Rabu, 20 Mac 2013

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Krisis <b>Di</b> Lahad Datu Iktibar Kepada Rakyat <b>Kelantan</b> Yang Buminya <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 05:30 PM PDT

Krisis yang berlaku di Lahad Datu Sabah seharusnya dijadikan iktibar oleh seluruh rakyat Kelantan yang selama ini alpa kerana telah memilih sebuah kerajaan yang terlalu gemar memajak tanah-tanah di negeri tanah serendah sekebun bunga ini.

Pada masa-masa akan datang kita tidak tahu apa yang akan berlaku, namun sikap suka 'MEMAJAK' tanah itu pasti akan mendatangkan risiko, cumanya mungkin risiko itu dalam bentuk yang berbeza, namun ia tetap berisiko.

Hari ini mungkin kita boleh mendabik dada menepis isu-isu pajakan tanah ini dengan kepelbagaian mantik , esok hari ianya belum tentu, dan begitulah yang berlaku terhadap Kesultanan Sulu yang telah memajak tanah di Sabah.

Menurut maklumat sejarah, Sultan Jamalul A'zam @ A'lam, (perjanjian Pajakan Sabah 1878)


Beliau menandatangani surat perjanjian "PAJAKAN SABAH 1878" dengan Baron Von Overbeck & Alfred Dent sebagai individu pemajak (penyewa).

Perjanjian "pajakan" yang bersejarah ini tidak mendapat persetujuan dari ke-rabat diraja Maharaja Adinda Aranan mahupun para datu-datu diraja yang lain keseluruhannya.

Istilah "PAJAKAN" bermaksud pajak atau sewa, bukannya "PENYERAHAN" yang membawa maksud 'menyerahkan hak keseluruhannya tanpa ada tuntutan lagi di hari kemudian'. Istilah "penyerahan" itu sendiri tidaklah membawa maksud penyerahan secara mutlak tetapi sebenarnya adalah "Amanah", lihat Kamus Dewan (Edisi Keempat) m.s. 1463 tertulis "Penyerahan perbuatan menyerahkan (mempercayakan, mengamanahkan, dll): Contoh ayat "Kekalahan China diikuti oleh penyerahan Hong Kong kepada British". Walhal umum mengetahui kerajaan British akhirnya menyerahkan semula Hong Kong kepada China. 
Kerajaan Malaysia juga masih menganggap "PENYERAHAN" itu sebagai "PAJAKAN" ini kerana tanpa diketahui umum Kerajaan Malaysia masih tetap meneruskan bayaran pajakan Sabah itu kepada waris Kesultanan Sulu dari keluarga KIRAM hingga hari ini sebanyak RM 5000.

Sungguhpun begitu istilah 'pajakan', namun ia bukan penentu kepada hak diatas faktor masa dan keadaan.

Berbalik kepada pajakan tanah di Kelantan, laporan audit telah mengesahkan dimana, pajakan tanah seluas 716.8 ekar yang dipajak oleh Kerajaan Pas Kelantan kepada sebuah syarikat  dalam keadaan kepentingan kerajaan negeri tidak dilindungi itu boleh mengundang risiko yang tinggi kepada Kerajaan.

Perjanjian Projek menyatakan sekiranya pindah milik tanah diperlukan oleh Syarikat bagi pembangunan Projek, Perbadanan Menteri Besar hendaklah membantu Syarikat memperoleh hak milik tanah dan Kerajaan Negeri hendaklah memindah milik tanah tersebut kepada Syarikat.

Semakan Audit mendapati tanah seluas 716.8 ekar telah dipindah milik tanpa sekatan kepada Syarikat antara tahun 2003 hingga 2009. Senarai tanah yang telah dipindah milik kepada Syarikat adalah seperti dibawah.

Sepatutnya, bagi menjamin kepentingan Kerajaan Negeri, pindah milik tanah hanya perlu dibuat selepas Syarikat menyelesaikan projek terutama sumbangan kepada Kerajaan. Keputusan membenarkan pindah milik tanah kepada Syarikat pemaju ini telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar. 
Pemilikan tanah tanpa sekatan kepada Syarikat merupakan satu risiko kepada Kerajaan sekiranya projek tersebut tidak disiapkan sebagaimana perjanjian.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK telah bersetuju tanah yang telah diberi milik boleh dicagarkan kepada mana-mana institusi kewangan setelah mendapat perakuan daripada Jawatankuasa sebelum diangkat kepada MMK bagi mendapat pertimbangan dan kelulusan. Semakan Audit mendapati Syarikat telah mencagarkan tanah seluas 13.52 ekar untuk mendapat pinjaman RM75 juta daripada institusi kewangan untuk membiayai kos projek pembangunan. Cagaran tanah untuk tujuan pinjaman mendatangkan risiko kepada Kerajaan sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan.

Tanah seluas 9.83 ekar dalam Zon A dan Zon B telah terlibat dalam pengambilan balik tanah bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kelantan. Syarikat telah dibayar pampasan RM4.07 juta oleh Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri sekiranya tanah tersebut tidak dipindah milik.

Bon Jaminan Pelaksanaan Tidak Diserahkan

Berdasarkan Klausa 7.18 Perjanjian Projek, Syarikat hendaklah menyerahkan Bon Jaminan Pelaksanaan kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian ditandatangani bagi tujuan melindungi kepentingan Kerajaan Negeri ke atas tanah sekiranya projek tersebut tidak dapat disempurnakan oleh Syarikat. Semakan Audit mendapati bon jaminan pelaksanaan sebanyak 5% atau RM15.91 juta daripada nilai tanah RM318.29 juta yang dipindah milik tidak diserahkan oleh Syarikat.

Pihak Audit dimaklumkan perkara ini berlaku kerana pihak UPEN tidak menyedari mengenai klausa tersebut dalam perjanjian. Bagaimanapun sehingga kini surat tuntutan bon jaminan pelaksanaan kepada Syarikat belum dikeluarkan oleh pihak UPEN.

Pada pendapat Audit, penukaran hak milik tanah kepada Syarikat dan tanah dicagarkan kepada bank serta bon jaminan pelaksanaan tidak diserahkan sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mengundang risiko yang tinggi kepada Kerajaan.

Penilaian Terhadap Cadangan Projek PTSK

Projek PTSK melibatkan pembangunan dan pengindahan di tebing Sungai Kelantan yang melibatkan kos lebih kurang RM2 bilion. Antara komponen projek yang akan dimajukan ialah projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina dan pusat air, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina. Projek ini dicadangkan oleh pihak Syarikat melalui usaha sama dengan Kerajaan Negeri.

Untuk melaksanakan projek usaha sama ini Kerajaan Negeri sepatutnya melantik pakar untuk membuat penilaian projek sama ada viable atau tidak dan kepentingan rakyat terjamin kerana Kerajaan akan memberi tanah seluas lebih kurang 1,000 ekar yang bernilai RM657 juta. Pihak Audit mendapati tiada kajian terperinci dibuat oleh pakar untuk menilai kemampuan syarikat dari segi kewangan dan prestasi, kemampuan Syarikat melaksanakan projek serta keluasan sebenar tapak projek yang akan diberi.

Berdasarkan kertas cadangan UPEN yang diangkat untuk kelulusan MMK, didapati Jawatankuasa Teknikal yang dilantik hanya membuat penilaian biasa berdasarkan pandangan Jabatan Teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Penilaian yang dibuat adalah berkaitan dengan tapak projek dan kesan kepada alam sekitar.

Mesyuarat MMK pada 19 Jun 2002 telah meluluskan projek ini berdasarkan pandangan dan mengesyorkan melalui Kertas Cadangan yang dikemukakan oleh UPEN. Kegagalan Kerajaan Negeri membuat penilaian dan tidak mendapat maklumat terperinci berkenaan kemampuan dan kedudukan kewangan sebenar Syarikat menyebabkan pelaksanaan projek ini tidak mengikut jadual dan sebahagian besar komponen sumbangan tidak dapat diserahkan mengikut jadual dalam perjanjian.  

Pada pendapat Audit, penilaian yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri adalah tidak menyeluruh kerana tidak meliputi kajian terhadap keupayaan Syarikat, keluasan sebenar tapak projek dan keuntungan kepada Kerajaan Negeri.

Justeru melalui pajakan yang dibuat oleh Kerajaan negeri disamping kelembapan otak pemimpin Pas berfikir ini sebarang kemungkinan boleh berlaku, harus diingat, soal pajakan tanah ini tidak hanya berlaku di Lembah Sireh sahaja, malah beratus ribu ekar tanah di Ulu Kelantan telah dipajak kepada syarikat tauke-tauke cina dengan begitu rakus sekali sepanjang 23 tahun Pas mentadbir Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads