Selasa, 18 Jun 2013

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Projek Ladang Depu Dibuka <b>Di Gua Musang</b> - Kota Bharu News

Posted: 14 Jun 2013 07:27 AM PDT

GUA MUSANG – Kesetiaan kaum Orang Asli menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei lalu akan terus dibela dengan pelbagai kemajuan termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, peluang pekerjaan yang paling besar akan disediakan kepada mereka ladang gaharu bernilai RM3 juta yang bakal dibuka tidak lama lagi sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.

Beliau berkata, walaupun pelbagai isu ditimbulkan pembangkang untuk mempengaruhi mereka, tetapi kaum itu menolaknya kerana menganggap BN sahaja yang boleh membantunya.

"Kita cukup menghormati kesetiaan Orang Asli yang setiap kali menyokong BN hingga kita kekal menang kerusi Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi Dun pada PRU13 itu membolehkan kita meneruskan agenda pembangunan untuk mereka.

"Walaupun kita juga mengharapkan sokongan kepada kaum lain, tetapi Orang Asli lah yang tetap setiap hingga 80 peratus menyokong kita," katanya ketika berucap pada Majlis Kemenangan BN di Pos Brooke, Lojing, dekat sini, petang kelmarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof, Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Mohd Noor dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian, Zamzani Harun.

Tengku Razaleigh berkata, usahanya untuk membuka ladang gaharu itu kerana ia mempunyai potensi yang cukup besar dan mampu untuk memberi pendapatan lumayan kepada mereka sepanjang tempoh ladang itu dibuka.

Malah, kata beliau, pasaran gaharu membabitkan permintaan beberapa negara luar juga meningkat dan harga yang paling tinggi sekarang RM50,000 sekilogram.

"Bagaimanapun, kita masih belum dapat membuka ladang itu kerana terhalang dengan kelulusan tanah oleh kerajaan negeri, tetapi kita yakin perkara yang dalam peringkat penyelesaian dapat dipertimbangkan," katanya.

Beliau menyerah kepada dua wakil rakyat termasuk Adun Galas, Ab Aziz dan Adun Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani untuk berbincang mengenai tanah untuk ladang itu dengan kerajaan negeri Kelantan yang baru.

Katanya, sementara ladang gaharu mendapat hasil nanti, penduduk Orang Asli terbabit juga akan diberi peluang mengusahakan ladang rotan manau di kawasan sama untuk menampung perbelanjaan berikutan pasaran rotan itu semakin mendapat permintaan.

"Tengoklah nanti Orang Asli yang ditawarkan pemilikan saham dalam dua perladangan itu akan mampu memperoleh pendapatan lumayan dan sekali gus memberi perubahan besar dalam kehidupan mereka," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads