Selasa, 12 November 2013

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


<b>Rantau Panjang</b>: Abdullah Pertahan Jawatan Ketua | AZMY <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2013 03:48 AM PDT

Penyandang Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim mempertahankan jawatannya dalam keputusan tidak rasmi yang diperoleh kira-kira pukul 5.45 petang ini.

Abdullah memperoleh 309 undi, diikuti bekas timbalannya, Datuk Shaari Mat Hussain 255 undi dan bekas Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail, 205 undi.

Dua lagi pencabar yang kurang dikenali, Mohamad Che'l hanya menerima 11 undi dan Din Mamat, 12 undi.

Sebanyak 12 undi rosak daripada 825 perwakilan yang mendaftar pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang yang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini. - UTUSAN

<b>Rantau Panjang</b>: Proses pengundian lancar - Utusan Online

Posted: 18 Oct 2013 09:42 PM PDT

RANTAU PANJANG 19 Okt. - Proses pengundian di UMNO Bahagian Rantau Panjang yang bermula kira-kira pukul 10.45 pagi ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Seramai 825 orang termasuk 740 perwakilan akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin di peringkat Pusat dan bahagian.

Pemilihan UMNO Bahagian Rantau Panjang mendapat perhatian daripada banyak pihak kerana ia membabitkan persaingan sengit lima penjuru bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Mereka yang bertanding ialah penyandang jawatan tersebut, Datuk Abdullah Mat Yasim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Shaari Mat Hussain; bekas Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Zain Ismail dan dua lagi individu iaitu, Mohamad Che'l dan Din Mamat. - UTUSAN ONLINE

K B B R I: &#39;Ulat parking&#39; <b>di</b> Zon Bebas Cukai <b>Rantau Panjang</b>

Posted: 07 Nov 2013 01:32 AM PST

RANTAU PANJANG: Pengunjung merungut apabila beberapa individu (ulat parking) meminta wang setiap kali meletakkan kereta di Zon Bebas Cukai di sini.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Mahani Sudin, 39, berkata, meskipun sudah membayar tiket parkir dengan pihak berkuasa, namun individu berkenaan tetap mendesak pengunjung untuk membayar RM2.

Menurutnya, wang itu kononnya akan memberi jaminan keselamatan kenderaan sepanjang berada di Zon Bebas Cukai. "Pengunjung terpaksa mengikut kehendak mereka kerana risau sekiranya kenderaan mereka dirosakkan.

"Bukan itu sahaja, sekiranya pengunjung enggan membayar, mereka tak akan berganjak dari tempat letak kereta menyebabkan pengunjung tidak boleh keluar dari petak parkir selepas membeli belah," katanya.

Mahani berkata, 'ulat parking' ini hanya beroperasi pada hari minggu dan cuti umum selama beberapa jam antara jam 10 pagi hingga 1 petang.

Katanya, memandangkan ketika ini musim cuti panjang, beberapa pihak dilihat menjadikan kawasan tempat letak kereta dekat pasaraya sebagai sasaran.

"Pihak terbabit hanya akan menyembunyikan diri buat seketika, sekiranya tindak tanduk mereka dihidu pihak berkuasa.

"Penduduk dan pengunjung risau sekiranya wang yang diperoleh digunakan untuk jenayah mahupun membeli dadah," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 5  Nov. 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads