Selasa, 17 September 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


.: Yuganu Dan Rohani Dicabar <b>di Pasir Puteh</b> - MsO

Posted: 13 Sep 2013 05:44 PM PDT

SINGGUNG                                                                                          

Kehilangan dua kerusi Selising dan Semerak dalam pilihan raya lalu tidak memberi apa-apa iktibar kepada Pas kawasan Pasir Puteh dan nampaknya parti berbangsa Islam kawasan itu tidak menganggap kekalahan itu sebagai kifarah ke atas mereka.

Seolah-olah musibah itu diterima begitu saja tanpa direnung muslihat dan hikmat disebalik apa yang berlaku. Jauh sekali untuk 'salualanabi' berkerjasama demi memantap parti.

Dua jawatan didalam kepimpinan Pas Pasir Puteh akan berlaku pertembungan. Kenapa harus berlawan dalam masa parti baru mengalami kekalahan? Jawatan yang dikatakan akan berlaku perlawanan ialah kerusi Timbalan Yang diPertua Pas dan Ketua Muslimat.

Rohani Mamat ketua dewan muslimat Pas akan ditentang oleh isteri kepada pimpinan Pas Pasir Puteh. Khabarnya pelan sudah diatur untuk memastikan Rohani tumbang. Manakala Adun Gaal, Tuan Mazlan pula dihala agar menentang Yuganus Yunus untuk kerusi timbalan YDP. Apakah untung yang diperolehi Pas kawasan Pasir Puteh dengan perkembangan ini.


Paling malang lagi penentangan itu katanya bertolak dari tanggapan kedua-dua mereka tidak sebulu dengan beberapa orang yang menguasi kepimpinan hari ini?

Kebetulan saya pernah mengikuti dari dekat Pas kawasan ini pada akhir tahun 70-an. Pas kawasan ini tidak penah sunyi dari perebutan jawatan. Paling menyedihkan ada kalanya mesyuarat kawasan terpaksa ditangguhkan kerana berlaku kekecohan sampai bertampar dan bertumbuk.

Apabila Pas Pasir Puteh baru hilang dua kerusi, tidak sewajarnya mereka menerusi amalan 'jahiliah' itu, bergaduh semasa sendiri. Apakah alasan maka Rohani dan Yuganus hendak diganti? Apakah kerana mereka dilihat vokal dalam parti berani mengkritik maka mereka harus dilenyapkan? Sampai ke bila pun Pas Pasir Puteh tidak akan tamadun.

Rohani seorang yang dilihat berani mengeluarkan idea dan membuat kritikan ke dalam (muhasabah). Dia sering menegur dan mengkritik ke dalam tanpa menyebut mana-mana nama pemimpin dalam Pasir Puteh. Apakah kerana itu maka beliau harus dilenyapkan dan digantikan dengan wanita yang boleh mendiamkan diri?

Begitu juga dengan Yuganu. Apalah dosa guru ini maka beliau harus ditentang. Apakah kerana dalam mesyurat dua tahun lepas dia telah menumbangkan Drs Zainuddin Awang Hamat, maka kemenangan beliau itu harus dibalas? Begitukah?

Apakah Zainuddin emas tembaga pusaka di Pasir Puteh yang tidak boleh dileburkan untuk dijadikan perhiasan? Saya rasa Yuganus sudah banyak disakiti di Pasir Puteh. Dia dinafikan menjadi calon dan tidak dilantik megenag apa-apa jawatan lantikkan politik. Ini satu ketidakadilan.

Hak Yuganus sebagai ahli dan pemegang jawatan itu tidak boleh dinafikan. Dia dipilih didalam muktamar lepas dan beliau ada pengikutnya sendiri. Suara ahli yang memilihnya hendak dihormati.

Semangat yang perlu dibawa di Pasir Puteh ialah persaudaraan demi mengukuhkan parti. Nik Mazian Nik Mohamad sebagai ketua, Drs Zainduddin sebagai bekas timbalan dan juga wakil rakyat harus menjadi orang tua mendamaikan puak-puak yang sengketa. Drs Zainuddin terutamanya sepatutnya dia menjadi juara untuk menyatukan ahli atau memastikan tidak ada pertandingan berlaku berdasarkan puak dan nafsu. Ilmu hakikat dan makrifat yang ada kepadanya beliau boleh menjadi ulama besar di dalam Pas di Pasir Puteh.

Tidak dapat tidak bila berlaku perlawanan apa lagi kalau ia bertolak dari dendam perbalahan akan terjadi. Perpecahan tidak dapat dielakkan. Selama mana sangat seseorang yang dianiaya boleh bertahan dan sabar. Inilah yang perlu dielakkan. Apabila masing-masing sudah hilang sabar menyebabkan segalanya akan jadi 'berkucar wakyah'. Yang perlu diingat ialah PRU 14 dan masa depan parti. Paling afdal lagi Pas patut menjadi lebih baik dari Umno.

Adalah elok kalau semua pihak merenung kembali apa yang berlaku sekarang ini. Sikap kerana hendak membuang seseorang kerana nafsu adalah perbuatan yang tidak baik. Alasan pertandingan dibenarkan adalah tidak tepat apa lagi kalau menjatuhkan atas niat dendam dan sentimen assobiyah. [wm.kl.7:48 pm 13/09/13]

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Dilema peniaga <b>di</b> Kompleks Bazar Abdul Rahman b. Auf <b>Rantau</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 06:12 AM PDT

RANTAU PANJANG: Kompleks Bazar Abdul Rahman B. Auf yang dibina menggunakan belanja yang besar, di sini, mungkin menjadi projek gajah putih dan tidak mustahil 15 peniaga yang masih beroperasi di bangunan itu bakal gulung tikar, tidak lama lagi.
Buat masa ini, ketiadaan pengunjung sejak tujuh tahun bangunan berkenaan beroperasi telah memaksa 90 peratus peniaga asal menutup kedai.
Menurut seorang peniaga, Rosnani ibrahim, 43, keadaan ini berlaku berikutan pengunjung tidak menyedari wujudnya urus niaga dalam bangunan berkenaan kerana beranggapan ia belum beroperasi sepenuhnya.
Katanya, kewujudan Pasar Besar Rantau Panjang juga memberi kesan kepada peniaga di Kompleks Bazar Abdul Rahman B. Auf apabila pengunjung hanya tertumpu di kawasan depan manakala pengunjung yang datang ke bangunan berkenaan pasti berpatah balik apabila mendapati banyak kedai tidak beroperasi.
"Dalam sehari, kami boleh kira dengan jari bilangan pengunjung ke sini. Itu belum kira hasil jualan seharian. Ada kalanya kami hanya mampu jual pakaian sebanyak RM100 dalam sebulan," katanya.
Rosnani turut merasakan seolah-olah peniaga di bangunan itu dianaktirikan dan pihak berkenaan seumpama lebih menumpukan perhatian kepada peniaga-peniaga di pasar lama.
"Suasana di sini jauh lebih selesa, sejuk dan tersusun berbanding pasar lama. Malah surau yang disediakan lebih luas dengan kemudahan tandas lebih bersih. Sayang kerana tiada pengunjung masuk ke sini," katanya.
Seorang lagi peniaga, Zainudin Che Ismail, 27 memaklumkan, keadaan yang dihadapi sekarang ini memberi kesan kepada peniaga kerana menanggung kerugian lantaran terpaksa membayar sewa kedai sebanyak RM400 sebulan.
"Itu belum tambah bayaran bil telefon, air, elektrik dan gaji pekerja. Saya terpaksa mencari inisiatif lain seperti menjual secara melalui internet untuk menampung semua kos berkenaan.
"Sekiranya peniaga tidak mempunyai kemahiran jualan secara atas talian, perniagaan mereka pasti 'melingkup' dalam tempoh masa yang singkat," katanya.
Tambah Zainudin, peniaga di Kompleks Bazar Abdul Rahman B. Auf hilang punca untuk mengadu nasib mereka setelah pelbagai cara dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian.
Katanya, terdapat peniaga yang meluahkan masalah tersebut kepada Kerajaan Negeri Kelantan melalui Ahli Parlimen dan juga majlis daerah.
Sementara itu, Suhaiza Sahar, 30 meminta peniaga di Pasar Besar Rantau Panjang agar tidak mementingkan diri mereka dan segera berpindah ke bangunan baru.
Menurutnya, sehingga hari ini banyak masa terbuang kerana peniaga-peniaga berkenaan enggan berpindah walaupun bangunan baru telah dirasmikan tahun lalu.
"Macam-macam alasan mereka berikan. Selagi mereka tidak berpindah, selagi itulah peniaga dalam bangunan sekitar sini tidak dapat menjalankan urus niaga.
"Kami mohon jasa baik Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) agar lebih tegas dalam menangani keengganan peniaga berpindah ke bangunan baru kerana ia membebankan peniaga lain," katanya.
Suhaiza berkata, sejak dua tahun memulakan perniagaan pakaian di Kompleks Bazar Abdul Rahman B. Auf, dia mendengar pelbagai khabar angin mengenai penetapan tarikh berpindah.
Menurutnya, bermula 10 Oktober 2011 lalu, peniaga di pasar lama sepatutnya mengosongkan tapak kerana bangunan baru telah dirasmikan oleh bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen.
"Bagaimanapun, terdapat khabar angin mengatakan arahan berpindah dari pasar lama ke bangunan baru telah ditunda sebelum perayaan Aidilfitri, kemudian dilanjutkan sehingga Hari Raya Aidiladha pada tahun lalu.
"Semuanya menjadi cakap-cakap kosong kerana sehingga ke hari ini, lot kedai dalam bangunan ini terus kosong," jelasnya.
Peniaga di bazar ini turut meragui kebenaran arahan berpindah dari tapak pasar besar ke bangunan baru Rantau Panjang bermula 1 Oktober ini. Ini kerana sudah banyak arahan berpindah dikeluarkan sejak dua tahun lalu, namun keadaan sama tetap berlaku.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 11 Sept. 2013 |

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


<b>Dabong</b> lebih besar daripada Perlis - Utusan Online

Posted: 16 Jun 2013 10:06 AM PDT

Ab. Ramzi Ab. Rahman berucap di hadapan peserta program SMP-Utusan Malaysia baru-baru ini dan di sebelahnya Noraini Nordin dan wakil PPD Kuala Krai, Kelantan, Nik Rozman Nik Yaacob.

MEMANDANGKAN daerah Dabong lebih besar daripada negeri Perlis, maka Jabatan Majlis Pembangunan Dabong, Kelantan sedang dirancang penubuhannya, bagi membolehkan konsep kerjasama inklusif yang disarankan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - dapat dilaksanakan sepenuhnya di kawasan itu.

Di bawah majlis itu nanti akan diletakkan Jawatankuasa Kampung dan semua jabatan penting, selain memperkenalkan sistem penzonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Hal ini penting kerana Dabong lebih luas daripada Perlis," kata ADUN Dabong, Datuk Ramzi Ab. Rahman.

Secara berseloroh, kata Ramzi: "Bukan itu sahaja, jambatan di Dabong lebih baik daripada yang ada di Kota Bharu."

Tentang rutinnya, beliau kini kerap mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu membangunkan sektor nelayan sungai serta cuba mendapatkan subsidi baja untuk para petani di Dabong.

"Sektor nelayan sungai sangat berkembang maju dan menguntungkan kerana harga ikan sungai ini agak mahal dan semakin digemari," katanya.

Selain itu, lebih banyak publisiti akan diberikan kepada keindahan alam semula jadi di Dabong, khususnya air terjun Stong, Gua Ikan, Gunung ayam yang terkenal dengan aktiviti memanjat dan kesegaran udara dan kabus pada waktu pagi.

Sebelum ini, pihaknya juga telah membina bberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi memudahkan pengguna jalan raya singgah dan berehat, selain memberi pendapatan tetap atau tambahan kepada penduduk setempat.

"Kita juga memperuntukkan RM5 juta untuk menaik taraf jalan raya," katanya.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


KBBRI: Tiga mesin ATM kena pecah <b>di Pengkalan Chepa</b>

Posted: 31 Aug 2013 08:59 PM PDT

KOTA BHARU: Tiga mesin pengeluar wang automatik (ATM) sebuah bank  di Chabang Tiga Pengkalan Chepa dipecah sekumpulan penjenayah yang berjaya melarikan wang berjumlah RM667,905 dalam kejadian di sini pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi itu dipercayai dilakukan lebih dari seorang suspek yang masuk melalui bumbung belakang bangunan bank itu dengan memotong jeriji besi pintu dan memecahkan tiga mesin ATM.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, modus operandi penjenayah terbabit menggunakan pintu belakang untuk memecah masuk dan mengambil wang dari tiga mesin ATM dengan mengguna gas Oxy.
"Ia dilakukan  golongan profesional yang mempunyai kemahiran memecah mesin ATM menggunakan gas terbabit di samping masuk melalui pintu belakang.
"Dipercayai penjenayah yang  sudah melakukan perancangan  awal sebelum masuk ke dalam bangunan itu," katanya kepada media ketika ditemui di tempat kejadian.
Mazlan berkata, di dalam bangunan itu terdapat tiga mesin ATM dan satu mesin Deposit Tunai, namun mesin terbabit tidak terlibat.
"Kita melakukan siasatan secara menyeluruh dan menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti penjenayah melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam bangunan itu termasuk kedai-kedai berdekatan.
"Maklumat orang awam amat diperlukan dan jika ternampak kehadiran kereta yang mencurigakan di kawasan bank, saya minta agar orang ramai terus membuat laporan polis memandangkan dalam kes ini, penjenayah  yang memecah mesin ATM ini dipercayai datang ke kawasan itu menaiki kereta.
"Saya juga mengharapkan supaya pihak bank supaya terus melaporkan kepada kami, jika terdapat bangunan kosong di kawasan sekitar ATM.
Mazlan menambah, pada tahun ini sebanyak dua kes melibatkan mesin ATM yang menggunakan modus operandi berbeza yang mana di Pasir Mas masuk melalui pintu depan manakala dalam kejadian semalam, penjenayah terbabit menggunakan pintu belakang.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 1 Sept. 2013 |

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Klinik Kerjaya <b>di</b> Karnival Pekerjaan 2013 Peringkat <b>Negeri Kelantan</b>

Posted: 02 Sep 2013 06:14 AM PDT

Program Klinik Kerjaya adakan diadakan bersempena Program Karnival Pekerjaan 2013 Peringkat Negeri Kelantan anjuran Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan pada ketetapan seperti berikut :-

Pada       :   3 & 4 September 2013 (Selasa & Rabu)

Masa      :   9:00 hingga 5:00 petang

Tempat   :   Dewan Konvensyen

                 Kelantan Trade Centre,

                 Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan

Pencari-pencari kerja yang ingin mendapatkan maklumat tentang kerjaya khususnya tentang Resume dan  Tatacara Temuduga atau lain-lain yang berkaitan dengan kerjaya boleh hadir ke 'booth' Klinik Kerjaya yang disediakan pada program tersebut.

Klinik Kerjaya akan dikendalikan oleh kakitangan Pusat JobsMalaysia (JMC) iaitu :-

1.  Puan Rosilawati bt Mohamad Ariffin

2.  Puan Maryati bt Ali

3.  En Marzuki bin Yusoff

•      Kepada Tuan/Puan yang ingin menyemak Resume, sila bawa bersama resume Tuan/ Puan.

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di kelaboran</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2013 03:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kelaboran</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Jun 2013 03:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kelaboran</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Feb 2013 03:27 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pilihan Anda: ADUN <b>Kelaboran</b> &#39;suami terbaru&#39; Abby Abadi?

Posted: 01 Aug 2012 05:54 AM PDT

|

Sekali lagi selamat datang ke buletin khas Abby Abadi dimana kami akan sentiasa memaparkan perkembangan kerjaya politik aktress bergelar 'pendakwah bebas' ini.

Kami perhati juga tulisan Abby Abadi di Twitter dua tiga hari ini bukan sekadar meneruskan dakwah juga kempen politik beliau, namun ada satu gossip politik yang beliau hadapi.

Beberapa laman blog politik ada memetik ura ura mengatakan penglibatan Abby Abadi dalam politik kini lebih serius selepas menikahi salah seorang ahli politik PAS.

Ahli politik yang menjadi mangsa gossip politik ini adalah ADUN Kelaboran Mohd Zaki Hj Ibrahim yang khabarnya kerap dilihat bersama Abby Abadi di beberapa majlis ceramah anjuran PAS sejak kebelakangan ini.


Ada otak dan kecantikan masih belum dapat menandingi benda ini...

Namun Abby Abadi pantas menjadikan medium Twitter untuk menafikan sebarang hubungan dengan ahli politik tersebut tetapi tetap meminta peminat untuk mendoakan jodoh'nya cepat sampai.

Menurut Abby Abadi, ini bukan pertama kali beliau mendapat 'jodoh' hasil cakap cakap orang ramai dan mula menerima gossip nakal sebegini sebagai lumrah apabila terlibat dalam dunia politik.

Sekian buletin khas Abby Abadi. Berjumpa lagi di edisi seterusnya jika kami belum bosan. Heh.

- Rotikaya

[Ads: The #GALAXYSIII exterior is smooth and curved, with no parting or linear lines on the cover. More info check here!]

PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Berkaitan : HIBURAN, TERKINI


Share/Bookmark comments
Posted by Desperado on 8:53 PTG. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kelaboran</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2013 03:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kelaboran</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Apr 2013 03:43 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di kelaboran</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2013 03:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Rumah papan hijau popular <b>di Pulau Melaka</b> <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2013 01:32 AM PDT

KOTA BHARU: Sekarang Pulau Melaka sudah banyak berubah. Lebih istimewa lagi disitulah terletaknya kediaman Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rumah papan berwarna hijau di belakang Masjid Tok Guru tercatat lokasi popular di Kelantan. Jarang orang tidak mengenalinya.

Sepanjang 23 tahun bermula Oktober 1990, kereta rasmi kerajaan negeri sering keluar masuk ke situ. Parkir menempatkan kenderaan yang membawa Tok Guru Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim setiap pagi.

Bertandang ke situ tidak perlu membuat temujanji, boleh berjumpa Menteri Besar pada waktu solat di masjid. Bagaimanapun bermula 6 Mei 2013, Tok Guru tidak lagi perlu bekejar ke Kota Darulnaim, masa rehatnya di rumah lebih panjang.

Keuzuran dan faktor usia membuatkan beliau menyerahkan tugas kepada Ustaz Datuk Ahmad Yakub. 

"Biar pun bukan lagi sebagai Menteri Besar, namun tetamu dan orang ramai tidak putus-putus mengunjungi ayah," kata anaknya, Ustaz Nik Omar.

Darul Anuar berada dalam linkungan kediaman Tok Guru. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan persendirian warisan Tok Guru.

AR RISALAH الــرســالـة: Rumah papan hijau popular <b>di Pulau Melaka</b>

Posted: 16 Sep 2013 04:21 AM PDT

KOTA BHARU: Sekarang Pulau Melaka sudah banyak berubah. Lebih istimewa lagi disitulah terletaknya kediaman Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rumah papan berwarna hijau di belakang Masjid Tok Guru tercatat lokasi popular di Kelantan. Jarang orang tidak mengenalinya.

Sepanjang 23 tahun bermula Oktober 1990, kereta rasmi kerajaan negeri sering keluar masuk ke situ. Parkir menempatkan kenderaan yang membawa Tok Guru Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim setiap pagi.

Bertandang ke situ tidak perlu membuat temujanji, boleh berjumpa Menteri Besar pada waktu solat di masjid.

Bagaimanapun bermula 6 Mei 2013, Tok Guru tidak lagi perlu bekejar ke Kota Darulnaim, masa rehatnya di rumah lebih panjang.

Keuzuran dan faktor usia membuatkan beliau menyerahkan tugas kepada Ustaz Datuk Ahmad Yakub.

"Biar pun bukan lagi sebagai Menteri Besar, namun tetamu dan orang ramai tidak putus-putus mengunjungi ayah," kata anaknya, Ustaz Nik Omar.

Darul Anuar berada dalam linkungan kediaman Tok Guru. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan persendirian warisan Tok Guru.

ads