Selasa, 4 Jun 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Perigi Timur: Zalim Sungguh!!! Kerajaan Pas <b>Negeri Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 21 May 2013 08:25 PM PDT

Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM69 juta kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan syiar Islam di negeri ini pada tahun ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan yang disalurkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) itu adalah untuk perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan. 

Menurut beliau, pihaknya berharap kerjasama yang baik di antara Kerajaan Pusat dan negeri akan diteruskan bagi membantu menyelaraskan aktiviti keagamaan di negeri ini.

"Saya datang hari ini bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi membincangkan hal-hal berkaitan penyelarasan agama dalam erti kata tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan negeri membangunkan agama Islam ke arah memupuk semangat kesepaduan bersama dalam melaksanakan aktiviti keagamaan. 

"Pada pertemuan ini, saya persembahkan kepada Menteri Besar tentang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta untuk kerajaan Kelantan bagi menampung pelbagai perbelanjaan termasuk sekolah agama di negeri ini.

"Peruntukan ini juga adalah untuk membayar elaun untuk lebih 900 orang imam, guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) untuk lebih 5,000 orang, penyumbang agama lebih 800 orang, pengawai penyelaras masjid daerah di Kelantan serta guru-guru takmir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad di Kota Darulnaim disini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankusa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan, dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Mengulas mengenai Sekolah Agama Rakyat (SAR) Jamil Khir berkata, pihaknya mengalu-alukan sekiranya Kerajaan Pas Kelantan ingin mendaftarkan sekolah tersebut dengan Kementerian Pelajaran di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) - Utusan

PT
Untung betul kerajaan Pas dalam Pru13 lepas kalahkan BN tapi Kerajaan BN tetap bantu jugak...adakah ini zalim???

Mukhriz cabar pembangkang lepas kuasa <b>di negeri</b> P. Pinang <b>...</b>

Posted: 22 May 2013 07:30 AM PDT

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencabar pakatan pembangkang agar melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya mereka masih tidak boleh menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau turut meminta pakatan pembangkang agar tidak terus mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu undi popular.

"Tidak wajar untuk mereka memaksa kerajaan Barisan Nasional berundur sedangkan mereka sendiri tidak mahu berundur di negeri yang dimenangi. Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan PRU13, termasuklah di negeri yang mereka menangi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mukhriz menyeru Anwar serta konco beliau dalam pembangkang agar segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar.

Beliau berkata, mereka tidak sepatutnya membazirkan masa menerusi perhimpunan yang boleh merosak keharmonian serta mencalar imej negara, khususnya negeri Kedah yang aman damai.

Mukhriz berkata, jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks PAS Kota Sarang Semut semalam yang terlalu sedikit jika dibanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti menolak budaya liar yang cuba dibawa penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembangkang.

"Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada negeri Kedah," katanya.

Beliau berkata, tumpuan kerajaan negeri yang dipilih majoriti rakyat sekarang ialah memenuhi segala aku janji dalam tempoh lima tahun akan datang, dan memenuhi ikrar melakukan transformasi bagi menjana pembangunan bermanfaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang. 

"Sehubungan dengan itu, saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan," katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads