum melakukan kajian dalil dan tarjih. Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads