Selasa, 2 April 2013

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Assassin Cyber: Kayu balak TG Nik Aziz bergelimpangan <b>di Rantau</b> <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 01:25 AM PST


RANTAU PANJANG – Penduduk yang sedang nyenyak tidur, awal pagi semalam di Kampung Kubang Rambutan, dikejutkan dengan dentuman kuat akibat treler balak terbalik di hadapan sebuah rumah, di sini.
Kebanyakan penduduk yang terjaga meninjau keadaan dan mendapati kayu balak bergelimpangan di halaman rumah itu, malah treler berkenaan turut menghempap sebuah lori diletakkan berdekatan, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu berlaku ketika pemandu treler berkenaan dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke kilang kayu di Lubok Jong.
Pemilik kediaman terlibat, Mohd Zain Yaacob, 40, berkata, dia yang tinggal di rumah itu sejak 19 tahun lalu terkejut kerana bunyi begitu kuat seolah-olah benda meletup.
Menurutnya, dia bergegas keluar rumah untuk melihat punca bunyi dan melihat banyak kayu balak di hadapan rumahnya.
"Selepas melihat keadaan di halaman rumah, saya mengejutkan keempat-empat anak serta isteri serta mengajak mereka tidur pada bahagian belakang rumah.
"Rumah tidak terjejas, cuma tangga mengalami sedikit kerosakan terkena kayu balak yang jatuh dari treler," katanya.
Sementara itu, pemandu lori yang dihempap, Wan Mohd Zuki Wan Mohd Nor, 40, berkata, dia dimaklumkan Wan Mohd Zuki berhubung kejadian tidak lama selepas kemalangan dan bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, lori berkenaan memang diletakkan di hadapan rumah itu sejak tiga tahun lalu, tetapi belum pernah berlaku kejadian tidak diingini dan kemalangan semalam merupakan kejadian pertama.
"Lori rosak pada bahagian belakang akibat kejadian itu, kerugian belum dapat dipastikan, saya menjangkakan melebihi RM10,000," katanya semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian sehingga berita ini ditulis. Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads