Sabtu, 30 Mac 2013

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di jelawat kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 11:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

cahaya kejayaan pemimpin: Pembinaan Rumah <b>di Jelawat</b>, <b>Kelantan</b>.

Posted: 09 Sep 2012 08:23 PM PDT

assalamualaikum. Lawatan ke tapak pembinaan rumah di Jelawat, rumah ini telah mempunai pemilik dan pembinaan rumah hampir 90% siap. kepada sesiapa y berminat untuk memiliki rumah sendiri, kami mempunyai lot tanah y belum dimiliki di TOK BALI. untuk sebarang pertanyaan, boleh layari facebook kami     iaitu NFA Massa Resources ataupun hubungi kami ditalian 0193673161. Disini kami sertakan beberapa keping gambar rumah di sedang dibina di Jelawat. :)

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2012 11:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


.: Nik Abduh ke <b>Pasir Puteh</b>, Biar Mengemas Bukan Mencelarukan

Posted: 26 Mar 2013 12:39 AM PDT

FOKUS PAS PASIR PUTEH LESET SIKIT PAS RANTAU PANJANG                          

Malam semalam khabarnya Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berada di Pasir Puteh Kelantan. Dia dibawa berjalan ke beberapa tempat menemui pemimpin PAS kawasan Pasir Puteh. Apakah kunjungan Nik Abduh itu menandakan dia akan bertanding di parlimen Pasir Puteh? Kata orang kalau tidak ada mengada masakan tempua bersarang rendah.

Atau pun lantaran kawannya Ketua Penerangan Dewan Pemuda, Riduan Mohd Nor yang disebut-sebut akan bertanding di kerusai parlimen Besut yang bersebelahan dengan Pasir Puteh menjadikan Nik Abduh berselera untuk 'beradu dan beradu' di Pasir Puteh?

Sebelum ini anak MB Kelantan itu disebut-sebut untuk bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas ataupun juga parlimen Rantau Panjang. Mungkin desas desus sebelum ini hanya sebagai test merket sahaja. Mencari keserasian dan mahu melihat reaksi penyokong PAS di kawasan itu. Saya sendiri memberi pandangan berhubung ura-ura untuk meletakkan Nik Abduh di Pasir Mas dalam dua catatan sebelum ini. Saya mengingatkan dan memberi pandangan cadangan itu kurang 'menarik'.

Dari perhatian saya bukan mudah untuk PAS merampas kerusi parlimen Pasir Mas yang kini dipegang oleh Inchek Ibrahim Ali kalau menerusi Nik Abduh. Walaupun Ibrahim dulu menang atas tikit PAS, tidak semestinya kerusi itu akan kekal ditangan PAS. Bagi saya Nik Abduh bukan lawan sebenar kepada Ibrahim Ali. Kecualilah kalau parlimen Pasir Mas berlaku perlawanan tiga penjuru di mana Ibrahim tidak diberikan laluan oleh UBN menyebabkan dia akan bertanding sebagai calon Bebas, peluang atau laluan Nik Abduh untuk ke parlimen agak mudah.

Justeru saya berpandangan kalau Tokguru Nik Aziz merestui dan mahu menurunkan puteranya ke gelanggang politik, kerusi parlimenh Rantau Panjang adalah lebih afdal. Alasannya bapa mertua Nik Abduh, Abdul Fatah Haron adalah Yang Dipertua PAS Rantau Panjang. Sudah pasti pengaruh Abdul Fatah boleh membantu menantunya itu.Lagipun Abdul Fatah adalah bekas ahli parlimen Rantau Panjang, biasa kalau menantu mengganti bapa mertua dalam politik.

Bagaimana pun impian itu berkecai apabila penyandang kerusi parlimen Rantau Panjang kini agak liat untuk melepaskan kerusi itu. Siti Zailah Yusuf yang juga Ketua Dewan Muslimat katanya berkeras untuk kekal di parlimen dan tidak mahu bertukar kerusi ke DUN Gual Periok yang dilihat sukar untuk Adun kini, Ahmad Awang mengekalkan kerusi berkenaan. Sebenarnya strategi menurunkan Zailah ke DUN untuk menyelamatkan kerusi berkenaan di samping untuk menaikkan pangkatnya sebagai Exco memenuhi kuota muslimat.

Tidak ada masalah atau bantahan kalau Ahmad Awang digugurkan sebagai calon kerana beliau sendiri pernah melapazkan kata-kata dan janji untuk tidak bertanding lagi dalam pilihan raya kerana ingin menumpukan kepada pembangunan pondoknya di Tanah Merah. Bumi Tenang Johor menjadi saksi atas lapaz dan janji Ahmad Awang itu.

Keperluan Zailah menduduki jabatan itu (Exco) bagi membantu atau pemudah cara untuknya dalam berbuat kebajikan kepada rakyat. Dengan kapasiti sebagai Exco dunia kebajikannya lebih luas dan tidak berlegar di Rantau Panjang semata-mata. Beliau boleh berkhidmat dan mencurah bakti ke seluruh bumi Kelantan. Demikian juga kalau beliau berpendapat jawatan itu tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai ketua muslimat ia juga tidak berapa tepat. Zailah sendiri harus menyedari akan sumbangan beliau sebagai ahli parlimen sama ada berbaloi atau pun tidak? Bukan sahaja Zailah semua pihak kena ikhlas untuk melakukan mahasabah diri dan jangan sesekali berlaku 'munafik khufi'.

Kalau Zailah turun ke DUN, kekosongan tempatnya boleh di isi dengan Nik Abduh. Apabila Zailah tetap mahu kekal di parlimen Rantau Panjang kini berlaku kekosongan untuk kerusi DUN Gual Periok. Tiada nama-nama sesuai yang dikira mampu mengekalkan kerusi berkenaan, kecualilah bekas Ketua Penerangan PAS Rantau Panjang Rushdan Mustapa diletakkan di Gual Periok. Semua pihak perlu sedar DUN Gual Periok kini di dalam keadaan kritikal. Rasanya Abdul Fatah sendiri arif mengenai hal ini. Kajian sikap dan analisa awal menunjukkan Adun sekarang ini tidak 'rok' untuk terus pikul kerusi Gual Periok.

Banyak kelemahan mengenai Adun Gual Periok itu diperkatakan. Masalah paling ketara yang tidak disukai rakyat ialah beliau tidak berada dalam kawasan. Maksudnya kediamannya di Tanah Merah. Ini menyebabkan konteksnya dengan rakyat agak terlewat. Hal yang sama dilakukan bekas ADUN sebelum ini Abdullah Razak berulang di mana Abdullah tidak mendiami di dalam kawasan dan 'kelalaian' itu menyebabkan salah satu faktor Abdullah dilihat tidak hemah dengan rakyat, kemudian kalah tahun 2004.

Pemilihan Rushdan untuk diletakkan di situ bagi memastikan DUN Gual Periok menang. Dengan pengalaman, pengaruh Rushdan dikatakan mampu untuk berdepan dengan mana-mana calon dari BN. Kelebihan Rushdan bukan saja dengan pengundi di dalam kawasan tetapi pengundi luar juga. Hubungan beliau dengan penyokong Umno yang pernah menjadi pengikutnya juga ramai. Atas kapasiti dan kelebihan ini Rushdan dikira mampu untuk dijadikan penyendal bagi mempertahankan kerusi DUN Gual Periok.

Menjadi tradisi kerusi itu setiap wakil rakyatnya hanya sepenggal sahaja. Ia bergilir diantara calon bertitle ulama dengan calon bukan ulama atau lebih tepatnya 'makan empat tapan'. Kawasan sempadan yang coraknya agak 'rencam', politik yang agresif sesuai kalau Rushdan diletakkan di Gual Periok.

Bagaimana pun keperluan dan ketepatan itu menimbulkan sedikit masalah apabila Abdul Fatah dikatakan kurang mesra dengan Rushdan. Tiada jalinan kerjasama di antara keduanya. Puncanya ialah kerana Rushdan pernah mencabar Abdul Fatah untuk jawatan YDP PAS Rantau Panjang. Gara-gara itu Abdul Fatah menjadi 'celika' dan terkilan dengan Rushdan. Rushdan yang sebelum ini menjadi Ketua Penerangan PAS Rantau Panjang efektif dan banyak membantu Abdul Fatah tidak dilantik dan dibiarkan terkontang kanting di luar hierarki PAS Rantau Panjang. Tindakan Abdul Fatah itu sedikit sebanyak merugikan PAS Rantau Panjang.

Namun keadaan itu tidak menjadikan Rushdan terus sepi dari segala aktiviti kemasyarakatannya di Rantau Panjang. Sebagai seorang yang berjiwa kebajikan, beliau terus membantu rakyat dan hubungan dengan akar umbi tidak terjejas. Rushdan juga mempunyai kawanan sekumpulan anak muda yang aktif bergerak dan berkomunikasi menerusi alam maya dalam membuat apa-apa teguran atau pun perubahan ke atas sosial politik di Rantau Panjang. Kawanan itu bergabung dalam group SMRP - Suara Anak Muda Rantau Panjang yang kini menjadi agen maklumat, timba balas di Rantau Panjang.

Demi kemenangan PAS rasanya semua pihak perlu berkorban di Rantau Panjang, terutamanya Abdul Fatah Haron. Sengketa kecil atau rasa terkilan beliau terhadap Rushdan harus dipencilkan dari jiwanya. Sebagai orang tua seharusnya Abdul Fatah meninggal legasi kepimpinanya di Rantau Panjang dan salah seorang yang boleh diharapkan ialah aktivis masyarakat itu, Rushdan Mustafa.

Perihal Nik Abduh

Berbalik cerita Nik Abduh di Pasir Puteh tadi. Disebabkan masa telah semput dan tidak ada banyak ruang lagi untuk melakukan uji kaji dan test merket eloklah kalau PAS Kelantan terus memasungkan Nik Abdul di Pasir Puteh. Rasanya orang di Pasir Puteh boleh menerima Nik Abduh sebagai balasan jasa dan mengenang budi Tokguru Nik Aziz. Umum tahu Nik Abdul adalah permata siasah buat Tokguru. Tokguru tidak ada dua atau tiga dalam zuiratnya untuk dijadikan penerus perjuangannya kecuali Nik Abduh.

Sebagai orang baru ke mana Nik Abduh diletak ia tetap menimbulkan masalah. PAS perlu bekerja berat untuk mendokong calon dari daerah asing seperti Nik Abduh itu. Namun itu bukan menjadi persoalan dalaman PAS. Nik Abduh hanya datang dari Pulau Melaka cuba berdagang politik di Pasir Puteh. Itu saja. Daerah Pasri Puteh juga tidak asing buatnya kerana beliau mempunyai kaum keluarga di situ.

Seperkara apa yang boleh disebut disini, kehadiran Nik Abduh akan lebih mudah kalau ia didokong oleh semua pihak. Jangan ada di antara mana-mana pihak di Pasir Puteh merasakan kedatangan itu sebagai menganggu plan yang telah diaturkan. Tidak perlu ditimbulkan kalau kedatangan Nik Abduh itu sebagai hendak merampas tempat orang lain. Kalaulah tanggapan ini ada ia bakal memberi masalah.

Kalau tertakdir Nik Abduh diletakkan di kerusi parlimen, ganjakan calon boleh berlaku kalau ia sudah ada plan. Yuganu Yunus yang sebelum ini dilihat orang yang berkelayakan dan munasabah untuk bertanding di parlimen boleh digeser ke Gaal. Jangan tinggal dan cicir langsung Yuganu atas apa juga alasan dan cakap-cakap negatif mengenainya hendaklah dilupakan. Nampaknya ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Hussein pun semacam telah merestui Yuganu untuk menggantinya.

Jadi pembawaan Nik Abduh ke Pasir Puteh ini jangan sampai menjadi masalah kepada PAS Pasir Puteh. Kalau ia menjadi trouble maker  ia tidak baik buat PAS. Yuganu atau sesiapa saja yang diharapkan untuk diletakkan di kerusi parlimen boleh menerima sesiapa saja. Tetapi penilaian dari sudut-sudut lain, keperluan dan kemunasabahan juga hendaklah diambil kira. Apa yang tidak diingini lagi kalau kedatangan Nik Abduh itu sebagai kerana menumpang tuah atau kerana kuasa ayahnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan sesuatu yang mendukacitakan. Biarlah kalau Nik Abduh ke Pasir Puteh atas undangan dan jemputan dan kekuatan batang tubuhnya sendiri.

Kehadiran Nik Abduh ini janganlah ia merosakkan plan di Pasir Puteh dan semua pihak perlu menerimanya dengan hati terbuka. Sekiranya PAS meletakkan Yuganu di Gaal sudah tentu pengaruh dan kaum kerabat beliau juga akan turut membantu. Keadaan menjadi kuat dan mantap lagi kalau Wan Hassan Wan Ibrahim dikekalkan di Semerak yang boleh menjadi pemangkin. Mungkin yang orang PAS Pasir Puteh tidak mahu lihat, Yuganu tercecer di mana-mana kerusi? Ada orang luar melihat Yuganu cemar di Pasir Puteh tetapi ada orang Pasir Puteh melihat Yuganu sangat putih.

Dengan dua orang kuat PAS itu, ia akan menjadi kuat dan mantap kalau dua lagi calon di Selising dan Limbongan juga 'semakan'. Khabarnya Saiful Bahari tidak lagi akan dicalonkan di Selising dan begitu juga dengan Drs Zainuddin Awang Hamat yang sudah mempersarakan dirinya dengan ikhlas. Semasa di Sabah beliau ada menyebut perkara ini kepada saya, yang beliau (Zainuddin) sudah siap untuk berundur.

PAS Pasir Puteh khasnya dan amnya PAS, kena mempastikan pengganti kedua mereka itu 'semakan molek' dan orang yang boleh membantu menapu Nik Abduh. Terdengar desas desus di Limbongan tiga nama yang menjadi sebutan iaitu, Ketua Pemuda Nazlan dan Mat Yudin orang kanan Zainuddin. Satu nama lagi ialah Zarir Yaacob bekas bendahari Pemuda PAS, bekas guru dan kini berkhidmat di Majlis Daerah Pasir Puteh.

Sekiranya Nik Abduh sahih bertanding dii Pasir Puteh maka Nazlan sudah tidak relevan lagi. Masakan dua orang pemuda untuk diletak bertanding dalam satu kawasan. Ia akan dilihat melampau dan membelakangkan orang lain. Kini tinggal dua nama Mat Yudin dan Cikgu Zarir. Untuk Limbongan ini PAS boleh pilih dan tilik 'mmolek' di antara dua nama ini.

Manakala di Selising ada dua nama Tuan Saifuddin Tuan Ismail dan Nik Soh. Kedua mereka adalah AJK kawasan seorang AJK biasa dan seorang lagi bendahari. Yang pastinya PAS perlu memastikan nama-nama, baik di Limbongan dan Selising boleh bekerjasama dan memberi kerjasama mantap kepada Nik Abduh si pengembara itu.

Dalam memperhalusi calon dan mencongak kemenangan ini sesuatu yang perlu disedari juga bahawa Umno beriya untuk merampas semua kerusi di Pasir Puteh. Jangan perlekeh dan perkecilkan cita-cita dan harapan Umno itu. Tidak mustahil kalau tidak ada persatuan di kalangan PAS, Umno akan goncang kerusi di Pasir Puteh menyebab semua akan berputih mata. Soal pemilihan calon perlulah diwaspadai dengan sebenar-benarnya. Dalam hal ini saya rasa Nik Mazian Nik Mohamad, Muhamad Hussein dan Zainuddin Awang Hamat perlu menjadi jurupandu yang ikhlas untuk mencetak kemenangan di Pasir Puteh. Mereka harus ikhlas dan meletakkan sesuatu yang betul di Pasir Puteh tanpa bias kepada sentimen dan kehendak nafsu masing-masing.

Semua pemimpin PAS Pasir Puteh kena memastikan kemenangan Nik Abduh bukan saja demi pengukuhan PAS serta mengenap jumlah kerusi untuk membeli tikit ke Putrajaya, tetapi yang tidak kurang pentingnya juga untuk dijadikan hadiah atau souvenir kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekali lagi  ditegaskan, kehadiran Nik Abduh ke Pasir Puteh jangan sesekali kerana ianya anak kepada Nik Aziz tetapi biarlah kedatangannya sebagai seorang wira di dalam Pemuda yang dapat membantu dan menyumbangkan fikirah dan tenaga buat PAS.

Dan Nik Abduh sendiri perlu bijak dan pandai dalam menerima mereka yang bersedia dengan bunga mangga bagi menyambutnya, beliau harus cerdik membaca sepak terajang politik dan perlu berhati-hati serta memastikan kedatangannya menyenangkan semua orang kerana kepaduan sokongan baginya penting. Dan sekiranya kedatangannya bakal membawa kucar kacir wajar baginya memikir kembali dan membuat koreksi sama ada hendak berdagang siasah di bumi itu ataupun menangguhkan harap impinya menjadi wakil rakyat atau sedia diganjak ke kawasan lain. [wm.kl.8:16 am 26/03/13] 

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

ads