Khamis, 26 Disember 2013

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Kejadian Tembakan <b>di Bachok</b>, Kelantan 14 November 2013 <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2013 10:56 AM PST

Malam tadi dalam perjalan pulang dari KL, rakan dapat berita berlaku kejadian tembak lagi.  Katanya kali ini berlaku di Bachok Kelantan.  Patutlah kami terpaksa menempuhi dua sekatan jalanraya dibuat PDRM.

Terfikir sejenak, sekarang diri ini berada di Amerika ke? Owh tidak, ia adalah Amerika 20 tahun lepas. Ini Malaysia sekarang yang telah berjaya mengikut jejak mereka.

Terasa gerun dihati.  Bagaimana tahap keselamatan kita?

Mati itu pasti, cuma asbab diantara kita semua berbeza mengikut cara yang telah ditetapkan.

~~~~

Tiba sahaja dirumah, terus On Macbook dan buat carian guna google untuk kepastian.  Terus  muncul laman blog HAMBALIABDULLAH di page pertama google search.  Rasanya ada maklumat direct yang disampaikan kepada admin.  Ia berita yang belum dikeluarkan oleh Metro Online lagi.

Tindakan yang cepat.

Bagi memudahkan kerja, saya copy & paste terus entry post beliau dibawah.  Sumber asal anda boleh rujuk di blog beliau: HAMBALIAABDULLAH.

LAGI KES TEMBAK DI BACHOK KELANTAN !!!


Mengikut info dari sahabat ambo...,kejadian berlaku berhadapan Medan Ikan Bakar, Pengkalan Petah, Tawang, Bachok lebih kurang jam 08.30 malam, 14 November 2013 Khamis bersamaan 10 Muharram 1435 .

Mangsa mati di tempat kejadian ekoran terkena 3 das tembakan yang mana 1 tembakan kena di kepala.

Apa-apa hal pun... kita sebagai orang awam jangan cepat buat andaian tentang kes ini dan biarlah PDRM lakukan siasatan secara terperinci.

Al Fatihah... 

Salam Takziah Buat keluarga Mangsa...

(UPDATE) BACHOK: Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, di sini, kira-kira 8.45 malam tadi.
Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga.
Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.
MyMetro

Ia hasil maklumat yang dipanjang-panjangkan melalui applikasi Whatsapp - android DAN . Maklumat hujung jari memang pantas. Sangat penting jika tidak disalahgunakan.  

Malaysia dah semakin maju sekarang sama seperti Amerika dulu.  Buktinya dulu kes sebegini jarang berlaku dan maklumat lambat sampai.  Sekarang belum sempat berita rasmi keluar lagi dah dapat maklumat terperinci.

Semoga kita semua dilindungi oleh Allah s.w.t.  Hanya kepada DIA tempat kita semua makhluk bergantung dan berharap.  Tiada yang lain melainkan DIA.  Kerana kita manusia yang tiada daya dan upaya.

Mata pun dah kuyu, Letih dan mengantuk teramat sangat.

Nak rehatkan jasad sebentar.  Ingat mati - ketenangan akan mucul.

Selamat malam semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads