Rabu, 27 Mac 2013

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Ceramah YB Dato Hamidah <b>di Machang</b> cuba dihalang oleh <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2013 05:40 AM PDT

By Sungai Rapat on Saturday, March 23, 2013 with 0 comments

Malam tadi di Machang ceramah YB Dato Hamidah Osman cuba dihalang oleh penyokong Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan mengadakan ceramah berdekatan betul-betul dijalan masuk ke tapak ceramah YB Dato Hamidah Osman.


Pentas ceramah Serikandi yang dianjurkan oleh wanitan UMNO Bahagian Machang menyaksikan lebih 5,000 penduduk setempat hadir dan mendengar ceramah sehingga tamat.

Walaupun dihalang, penduduk tempatan berjumlah lebih 5000 orang sudah bersedia menanti YB Dato Hamidah bagi mendengar penjelasan mengenai penyelewengan tanah rakyat Kelantan yang diserahkan kepada pemimpin cina DAP Perak.

Sebenarnya kerajaan Pas Kelantan terlalu takut isu penyelewengan tanah rakyat Kelantan didedahkan di negeri Kelantan kerana majoriti rakyat di negeri Kelantan kena tipu hidup-hidup oleh pemimpin Pas.

Pemimpin Pas menipu mereka kononnya biarlah kerajaan Kelantan  dibawah pemerintahan Pas dan tidak ada pembangunan asalkan tanah-tanah masih kepunyaan rakyat Kelantan.

Semua penipuan yang telah dibuat oleh pemimpin Pas negeri Kelantan berjaya didedahkan malam tadi.

Penduduk langsung tidak berganjak kerana ceramah YB Dato Hamidah begitu jelas dan penuh fakta.

YB Dato Hamidah berjaya menerangkan dengan penuh fakta berkenaan penyelewengan tanah rakyat Kelantan yang diserahkan kepada syarikat luar terutamanya kepada syarikat cina DAP Perak Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

Beberapa pemimpin tempatan meminta Pas Kelantan supaya tidak mencipta alasan dengan mendakwa wujudnya sindiket dalam isu pengambilan tanah rakyat di kawasan hulu negeri ini.

Saya kurang pasti apa keadaan sebenar tetapi kalau benar sindiket, apakah ribuan penduduk di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli ini terlibat dengan sindiket, kita tidak nafikan wujud sindiket tetapi jumlah itu amat sedikit.

YB Dato Hamidah Osman berkata kalau di negeri Perak ita tidak pernah merampas dengan zalim tanah yang rakyat telah usahakan tetapi di Kelantan sebaliknya dibawah kepimpinan Pas bukan sahaja sanggup meluluskan kepada syarikat luar tetapi sebaliknya mereka juga merampas hak rakyat negeri Kelantan yang telah diusahakan rakyat selama 20 sehingga 30 tahun diberikan kepada syarikat swasta di antara mereka tidak memiliki geran.

Diakhir ceramah YB Dato Hamidah mengingatkan kepada rakyat Machang khasnya bahawa jaminan bahawa jika negeri Kelantan masih dibawah pemerintahan  Pas tanah rakyat negeri Kelantan tidak akan terlepas ke tangan bangsa cina sudah berlalu kerana sepanjang perjalanan daripada Simpang Pulai hinggalah ke Kuala Kerai tanah tanah-tanah rakyat negeri Kelantan sudah gondol dan kebanyakannya telah diusahakan oleh pengusaha cina daripada Singapura.

Walaupun hampir kesemua tanah telah diserahkan kepada pengusaha dari luar tetapi negeri Kelantan tetap masih mundur. Oleh itu pada PRU13 kali ini diharap rakyat negeri Kelantan membuat satu keputusan yang baik iaitu menukarkan kerajaan Pas kepasa kerajaan Barisan Nasional.

Category: politik , wanita umno , YB Hamidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads