Ahad, 15 Disember 2013

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Cuti Sekolah, Kenduri Kawen & Homestay <b>di Machang</b>, Kelantan

Posted: 27 Nov 2013 08:06 PM PST

Sempena cuti sekolah ni belum up lagi entri homestay. kepada yang berminat kami ada menyediakan homestay di machang. sangat dekat dengan UiTM machang. Biasanya selalu disewa oleh ibu bapa yang nak hantar anak ke UiTM. untuk sebab2 lain pun boleh =)
___________________________________
Homestay ini terletak di Kg. Sungai Mas, Machang, Kelantan
rumah luas sesuai untuk rombongan kenduri
5 minit perjalanan ke UiTM Machang
10 minit ke bandar Machang




juga pandangan hadapan rumah



pandangan bilik dari ruang tamu

juga terdapat meja makan di dapur


TV disediakan di ruang tamu



meja solek dalam bilik pertama




tiada katil (UPDATE: bilik ini sudah disediakan katil)
*gambar katil akan diupdate kemudian



untuk homestay ke dua kat bawah k
deposit rm100 tanda booking.
keutamaan keberikan kepada yang bagi deposit
check in 12 tengah hari - check out 12 tengah hari keesokan harinya

cikgu rosdi - 014-5128561

________________________________________________
Homestay ini terletak di Taman Sri Intan, Machang, Kelantan.
Rujuk peta di bawah untuk lebih jelas
sesuai untuk keluarga kecil
5 minit perjalanan ke bandar machang







dapur untuk memasak turut disediakan

pandangan dapur dari ruang tamu







ini adalah homestay kedua
rujuk map di atas untuk mengetahui kedudukan homestay ini

deposit rm100 tanda booking.
keutamaan keberikan kepada yang bagi deposit
check in 12 tengah hari - check out 12 tengah hari keesokan harinya
cikgu rosdi - 014-5128561

Sederet lapan rumah kedai <b>di Machang</b> hangus - Kosmo

Posted: 29 Nov 2013 07:36 AM PST

Sederet lapan rumah kedai di Machang hangus

Sederet lapan rumah kedai di Machang hangus

29/11/2013 2:43pm

MACHANG - Sederet lapan rumah kedai hangus dalam kebakaran di Kampung Membunga, Jalan Machang-Pasir Puteh di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Zulkifli Osman berkata, kesemua barang dalam kedai separuh papan itu tidak sempat diselamatkan kerana api cepat marak dalam kejadian pukul 8.15 malam.

"Antara kedai yang musnah itu adalah kedai cermin dan aluminium, kedai

peralatan komunikasi, kedai runcit, kedai membaik pulih kusyen, kedai dobi dan bengkel kimpalan, membabitkan kerugian didakwa hampir RM500,000.

"Empat jentera bomba dengan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan pasukan bomba sukarela bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu," katanya kepada pemberita di sini.

Zulkifli berkata, pihak bomba terpaksa mendapatkan bekalan air daripada parit berdekatan kerana bekalan air yang disalurkan ke kawasan itu oleh Air Kelantan Sdn Bhd berada pada tekanan rendah. - Kosmo!

Sederet lapan rumah kedai <b>di Machang</b> hangus – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2013 04:55 PM PST

MACHANG: Sederet lapan rumah kedai hangus dalam kebakaran di Kampung Membunga, Jalan Machang-Pasir Puteh di sini malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Zulkifli Osman berkata kesemua barang dalam kedai separuh papan berkenaan tidak sempat diselamatkan kerana api cepat marak dalam kejadian jam 8.15 malam.

Antara kedai yang musnah itu ialah kedai cermin dan aluminium, kedai peralatan komunikasi, kedai runcit, kedai membaik pulih kusyen, kedai dobi dan bengkel kimpalan, membabitkan kerugian didakwa hampir RM500,000.

Empat jentera bomba dengan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan pasukan bomba sukarela bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu, katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata pihak bomba terpaksa mendapatkan bekalan air dari parit berdekatan kerana bekalan air yang disalurkan ke kawasan itu oleh Air Kelantan Sdn Bhd berada pada tekanan rendah.

Beliau berkata punca kebakaran sedang disiasat.

Sementara itu, pemilik kedai cermin dan aluminium, Shakran Ismail, 44, mendakwa mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila barang yang ditempah oleh pelanggan dan peralatan tidak sempat diselamatkan.

Katanya ketika kejadian beliau dan keluarganya sedang bersembahyang Isyak di rumah yang tidak jauh dari kedainya dan bergegas ke tempat kejadian apabila diberitahu menerusi panggilan telefon oleh rakannya.

Peniaga kedai peralatan komunikasi dan barangan runcit, Mohamad Dailami Adul Aziz, 38, berkata beliau menganggarkan mengalami kerugian hampir RM40,000.

Katanya ketika kejadian beliau sedang melayan pelanggan dan menyedarinya apabila melihat api dari kedai bersebelahan dan tidak sempat menyelamatkan barang dalam kedainya.

"Saya hanya sempat memindahkan kereta, itu pun nasib baik saya 'parking' di hadapan kedai," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads