Sabtu, 28 Disember 2013

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


[ Terkini ] 2 Gambar lori bawa asid terbalik <b>di Machang</b> <b>...</b> - BrotherSam

Posted: 26 Dec 2013 06:11 AM PST


Sebuah lori yang membawa muatan 34 tong asid terbabas sebelum terbalik sehingga menyebabkan tumpahan di Jalan Machang-Kota Bharu di Kampung Bukit Belah di sini. 
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Daerah Machang, Penguasa Bomba Kanan Mohd Sabri Ismail berkata kejadian jam 6.30 pagi tadi itu menyebabkan 20 tong yang mengandungi asid hidroklorik dan 14 tong asid nitrik bertaburan di atas jalan raya. "Sebahagian kecil daripada tong tersebut didapati telah bocor dan penduduk berdekatan diminta mengosongkan rumah masing-masing kerana asid itu mampu memudaratkan kesihatan. 


"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mendekati kawasan kejadian, manakala pengguna jalan raya diarah menggunakan jalan alternatif," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 
Katanya lori berkenaan dalam perjalanan dari Machang menuju Kota Baharu dan terbalik di sebelah kiri jalan. 
Seramai 33 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kelantan serta anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) terlibat dalam operasi membersihkan kawasan itu. 
"Keadaan dapat dikawal dengan cepat berikutan beberapa tong sahaja yang bocor dan kami berusaha memastikan asid yang tertumpah itu tidak lagi meruap dan membahayakan orang ramai serta pengguna jalan. 
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala pemandu lori tersebut cedera ringan," katanya. 
Cecair berkenaan dipercayai untuk dihantar ke sebuah syarikat yang mengeluarkan sarung tangan getah di Kota Bharu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads