Jumaat, 13 Disember 2013

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di manek urai</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2013 09:23 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

&#39;Perubahan bermula <b>di Manek Urai</b>&#39; - Utusan Online

Posted: 12 Jul 2009 04:38 PM PDT

'Perubahan bermula di Manek Urai'

PUTRAJAYA 12 Julai - Sokongan dan kesedaran pengundi di Manek Urai terhadap Barisan Nasional (BN) merupakan langkah permulaan ke arah usaha membela nasib rakyat Kelantan pada masa depan.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, BN dan UMNO akan bersama-sama dengan seluruh rakyat Kelantan untuk memulakan langkah pembaharuan itu.

''Ini adalah masa yang tepat untuk membuat perubahan kerana di tangan penduduk Manek Urai, kesemua pembaharuan ini akan bermula.

''Manek Urai boleh menjadi tempat bermulanya perubahan itu kerana rata-rata pengundi sedar dengan politik sempit kepimpinan Pas yang tidak mungkin dapat membawa mereka ke mana-mana," ujarnya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut beliau, jentera kempen UMNO menerima pelbagai keluhan rakyat Manek Urai yang tidak melihat sebarang peningkatan hidup sepanjang diperintah Pas.

''Apabila saya bertemu sendiri dengan pengundi, ramai menyatakan keadaan ini perlu berubah dan rakyat tidak boleh lagi digula-gulakan.

''Jauh di sudut hati mereka tertanya-tanya apakah kerajaan Kelantan sedar bahawa ramai rakyat di pedalaman masih hidup dalam keadaan yang jauh tertinggal dan semakin hari peluang mereka semakin tertutup," ujarnya.

Beliau berkata, saban hari penduduk Manek Urai dan sekitarnya melihat kekayaan hasil bumi dari Kelantan khususnya kayu balak dibawa keluar.

Jelasnya, hasil bumi bernilai jutaan ringgit itu adalah milik negeri dan rakyat Kelantan berhak menikmati pulangan daripadanya.

''Mereka tertanya-tanya apakah tidak mungkin kerajaan negeri dapat membuat perubahan dan berkongsi kekayaan dengan rakyat secara lebih telus," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads