Sabtu, 28 Disember 2013

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Jaulah Masjid 1 - Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, <b>Kuala Krai</b>

Posted: 18 Dec 2013 05:35 AM PST

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk melawat sebuah masjid jajahan, iaitu jajahan Kuala Krai, yang diberi nama, Masjid Tengku Muhammad Faris Petra.
Kedudukan
Koordinat Masjid Tengku Muhammad Faris Petra adalah 5°31'42"N 102°11'56"E. Kedudukannya sememangnya sedikit tersembunyi, berbanding masjid-masjid jajahan yang lain. Malahan, jika dibandingkan, masjid ini adalah lebih kecil berbanding masjid jajahan yang lain, seperti Masjid Pasir Puteh. Kawasannya yang agak terpencil menyebabkan bilangan makmumnya adalah sedikit kurang berbanding dengan masjid jajahan yang lain. Sewaktu kehadiran ana pada petang maghrib tersebut, bilangan makmum yang hadir adalah satu saf sahaja. Semoga diberikan hidayah kepada kita semua untuk sama-sama menghadiri sembahyang berjemaah pada masa akan datang.Keistimewaan
Oleh kerana persinggahan ana yang cukup sekejap di masjid ini, keistimewaan yang ana sebutkan hanyalah sekelumit daripada banyak-banyak yang tersembunyi. Seni binanya cukup menarik. Begitu juga, pintu-pintu masuk ke ruang sembahyang diletakkan nama-nama empat khulafa' ar-rasyidin. Meletakkan nama bagi pintu merupakan perkara yang jarang ana temui, walaupun menamakannya adalah perbuatan yang selalu kita dengar di dalam hadis. Contohnya, pintu Al-Rayyan adalah nama sebuah pintu di dalam syurga, menurut sebuah hadis yang sahih. Justeru, tindakan menamakan empat pintu masuk pada mata ana, adalah istimewa.

Selain itu, zikir selepas solat di masjid ini agak lama, jadi, kepada sesiapa yang sukakannya, bolehlah datang ke sini dan jadikan sebagai rutin.

Di sini juga, diadakan pengajian kitab-kitab setiap malam, selepas maghrib. Salah seorang daripada penceramahnya adalah Dr Abdul Basit Abdul Rahman yang merupakan seorang personaliti TV.

Penutup
Sebelum ana melangkah pergi dari masjid ini, ana mensedekahkan RM2 sebagai bekalan akhirat. Semoga diberikan kebaikan kepada ana atas perbuatan ini, dan ana menceritakannya semata-mata untuk memberi semangat kepada semua untuk bersedekah juga.
InsyaAllah, ana akan melawat Masjid Pasir Puteh pula apa ada kesempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads