Khamis, 20 Jun 2013

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Bo La Weiii: PANAS TELINGA <b>DI BUNUT PAYONG</b> - PINTU KOTA <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 10:09 AM PDT


KOTA BHARU, Mac 17 - Seramai 1,200 penduduk menghadiri Ceramah Perdana Anjuran BN Parlimen Kota Bharu di Kediaman Mat Titir Jalan Bt. 2, Bunut Payong, Kota Bharu semalam. Ceramah yang bertajuk "PAS KEMUNGKARAN POLITIK & AKIDAH" disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hassan Basri (Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) & Yang Berhormat Dato' Nozula Mat Diah (Adun Pagoh) semalam.
     Program yang bermula pada jam 09:00 malam itu telah mengupas dan mendedahkan pelbagai kesalahan dan salah laku PAS dan kepimpinannya kepada masyarakat. Antara isu yang dibangkitkan oleh Ustaz Hassan Basri kepada kepimpinan PAS adalah mengapa PAS tidak dapat menerima UMNO sebagai rakan perjuangan politik mereka. Katanya lagi, UMNO & PAS ini miliki Tuhan yang sama, rasul yang sama, kiblat yang sama, kitab yang sama dan pelbagai kesamaan berbanding DAP yang terang-terang menolak Islam.

     Selain itu beliau juga berkata, PAS kini telah menggadaikan perjuangan turun-temurun parti itu dengan menggugurkan perjuangan "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" yang mana diakui oleh PAS bahawa Negara Islam tidak terdapat di dalam Al-Quran. Selain, amanat-amanat songsang yang dikeluarkan oleh pimpinan-pimpinan parti tersebut telah banyak mengelirukan masyarakat sehingga timbul isu Solat Jumaat 2 Imam dan pelbagai lagi yang mana memecah-belahkan masyarakat.



    Seterusnya, Ustaz Hassan Basri turut menyeru ahli-ahli pas yang cintakan agama untuk tidak memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Beliau turut menjelaskan tidak memberi undi kepada PAS tidak bermakna menolak Islam, kerana PAS itu bukan Agama. PAS hanya sebuah parti politik yang menggunakan agama untuk kepentingan semata-mata. Disamping itu, beliau juga melahirkan rasa bimbang terhadap agenda Kristianisasi yang menular dalam kalangan masyarakat dan mengutuk tindakan kepimpinan PAS yang membenarkan Kalimah Allah s.w.t. diguna oleh agama lain.
     Di akhir ceramah beliau, Ustaz Hassan Basri melaungkan takbir dan memberi tahu umum bahawa takbir bukan milik PAS sebagai mana dakwaan PAS "UMNO meniru PAS dengan bertakbir". Beliau turut memberitahu "dengan takbirlah Malayan Union dahulu ditumbangkan di era penjajahan dan Insha Allah dengan takbir kita akan tumbangkan Pakatan Rakyat".

p/s: Insha Allah dengan izin Allah s.w.t. Pintu Kota Darul Naim bukan sahaja bakal bergegar bahkan akan berlaku tsunami perubahan di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Guano Pos PAS di Bunut Payong tutup maso ceramoh ni... Panas Telingo ko belako? Bo La Weiii jadi kuda tunggangan DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads