Sabtu, 7 Disember 2013

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di manek urai</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 09:11 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

&#39;Perubahan bermula <b>di Manek Urai</b>&#39; - Utusan Online

Posted: 12 Jul 2009 04:38 PM PDT

'Perubahan bermula di Manek Urai'

PUTRAJAYA 12 Julai - Sokongan dan kesedaran pengundi di Manek Urai terhadap Barisan Nasional (BN) merupakan langkah permulaan ke arah usaha membela nasib rakyat Kelantan pada masa depan.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, BN dan UMNO akan bersama-sama dengan seluruh rakyat Kelantan untuk memulakan langkah pembaharuan itu.

''Ini adalah masa yang tepat untuk membuat perubahan kerana di tangan penduduk Manek Urai, kesemua pembaharuan ini akan bermula.

''Manek Urai boleh menjadi tempat bermulanya perubahan itu kerana rata-rata pengundi sedar dengan politik sempit kepimpinan Pas yang tidak mungkin dapat membawa mereka ke mana-mana," ujarnya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut beliau, jentera kempen UMNO menerima pelbagai keluhan rakyat Manek Urai yang tidak melihat sebarang peningkatan hidup sepanjang diperintah Pas.

''Apabila saya bertemu sendiri dengan pengundi, ramai menyatakan keadaan ini perlu berubah dan rakyat tidak boleh lagi digula-gulakan.

''Jauh di sudut hati mereka tertanya-tanya apakah kerajaan Kelantan sedar bahawa ramai rakyat di pedalaman masih hidup dalam keadaan yang jauh tertinggal dan semakin hari peluang mereka semakin tertutup," ujarnya.

Beliau berkata, saban hari penduduk Manek Urai dan sekitarnya melihat kekayaan hasil bumi dari Kelantan khususnya kayu balak dibawa keluar.

Jelasnya, hasil bumi bernilai jutaan ringgit itu adalah milik negeri dan rakyat Kelantan berhak menikmati pulangan daripadanya.

''Mereka tertanya-tanya apakah tidak mungkin kerajaan negeri dapat membuat perubahan dan berkongsi kekayaan dengan rakyat secara lebih telus," ujarnya.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di manek urai</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2013 09:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DATUK NIK SAPEIA: PRU 13 PPP mendapat DUN <b>Manek Urai</b>

Posted: 28 Mar 2013 09:44 PM PDT

PPP diberi kepercayaan kepimpinan Barisan Nasional untuk meletak calon di DUN Manek Urai untuk mewakili Barisan Nasional dalam PRU 13. Penghargaan ini diberi berdasar segala usaha yang telah dilakukan oleh peminpin dan ahli PPP khususnya di Parlimen Kuala Krai untuk menambat sokongan rakyat tempatan. Berkat kerja dan program2 yang dilaksanakan oleh PPP Kelantan mendapat sambutan yang hangat oleh rakyat Kuala Krai terutama di DUN Manek Krai. Oleh itu PPP Kelantan diberi kepercayaan untuk mengetengahkan calon untuk DUN Manek Urai dan PPP telah menyerah tugas itu kepada Ketua Wanita PPP Kelantan , Datin Dr Suriani Yahya.

Datin Dr Suriani binti Yahya atau dikenali dikalangan penduduk Manek Urai sebagai Datin Su atau Dr Su, tidak asing bagi penduduk Manek Urai. beliau sentiasa bersama sama mengendali program 2 PPP yang di adakan di Kuala Krai khususnya di Manek Urai bersama Datuk Nik Sapeia Nik Yusof , Naib Presiden PPP Malaysia merangkap Ketua perhubungan PPP Kelantan.

Buat julung kali PPP kelantan mendapat sebuah kerusi untuk bertanding di Negri Kelantan. Memadangkan Dr Su merupakan calon boleh menang atau winnable candidate maka dengan semangat juang yang tinggi dan doa kehadrat Illahi agar mendapat restu PPP Kelantan melancar kempen pilihan raya dengan merasmi Pusat Bantuan PPP/BN DUN Manek Urai di Kg Laloh  pada 3/3/13 dibanjiri oleh sekitar 4000 penduduk DUN Manek Urai.

Beberapa program susulan telah diadakan di beberapa kampung termasuk Kg Peria Baru Kg Manek Urai Lama, Kg Peria. Kehadiran disetiap majlis perjumpaan amat memuaskan dengan kehadiran melebihi 500orang , dan mereka memberi sokongan padu pada Datuk Nik Sapeia dan Datin Su. Insya Allah PPP kelantan akan berusaha hingga berjaya menawan DUN Manek Urai sebagai usaha untuk Barisan Nasional memerintah Negri Kelantan Negri Tuanku Cik Siti Wan Kembang.

Siemens MelayuMaju: Gambar Jambatan <b>Manek Urai</b> tetap <b>di</b> bina <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2013 07:30 AM PDT

Penduduk <b>Manek Urai</b> ingat jasa Tuan Aziz | The Malaysian Times

Posted: 24 Apr 2013 01:05 AM PDT

KUALA KRAI, 24 April: Ketika pilihan raya kecil Manek Urai pada 2009, nama Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat tidak asing lagi kepada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Walaupun tewas kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dengan majority hanya 65 undi, ia tidak menyekat Tuan Aziz daripada berusaha menunaikan janji untuk membawa pembangunan ke DUN berkenaan.

Ini antara lain dizahirkan melalui projek yang keseluruhannya bernilai jutaan ringgit seperti pembinaan jambatan baharu di Kampung Manek Urai Lama berharga kira-kira RM15 juta, pembesaran Masjid Temalir (RM600,000) dan pusat sukan dan rekreasi di Kampung Manjor (RM300,000).

Ketiga-tiga projek yang dilihat besar ertinya kepada penduduk itu kini hampir siap.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini, Tuan Aziz merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Krai yang akan menentang penyandang daripada PAS, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli.

Merangkumi empat DUN iaitu Mengkebang, Guchil, Manek Urai dan Dabong, Parlimen Kuala Krai mempunyai 63,101 pengundi dengan Melayu 93.9 peratus, diikuti Cina (4.4 peratus), India (1.33 peratus) dan lain-lain (0.22 peratus).

Penduduk Kampung Manek Urai Lama, Mohd Zamzuri Alias, 45, melahirkan rasa syukur kerana Tuan Aziz terpilih sebagai calon BN untuk Parlimen itu.

"Kami masih ingat jasanya yang telah mengubah keadaan di Manek Urai. Kami tidak mahu lagi tersilap pilih kerana kami mahukan pemimpin yang boleh membawa perubahan," katanya.

Warga emas dari Kampung Temalir, Yusof Abu, 70, berkata pemilihan Tuan Aziz untuk bertanding di Manek Urai dulu dianggapnya sebagai 'rahmat' yang telah membawa kepada pembesaran Masjid Temalir.

"Kalau dulu hanya berapa puluh jemaah sahaja boleh bersembahyang, kini beratus orang boleh sembahyang sekali. Kami akan pilih Tuan Aziz dan percaya melaluinya banyak lagi perubahan akan dibawa," katanya.

Bernama melaporkan, Tuan Aziz, 43, ketika ditemui berkata beliau percaya lebih 63,000 pengundi di Parlimen itu akan membuat pilihan bijak dengan memilih parti yang benar-benar mampu membawa pembangunan buat mereka.

"Ini amanah besar buat rakyat di sini. Saya berjanji akan berkhidmat dengan cemerlang untuk membawa perubahan lebih besar jika BN dipilih mewakili Parlimen ini," katanya.

Tuan Aziz berkata yang lebih penting ialah memastikan peluang pekerjaan bagi golongan muda dan menjadikan Kuala Krai yang terkenal dengan industry perladangan lebih berdaya saing.

Beliau membayangkan lebih banyak kilang akan diwujudkan bagi memastikan golongan muda mendapat pekerjaan tanpa perlu lagi berhijrah ke kawasan atau negeri lain.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kerajaan Persekutuan yang diterajui BN telah membawa pelbagai projek pembangunan bernilai lebih RM620 juta ke Parlimen ini termasuk pembinaan jambatan Sungai Galas berharga RM45 juta, kuarters polis di Sungai Durian (RM25 juta) dan Klinik Kesihatan (RM16 juta), di samping pembinaan beberapa sekolah baharu bernilai RM73 juta.

Di bawah RMK10 pula, lebih RM400 juta diperuntukkan sehingga kini bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan termasuk hospital baharu berharga RM300 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Projek itu kini dalam proses penyediaan tapak di bandar Kuala Krai. Pelaksanaan projek pembangunan di kawasan Parlimen itu juga dibuat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads