Isnin, 1 April 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Kemarahan Rakyat <b>Kelantan</b> Sudah Sampai Kemuncak apabila 1/3 <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 01:56 AM PDT


Kemarahan rakyat terhadap tindakan kerajaan Pas Kelantan menjual tanah negeri itu kepada syarikat asing semakin memuncak apabila mereka menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi memohon campur tangan baginda.

Memorandum setebal 313 muka surat bertajuk 'Memorandum Penyelewengan Kerajaan Pas dan Penyerahan Tanah Kepada Syarikat Asing' itu diserahkan dalam perhimpunan aman yang disertai lebih 5,000 rakyat Kelantan di Dataran Al-Muhammadi berhadapan Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MKTRK), Azmi Ali yang mengetuai perhimpunan itu menyerahkan memorandum tersebut kepada Pegawai Istana, Zairi Abdullah yang mewakili baginda pada pukul 10.50 pagi ini.

Menurut Azmi, memorandum itu diserahkan sebagai manifestasi kekecewaan mereka berhubung isu itu sehingga terpaksa merayu campur tangan baginda selepas kerajaan Pas Kelantan hanya membisu dan tidak menghiraukan rintihan rakyat.

"Kami berkumpul di sini bagi menyatakan kekesalan. Rakyat Kelantan sentiasa menyokong baginda dan percaya baginda mempunyai kuasa menjaga kawasan jajahan baginda terutama tanah-tanah ini daripada terus dijual dan diceroboh," katanya ketika berucap dalam perhimpunan itu.

Polemik penjualan tanah di Hulu Kelantan bermula ekoran projek Ladang Rakyat yang dibangunkan kerajaan Pas Kelantan gagal memberi manfaat kepada peserta sebaliknya hanya menyebabkan bumi Kelantan gondol dan berlaku pencemaran air.

Penjualan tanah secara berleluasa itu menjadi 'semakin panas' selepas sebuah blog, pisau.net tahun lalu, mendedahkan kerajaan Pas Kelantan menjual lebih 4,000 hektar tanah di kawasan tersebut kepada dua pemimpin DAP Perak.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam reaksinya seperti dilaporkan Utusan Malaysia baru-baru ini, tidak mengakui kegagalan mereka menguruskan tanah di Hulu Kelantan, malah menuduh kebanyakan peneroka yang memohon tanah di kawasan itu tidak menggunakan saluran betul sebaliknya berurusan melalui sindiket.

Dalam masa sama, beliau mendakwa, pelbagai bantahan rakyat terhadap kerajaan Pas Kelantan berhubung isu tanah yang dirampas itu hanyalah sandiwara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu, Azmi ketika ditemui berkata, mereka memperincikan setiap tanah di Hulu Kelantan yang telah dijual kepada syarikat asing dan nama-nama syarikat yang terlibat dalam memorandum tersebut.

"Saya ada bukti lebih 400,000 hektar atau satu pertiga tanah di Kelantan dijual kepada syarikat asing bukan bumiputera dan kami sebagai rakyat sudah melakukan segalanya untuk menghalang penjualan ini, namun gagal dan hanya baginda harapan kami," katanya.


Category: politik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads